Review: Dead Poets Society
5:56 PM
Aku baru je selesai tengok movie Dead Poets Society ni, which suggested by Kak Mar Jay. Ouch, thanks Kak Mar. :') Kak Mar kata dia teringat kat aku bila bab-bab poetry ni so she suggested me this movie and gave me quote from this story.
Set in 1959, the movie centers on the struggle of John Keating, an unorthodox, energetic English teachers as he tries to inspires his students to discover their love for poetry and seize the day at a posh New England prep school.
Aku macam baru perasan yang cerita ni macam cerita Mohabbatein, hahaha. Kau dah pernah tengok cerita Mohabbatein belum? Kalau belum, takpe. Aku sudi je nak bercerita :D
But it's all about poetry.
Mengisahkan tentang sekumpulan pelajar, (Neil Perry, Todd Anderson, Knox Overstreet, Charlie Dalton, Richard Cameron, Gerard Pitts, Steven Meeks) yang mengambil subjek poetry dalam kelas diorang. Dan guru yang mengajar mereka ialah John Keating.
Mr. Keating selalu cuba untuk memberi inspirasi kepada anak-anak murid dia untuk mendalami puisi. Cara mengajar Mr. Keating juga lain daripada yang lain.
Aku masih ingat, masa first class diorang, tajuk pertama yang diorang kena baca dalam kelas ialah Understanding Poetry by Dr.Pritchard.
To fully understand poetry, we must first be fluent with its meter, rhyme and figures of speech, then ask two questions: 1) How artfully has the objective of the poem been rendered and 2) How important is that objective? Question 1 rates the poem's perfection; question 2 rates its importance. And once these questions have been answered, determining the poem's greatness becomes a relatively simple matter.
If the poem's score for perfection is plotted on the horizontal of a graph and its importance is plotted on the vertical, then calculating the total area of the poem yields the measure of its greatness.
A sonnet by Byron might score high on the vertical but only average on the horizontal. A Shakespearean sonnet, on the other hand, would score high both horizontally and vertically, yielding a massive total area, thereby revealing the poem to be truly great. As you proceed through the poetry in this book, practice this rating method. As your ability to evaluate poems in this matter grows, so will, so will your enjoyment and understanding of poetry.
I would like to talk apa yang aku faham sikit pasal first stanza tu which is kita perlu fluent dalam meter, ritma dan figura dalam ucapan kita. Consider tentang:
1) Artistiknya objektif puisi kita dan
2) Rant kepentingan puisi kita
Lepastu tentang stanza kedua dalam ayat Dr.Pritchard ni yang dalam puisi pun nak kena letak horizontal and vertical measurement so that you can fill the two considerations I've stated earlier.
I mean like, hellloooooo? Wadehek. Dalam puisi pun kau nak letak measurement? Seolah olah macam kau perlukan accuracy untuk poetry? Oh come on. I think this is bullshit. I thought poetry is flexible?
Tapi takpe. Aku masih tenang ni. Sebab Dr.Pritchard tak mungkin saja-saja cakap macamtu, betul tak? Pangkat Dr. kot! Mungkin dia ada explanation yang tuntas soal tulisannya tentang Understanding Poetry tu.
Jadi kau tahu apa yang berlaku masa dalam kelas tu? Cikgu Keating tu suruh diorang koyakkan kertas tu. Gila la. Kalau cikgu suruh kau koyakkan kertas muka surat pertama dalam buku teks, apa kau rasa? Tak percaya kan? Mulanya, diorang macam hesitate nak koyakkan ke tak. Tapi sebab Si Charlie ni jenis yang suka buat kerja gila, dia koyakkan saja. Dan semua orang pun duk ngikut koyakkan kertas tu.
That was one of the scenes dalam pelajaran puisi mereka di kelas la. Macam yang aku cakap tadi, cara Cikgu Keating ni mengajar lain daripada lain. Tak selalu belajar dalam kelas. Kalau belajar dalam kelas pun tak semata-mata pakai buku weii. Kadang-kadang mereka buat aktiviti kat luar kelas juga. Kau kena tengok weii cara dia mengajar.
Dead Poets Society ni adalah persatuan yang pernah ditubuhkan (sorry, dont remember whether it legal or not in the school at that time). So, budak-budak ni pun tubuhkan persatuan ni semula, but secara underground la. Dan ahlinya cuma diorang-diorang je. Setiap malam fly dari asrama untuk buat 'gathering' gitu dan baca puisi.
Tiba lah satu masa where Charlie ada buat satu 'prohibited article' dalam majalah sekolah diorang. And the worse is that he used the name of 'Dead Poets Society' representing the article. Dan di situlah banyak konflik yang terjadi yang melibatkan Cikgu Keating ni.
Sebab diorang ingatkan Cikgu Keating yang 'brainwash' diorang untuk jadi budak nakal. Padahal tak pun. Biasa lah, bebudak remaja kan nak have fun dan selalu rasa berani untuk try something new. Dan frasa 'Carpe Diem' tulah yang menjadi pemangkin dan motivasi mereka untuk mencuba sesuatu yang baru. Carpe Diem ni pun Cikgu diorang yang ajar. Tahu maksud dia? Kalau nak tahu, tengok movie ni :P
Tapi Cikgu Keating ni tetap tenang dan selalu tunjukkan muka yang macho, konon macam takde masalah la. Kahkahkah.
Salah seorang daripada ahli persatuan tu ada yang 'musuh dalam selimut' dan ini melibatkan kawan-kawan dia yang lain sampai guru besar tu panggil mak bapak diorang datang ke sekolah. Dia bawak sekali jumpa memasing punya anak depan guru besar tu woihhhh.
Takde cara lain, dah tentulah mereka terpaksa mengaku kesalahan diorang! Sedih weii. Baik kau tengok cerita ni. Persahabatan antara mereka semua betul-betul teruji :(
Konflik yang berlaku dalam cerita ni juga yang aku dapat lihat adalah di mana Neil Perry yang selalu dikongkong oleh ayahnya untuk menyertai apa-apa aktiviti di sekolah yang tidak menepati citarasa ayahnya. Neil sukakan 'play' tapi ayahnya tak suka. Ayah dia nak dia jadi apa entah masa besar nanti. Aku tak ingat, maaf. Tapi aku rasa dia nak Neil ni jadi doktor ke engineer, haa gitu la.
Lastly, bapak dia suruh pindah sekolah sebab anak dia join jugak 'play' walaupun telah dilarang berkali kali oleh ayahnya. Kes ni siap melibatkan Cikgu Keating lagi. Kau tahu apa jadi kat Neil? Kau kena tengok sendiri. Pengakhiran yang aku tak expect langsung si Neil ni pedajal semua orang!
Disebabkan banyak masalah yang berlaku dan konflik yang tak sudah-sudah kerana korupnya sistem dan pemikiran manusia puak konservatif, Cikgu Keating diberhentikan daripada mengajar di situ. Sebelum Cikgu Keating beredar, murid-murid yang dia ajar tu semua buat sesuatu yang sangat mengharukan.
Aku menangis weii. Time diorang buat 'surprise' dalam kelas tu, time tulah, air mata ni tak dapat nak menahan nahan. Aduhhh sakitnya hati aku weiiii. Serius :'(
Aku bengang betul dengan manusia-manusia jahat yang wujud dalam cerita ni. Ah semua orang-orang tua yang konservatif nak mampus. Sebab diorang la, budak-budak ni tak dibenarkan mencapai cita-cita mereka, dan bersuara atas apa yang mereka rasa betul. Dan paling kejam, hak mereka dinafikan.
Tapi nasib baik cerita ni zaman dulu kala punya. So memang aku bole terima jelah orang tua ni nak konservatif bagai. Zaman dulu-dulu kan memang macamtu. Kahkah.
p/s: Aku tahu ramai tak minat puisi, it's okay. Semua orang ada minat masing-masing kan. Aku pun takde lah nak paksa orang supaya sukakan puisi. Embrace jelah diri kau dengan benda yang kau minat. Kau dengan kau la. Aku dengan aku. Simple not trouble.
Maaf la review macam tak menarik je T_T Sebab aku dah lama sangat tak tulis review ni. Aku penat dah huwaaaaaa :'(
Okay guys, have a nice day ;)
0 ,185 komen