Review: Hikayat Satria-Satria Sejati (Arus Perubahan)
7:00 AMHikayat Satria-Satria Sejati (Arus Perubahan) ni adalah sambungan kepada novel dia yang sebelum, iaitu Hikayat Satria-Satria Sejati (Generasi Baru).
____________________
Ariki dan kawan-kawan yang lain masih meneruskan perjalanan untuk sampai ke beberapa tempat untuk mencari Satria-Satria Sejati untuk bekerjasama dengan mereka, bagi menjatuhkan tampuk pemerintahan Lutello. Dalam perjalanan, terlalu banyak halangan dan cabaran yang mereka hadapi, tapi tetap juga Tuhan selamatkan mereka. Klimaknya apabila peperangan tercetus antara banyak negara, sama ada menjatuhkan yang Batil, atau yang Benar. Mereka kebanyakannya, ada kuasa untuk mengawal unsur, iaitu unsur api, air, angin, tanah, dan elektrik. Dengan kuasa inilah, tak semudah itu untuk mana-mana mereka dikalahkan.
____________________
Novel yang kedua ni impression aku is not bad la. Penulis masih mengekalkan momentum penulisan dia dari segi plot, watak, lenggok bahasa, etc. And of course, aku menunggu novel kali ini dikeluarkan, sebab nak tahu sambungan novel pertama haritu. Hahaha, tapiii lepas dah baca novel kedua pun, cerita masih tergantung. It means, ada lagi sambungan untuk novel yang ketiga.
Hilal Asyraf ni penulis yang suka buat novel bersiri and I honestly think it is quite good! :)
Oh ya, penulis ni sangat kreatif ya untuk meletakkan nama untuk 'sesuatu' atau 'seseorang'. Dia tak adalah guna nama atau panggilan yang biasa kita dengar. Aku macam impressed gila bila first time baca tu, tapi at the same time, kau kena hafal dan tahulah perkataan-perkataan tertentu, agar kau tidak ketinggalan plot cerita. Sunnguh mengujakan ya anak-anak. Hahaha
Contoh nama tempat: Mastazadi, Mukan'Aja, Likuwaku, Uluwalu
Contoh nama manusia: Ariki, Aifer, Ustur, Uytur, Lutello
Haaaaa ambik kauuu! Aku tak pastilah sama ada nama-nama ni dia ambik dari tempat/buku lain yang dia pernah baca or what, that doesn't matter la. It is just, I'm impressed la. Hahaha gituuu.
Mula-mula macam kekok dan lambat sikitlah, tapi lama-lama dah okaylah sikit. Bolehlah. Dan aku berjaya untuk mengikuti jalan cerita, yeayy yeayy :D
Dalam cerita ni juga, karakter-karakter semua kebanyakannya ada kuasa tau, kuasa tu untuk mengawal unsur. Contohnya, unsur air, tanah, api, angin, dan elektrik. Kira macam mereka ni pun ada aura sendiri untuk melemahkan pelbagai pihak. The good thing is, penulis try to make it sound more realistic. Dia tak cakaplah yang kuasa ni adalah magik, like naturally come from themselves, but instead, penulis kata diorang ni kena fokus betul-betul untuk kawal unsur diorang, contohnya macam kuasa air, seseorang tu mesti fokus lebih untuk menarik air dari persekitaran mereka, dan wujudkan air itu sendiri. It means, air tu datang ada sumber la. Bukan datang dari badan mereka sendiri.
Aku tak reti nak describe betapa excited nya aku sepanjang baca novel ni, sebab struktur dia kemas, penulisan dia cantik (7/10), jalan cerita yang penuh dengan saspen, watak-watak yang menghiburkan dan garang, sebatian yang seimbang (what is this? haha), dan etc.
It is not too good, tapi it is good. Because, for sure, ada lah sikit kekurangan yang penulis buat, yang tak kena dengan citarasa, but that's fine, his story anyway.
There is a scene, yang aku tak expect langsung! And that! Is! One! Of! The! Things! That! I! Like! About! Hilal! Asyraf's! Novels!
Ada satu babak yang buat kita saspen, dan tertanya-tanya, "eh kenapa boleh jadi macamni?" "eh serius laa weiii" "aaaaaaaaa tak sangkanyaaaa" . Kalau nak tahu, bacalah guys cerita ni.
Untuk korang yang minat dengan aksi, dengan cerita-cerita yang ala-ala kuno, but at the same time, trying to be decent/modest. You should try to immerse in his writing.
0 ,185 komen