Review: Tari Pasar Perempuan

8:21 AM

Aku baru je habis baca buku Tari Pasar Perempuan malam semalam. And... it was not as I thought it would be.. heheh



Dalam tu ada 17 cerpen yang ditulis oleh Kak Fazleena Hishamuddin, dan diterbitkan oleh Roman. Sebelum ni, aku ada baca review dari ZF Zamir dan Kak Raiha pasal TPP ni. Diorang puji penulisan Kak Faz. ZF Zamir siap cakap lagi, kalau ada sesiapa yang tak fond of dengan buku ni, dia akan kembalikan wang ringgit korang. Tapi aku try search post dia tadi. Rasanya dia dah delete kot.  Huhu.. so then, I decided to buy it. Tapi aku terlupa sesuatu..kecenderungan mereka dengan aku tak sama. Perspektif kita pun jauh berbeza. Aku suka baca review Kak Raiha, kelihatan kemas dan jujur. Cuma, bukan itu yang aku cari.

As I have mentioned on Twitter, aku sangat terganggu dengan cerpen-cerpen Tari Pasar Perempuan. Dia macam horror tau, tapi bukan horror yang seram tu. It is more like mode yang....DARK? Kadang-kadang aku rasa tak selesa and questioning for so many times, 'apa tujuan penulis buat cerpen ni?' atau 'apa pengajaran yang cuba disampaikan?' and etc.

To be honest, yes, buku ni memang lain daripada yang biasa. Kiranya, buku ni tak tipikal dan tak cliche. So aku boleh tambah la area niche atau skop dalam pembacaan. Not sharply, but substantially. That is one of the good side la of this book. Masa cerpen pertama, aku dah rasa wow gila tau. I mean, most of the cerpen yang Kak Faz tulis, kebanyakannya ada ending yang aku tak jangka. Unexpected. And it make me jawed juga, serius. Banyak berkerut pun ada juga. Should I say.....tragic ending? Sebelum ni dalam kelas drama kat UIA, Madam aku ada tanya tau, "cerita mana yang lebih memberi pengajaran pada kamu? Happy ending atau tragic ending?" So guys, bila korang dah baca buku TPP ni, you decide.

Before this, aku ada baca puisi yang Kak Faz tulis dalam bukunya, Seksi Ovari. It was nice, really nice, I would say. Daring! TPP pun 'daring' dan 'agak berani' kerana penulis kadang-kadang bercerita tentang taboo dalam society kita. Maybe that is the reason why I was banyak kali distracted while reading this book. But it's okay.

These are the short stories yang aku terganggu, but at the same time, I was awed, surprised.. Ahhh! Tak reti nak describe feeling dia. Bercampur baur, haha. Okay so they are:

1. Temasya Makan Malam
2. Lagu Dalam Kelambu
3. Isyarat Mata Yang Berkerdipan
4. Menjual Kenangan Di Jalan Memory Lane
5. Berpayung Emas Di Puncak Tabur
6. Kopi Jos & Petikan Kecapi Di Angkringan
7. Tari Pasar Perempuan
8. Nyanyian Balkoni
9. Di Matanya Ada Lautan
10. Tular Untuk Ana

Perhaps aku perlu luaskan lagi perspektif dan cara pandang aku terhadap sesuatu. Dan maybe aku perlu lebih open minded bila baca buku dari penulis yang latarnya sangat jauh dari environment seharian aku. Accepting is the key :) Till then, good bye!

You Might Also Like

0 ,185 komen

Follow Me On Facebook

Follow Me On Twitter

Popular Posts