Review: Membunuh Muhammad

5:58 AM

Buku "Membunuh Muhammad" ni buku terakhir untuk sekuel novel "Hero", yang ditulis oleh Hilal Asyraf. Haritu HA ada buat contest untuk review keseluruhan sekuel ni, tapi aku tak boleh review sebab novel terakhir ni tertinggal kat stor dalam UIA, hahaha 

Disebabkan "Membunuh Muhammad" ni adalah penutup, dan aku dah terbiasa dengan lenggok bahasa HA, aku lambat sikitlah nak habis. Sejujurnya aku cakap, aku tak terasa bersemangat pun nak habiskan pembacaan. Masa mula-mula beli tu, aku memang tak sabar la nak baca sebab tajuk dia controversial (panas zasss) kot. But then, disebabkan kekangan masa nak final exam dan assignments yang tiba-tiba datang berlambak, aku terpaksa la tangguhkan. 

Aku rasa mungkin sebab tu my eagerness tiba-tiba lesap, fuhh. 



Keseluruhan cerita ni aku boleh kata okay la, just nice. 

Tapi aku tetap akan salute dengan HA yang mampu bagi genre novel yang lain sikit berbanding buku-buku lain yang aku tahu. Dan aku pasti HA buat banyak research berkenaan dengan jalan cerita novel ni.

Buku ni mengisahkan tentang Akuma & Nobu yang buat perancangan untuk membunuh Nabi Muhammad pada masa lampau. Yep, you read it right. Who would have thought to make such story, killing our own prophet? Crazy isn't it? But no worries. Afam, Bakri, Faisal dengan Mus'ab came to the rescue. Si baik dan si jahat masing-masing tahu cara untuk mencipta mesin masa. Jadi, yang kumpulan baik ni pun kejar la si jahat untuk menghalang mereka daripada membunuh nabi. 

Sepanjang perjalanan, sudah tentu tak mudah, dan pastinya banyak cabaran dan ujian yang mereka perlu hadapi. Contohnya, ketegangan dalam diri Faisal yang kematian isterinya, Amirah, angkara konco-konco Nobu. Dan waktu itulah dirinya diuji. Mengejar Nobu semata mata ingin membalas dendam padanya sampai meletakkan nyawa Faisal dan Bakri dalam bahaya. 

Cuma, HA ada tulis yang Faisal ni baru lagi dalam group INSANI, jadi dia kurang sikit pendedahan tentang mengurus emosinya, which baffles me a little bit. Sebab as far as I know, Musa'ab la orang yang baru sebab dia ada dalam novel sebelum "Membunuh Muhammad", which is "Samurai Melayu". Bukannya Faisal! Hahaha okay that's one thing.

Jalan cerita memang bagus, tu aku puji. Cuma maybe aku kurang gemar sikit dengan dialog yang ada. Aku rasa most of it agak cliche, typical dan biasa sangat kita dengar. Dialog dia monotonous, kurang expression. Aku tak boleh 'feel' essence dalam dialog-dialog HA. Aku tak tahu la kenapa. Mungkin sebab aku kurang berimaginasi, atau HA yang kurang letak tanda baca macam tanda seru? 

Ada lah scene yang aku rasa macam cringe. Hahaha, yelahh, pasangan nak ber sweet sweet. Faham je. But bila ia terlalu monotonous, aku jadi macam eeeeerrrrrrrrrrrr euw, next. Sorry bang HA huhu.

Aku maybe rate buku ni 6/10.
Jalan cerita bagus, well-researched, well-organized, not too well written, a bit unexpected ending, extraordinary. 

Tahniah Hilal Asyraf! Semoga sentiasa dikurniakan kesihatan yang baik, mampu menulis dengan lebih baik untuk berdakwah, dan diberi kebahagiaan untuk diri dan keluarga, Aamiin. Keep writing, HA. 


 Hero - Pemburu - Surihati Encik Pembunuh - Samurai Melayu - Membunuh Muhammad

You Might Also Like

0 ,185 komen

Follow Me On Facebook

Follow Me On Twitter

Popular Posts