Review: Samurai Melayu

1:22 AM



Assalamualaikum dan haiiii semua!

Actually, aku dah lama habis baca buku Samurai Melayu karya Hilal Asyraf ni, tapi sebab macam dah lama tak buat review buku kan, so aku kekok dan takut tak best bila baca. So beat it jelah. 

Samurai Melayu ni sambungan daripada novel-novel dia sebelum ni, iaitu, 
Hero > Pemburu > Surihati Encik Pembunuh > Samurai Melayu

Ada empat haa novel nya. Ceritanya tak adalah bersambung sangat. Cuma dia berkait sahaja di antara empat-empat novel tu. Watak-watak semua masih sama. Cuma, ada hero yang berbeza la setiap novel sekuel ni. 

Masa awal-awal cerita ni, dia macam slow sikitlah. Kadang-kadang aku konfius sikit dengan term-term yang ada dalam novel ni. Contohnya, katana, tonfa, kusagirama, shuriken, dan macam-macam lagi. Basically, semua tu adalah senjata-senjata yang orang-orang Jepun gunakan. Since cerita ni ada elemen kejepunan sikit, so penulis pun masukkan lah 'nama-nama' atau 'barang' yang sounds like Japan. Selain tu, nama watak ni pula Ryujin. Nama organisasi hitam dalam novel ni pulak Ryuken. That's why aku macam confuse masa baca chapter yang depan-depan ni. Aku kena adapt dan hafal sikit lah, so that aku takkan ketinggalan plot.

__________

Ryujin, atau nama Islamnya, Mus'ab, dulunya seorang yang jahat, yang suka bunuh orang, yang tiada agama, dan macam-macam lagi benda dia buat. Tapi, apa-apa yang dia buat semuanya kerana mengikut telunjuk ketua dia kat Jepun. Paling superior la kat dunia ni kononnya. So one day, dia nak berubah kepada yang lebih baik. That was when he embraced Islam. And got married with a lady and been blessed with a son. 

Lepas dah having fun dan merasai kemanisan hidup Islam ni, satu hari dia diuji dengan kedatangan Ryuken semula, sebab nak balas dendam kat Mus'ab yang tiba-tiba dah tarik diri dari organisasi hitam tu. Dan perjalanan yang lebih epik pun bermula..... 

He met with Afam, Bakri, Faisal, Pak Arbi, Direktor Amiri, and many more, which were the characters from the previous sequels la. 

__________

Dalam novel ni, aku agak kurang 'masuk' dengan kebanyakan dialog dalam cerita ni. Terlalu cliche, dan sangat tak meyakinkan. I mean, setiap kali mereka ditimpa ujian, the thing yang karakter lain selalu nasihat is "bersabarlah, sesungguhnya Tuhan bersama kita", dan beberapa dialog lain yang lebih kurang sama. Adakah kita rasa bagi nasihat sabar sabar sabar, Tuhan ada tu cukup ke? Hahaha, sorry no offense. Sebab aku rasa macam naik bosan juga lah waktu baca nasihat yang sama :D

However, buku sequel yang Hilal ni memang syok baca sebab dia banyak cerita dan describe 'action' yang sedang dilakukan karakter. Atau kata lain, scene gaduh la. Itu best jugalah. Lagi better daripada ayat-ayat nasihat tu. 

Lagi satu kan, scene sweet-sweet dalam novel ni, aku tak berkenan sangatlah. Hahahaha! Rasa cringe. Dulu boleh la baca, sekarang dah tak boleh dah. Hahaha. Alaaaaaaa, kita kan berubah, bang? :D Tapi, okay la scene sweet tu between suami isteri. So not a big deal lah. 

Tapiiiiiiiiiiiiiii last but not least, aku tak nafikan kekreatifan Abang Hilal dalam menyusun plot cerita ni. Sumpah weii. Ada juga lah scene dan event yang aku tak jangka akan keluar. Kalau kau nak tahu, kau bacalah sendiri! Bila dah tamat je baca novel tu, aku rasa goosebump teruk. Excited nak mampus, sebab novel dia jarang mengecewakan! (apart from part yang cringe dan cliche tu). Kahkah.

Bang Hilal kata ada sambungan lagi. Tajuknya Membunuh Muhammad. Perrrhhhh tak sabar teroxx nak baca yang seterusnya. Sebab nak tahu apa ending sebenar sequel novel ni woiii. Harap urusan Bang Hilal semua dipermudahkan, dan dapatlah kami membelinya waktu/selepas PBAKL next year, inshaAllah huhu.. 

Fuhh, dah lama tak menulis ni  sumpah rasa kekok. Harap tak tergelaklah aku waktu baca semula post ni, hihi. Rasanya itujelah kot nak cakap. Jumpa lagi, bye!

You Might Also Like

0 ,185 komen

Follow Me On Facebook

Follow Me On Twitter

Popular Posts