Malam 1 Mac

1:41 AM

Malam ni lepas dapat tahu yang ana tak dapat masuk ICC untuk turut serta menyaksikan King Salman mendapat anugerah daripada UIA, ana terus pergi ke Cafe Evoke. Ingatkan nak pergi KFC. Tapi Evoke jelah yang ana mampu.



Ada Maryam dan Aini. Aku order nasi bujang je. Sebab malas nak fikir apa benda nak makan. Tadi jugak, ada bincang dengan kawan-kawan pasal masalah yang dah lama membelenggu kita tapi kita yang tak cukup rajin untuk selesaikan dan bertanyakan.

Si GG merangkap kawan gaduh aku ni dalam masa yang sama consult dengan aku pasal masalah dia. Aku layan jelah. Sebab dia kata dia tengah down. Jadi aku ada nasihat la beberapa untuk dia. Kita ni mudah kan nak nasihat orang? Tapi habuk tak buat. Dan malam ni memang banyak menyentap jugak la statement GG ni. Semuanya kenyataan bodoh dan dalam masa yang sama, cuba juga untuk terlihat meyakinkan.

Apa yang penting, come back stronger.

Takpe lah. Biar aku sorang je yang faham apa aku duk membebel ni. 😪

Selepas habis je dinner a.k.a. supper kami malam tu, aku pulak yang consult dengan Maryam pasal masalah aku. Masalah yang dari awal lagi membelenggu sejak aku masuk UIA Gombak ni.

"Sebenarnya aku tak nampak kenapa aku masih terus ada dalam jemaah ni. Sejak aku masuk UIA lagi. Apa yang aku nak capai sebenarnya?"

Sebab tu lah rasa macam tak boleh nak go dah dengan apa-apa aktiviti atau program yang PKPIM buat. Rasa macam heartless gila. Why do I have to go? It doesn't meet my minat pun.

Dan Maryam macam biasa. Dia memang faham sangat lah dengan masalah macamni. Sebab dia pernah go through dengan benda-benda gini. Jadi dia nasihatkan aku supaya turun sekolah.

Maksudnya, dia ajak aku untuk join balik turun padang ni, tengok masyarakat sekeliling kita. Paling dekat, budak sekolah la. Sebab tu Maryam galakkan aku untuk jadi faci kalau ada apa-apa aktiviti di sekolah.

Kalau selalu dengan talk, seminar dan program intelektual pun tak guna jugak kan? Bila kau nak turun padang dan 'buat'?

Bila kau join benda-benda masyarakat macam gitu, inshaAllah kau akan dapat balik ruh tu. Didik budak-budak sekolah ni untuk jadi insan yang berguna. Penting. Memang betul lah cakap Kak Wafi.

Barulah aku nampak betapa pentingnya pendidikan untuk kanak-kanak ni. Tak kisah la pendidikan formal atau tak formal. Yang penting, pendidikan untuk kanak-kanak, budak budak sekolah ni memang penting. Sebab kita nak latih diorang daripada kecik lagi.

Untuk jadi manusia yang berguna.

Dan masa jalan jalan nak pergi beli air, ternampak 'seseorang'. Aku dan Maryam senyum menyapa dan kami pun berlalu...

Sesuatu yang dah lama mengganggu aku sebenarnya. Mengganggu hati aku. Dan Maryam lepastu pun cakap kat aku,

"Orang orang yang macam kita nampak tadi, kita buatlah baik dengan diorang. Kalau solat, ajaklah diorang sekali. Kalau ade usrah, ajaklah diorang join sekali. InshaAllah sedikit sebanyak dapat sentuh jugak hati diorang tu. InshaAllah."

Dan aku makin rasa bersalah. Hati aku takde lah membuak buak nak bagitahu Maryam perkara sebenar. Tapi sebab aku tahu apa yang Maryam akan cakap dan dia mesti pandang serong ke aku.

Ternyata aku silap. Silap sekali. Dan aku minta maaf sangat kat Maryam sebab aku judge kau. Dan aku minta maaf sangat sebab aku seolah tak percayakan kau.

Maryam marah kat aku. Dia kata, "Kau ni memang suka rendahkan diri kau kan? Dan sampai hati kau sebab kau tak percayakan aku. Why must you're judging?"

Aku lagi lah rasa bersalah. Teriak jerit juga la aku masatu sebab geram dengan diri sendiri. Yelah. Sengaja aku jerit malam tu sebab bisingnya bunyi enjin malam malam tu.

Jadi masa dekat tempat jalan kaki tu, aku masih hesitate nak bagitahu Maryam perkara yang sebenar. Aku kan memang macamtu. Ngengade kan 😌

Setelah banyak kali aku ber hesitate dengan Maryam.

Akhirnya... "Sebenarnya apa yang kita berdua nampak tadi, aku tengah buat jugak."

Oleh sebab aku takut sangat, aku tambah la. "Haaa see Maryam? Aku ni nampak je perangai A. Tapi sebenarnya aku B. Aku tak seperti apa yang kau sangkakan."

Dan disebabkan aku dah terlepas cakap, aku dan Maryam memang kena slowtalk jugak malam ni. Kitorang pun duduk la kat bawah pokok, atas bench, sebelah pondok guard. Dan mulakan perbincangan...

"Sebenarnya Fara. Aku pun dah go through apa yang kau tengah lalui sekarang. Dan aku faham."

Aku diam dan dengar semua cerita dia. Dan aku macam tak sangka. Banyak cerita yang Maryam berjaya bongkarkan dari dalam hati dia. Aku dengar dan aku amati. Aku cuba masukkan watak aku dalam kisah dia. Dan aku masih cuba untuk memahami...

Jadi selama ni.. Maryamm.....

Kan. See. I've told you. Lepas ni jangan la mudah judge orang for we don't know what they have gone through.

Betullah orang kata, kawan ni memang betul la cerminan kita. Sebab tu kita digalakkan untuk cari kawan yang baik. Yang kau rasa dia boleh bimbing kau ke jalan yang benar..maybe?

Dan sambil sambil tu, aku pun cerita ke Maryam apa yang terjadi pada aku.

Maryam sebelum tu ada cakap lagi, "It's okay. Kau cerita jelah. Aku open je. Serius aku open."

Dan akhirnya cerita aku terluah juga.

Dan macam biasa, Maryam bagi nasihat dan kengkadang tu dia pun ade psycho jugak. 🙊

"....apa yang penting, lepas ni kau kena ingat. Jaga hati dan jaga solat. Kalau solat kau okay, inshaAllah semuanya akan okay...."

"Make sure jugak apa yang kau nak bagitahu dia ni nanti, kau betul betul serius dan tak main main. Kau try la cakap dengan dia. Mungkin dia tak tahu. Kau nak aku tuliskan mesej kau untuk dia ke?"

Sampai macamtu sekali Maryam nak tolong aku. Nak tolong taipkan mesej lagi tu wehh 😌

Banyak lagi yang aku dapat dari Maryam malam tu. Dan. Apa yang paling penting, aku memang selalu kena consult dengan kawan-kawan aku. Selalu bersama dengan diorang so that aku bole lupa kejap masalah aku. Serious.

Aku balik je bilik, aku nampak Farhana dan aku senyum macam biasa. Aku tak suka moody moody kalau dalam bilik ni sebab nanti satu bilik tu kena tempias emosi aku. :'(

Alhamdulillah. Fara Fasihah suka senyum. Kahkahkah.

So lepas tu je, aku call Umi. Ada benda yang aku nak cakap dengan Umi. Mulanya tu rasa takut tapi aku redah je cakap pasal masalah tu ke Umi aku.

What surprised me was that, hey my mum rileks je weh! Dia open je bila dia dapat tahu yang aku ni ada masalah gitu gini. Aku ingatkan dia nak marah tapi benda lain pulak jadi. She was just okay. And macam biasa, she just gave her advice.

To be honest, Umi is not a good advisor but I know, I really really know that Umi selalu doakan yang terbaik untuk anak anak dia. Aku yakin.

Dan malam tu, aku dah buat heart to heart talk dengan Maryam dan Mummy aku.

I need this.

Dan sekarang aku menulis tentang perjalanan malam 1 Mac ni. Tolonglah nak ingat benda ni sampai bebila pun 😣

Fara John,
Sedang mencari cara untuk beritahu hal yang sebenar kepada dia.


You Might Also Like

0 ,185 komen

Follow Me On Facebook

Follow Me On Twitter

Popular Posts