Malam down

12:52 AM

Malam ni aku sorang-sorang. Lagi. Untuk beberapa hari lepas, aku selalu fikirkan benda yang sama. Dan benda tu juga memaksa aku untuk terus bermuhasabah tentang kelakuan diri sendiri. Entah apa lah yang kita nak dalam dunia ni sebenarnya.

Aku macam kecik hati dengan kawan-kawan aku sendiri. Kerap kali aku rasa aku dipinggirkan. Entah salah apa lagilah yang aku buat kalini yang aku tak perasan.

Bila tanya panjang lebar, dijawabnya cuma sepatah. Bila tanya sepatah, yang dijawabnya hanya diam.

Aku buntu. Aku sedih dan aku pilu. Sesak dada aku bila fikirkan benda yang entah apa apa ni. Memang betul la apa orang kata. Kita akan diuji dengan apa yang kita pernah bicarakan. Dan aku rasa sekarang.

And you know what? It sucks.

Tapi aku cuba juga berusaha untuk lari daripada memikirkan hal hal yang buat aku down sepanjang hari. Syukur ada roommates yang ceria dan sentiasa riang, dapat dengar suara keluarga aku sendiri, dan beberapa teman yang cuba untuk menggembirakan aku. Walau aku tahu dia terpaksa. Aku tak kisah tapi aku terharu kawan :')

Jadi malam ni untuk kali ke berapa rasanya aku rasa bebas berjalan seorang diri. Pasang lagu kat telinga sambil nyanyi sorang-sorang. Buat apa yang aku suka, tanpa perlu menunggu sesiapa kat sini. Bebas. Tapi sayangnya aku bebas secara fizikal tapi tidak secara mental.

Seolah aku masih terkongkong di sini.

Ahhh kenapa masalah sering datang pada waktu yang kita tak inginkan? Bullshit sangat kalau aku cakap aku penat. Sebab bila memikirkan orang orang dahulu yang sanggup berpenat demi sebuah perjuangan... orang yang sanggup berpenat demi sebuah kemenangan dan kesaktian... dan macam macam.

Sekarang ni semua kata kata positif seakan tak boleh melembutkan atau mencairkan hati aku yang keras dan gelap dek dosa dan maksiat yang masih aku perbuat. Sebabtu aku tanya tadi, apa yang kita nak sebenarnya?

Tadi aku duduk kat tempat gelap. Pemandangan kat sini nampak nyaman dan lawa. Oleh sebab aku terlalu leka dengan lirik lagu dan whatsapp yang masuk, aku tak perasan tadi diri aku dikelilingi dengan macam macam jenis lelaki.

Terus aku jauhkan diri dan lari dari situ. Takut bukan main. Umi suruh duduk dekat cafe. Tapi aku tak nak. Aku tak suka duduk cafe sorang-sorang. Bukannya aku malu pada pandangan manusia gila yang tengok aku lonely kat cafe.

Tapi sebab cafe tu bising dan aku tak suka kalau aku tak embrace dalam kebisingan tu. Jadi aku lebih prefer duduk sorang sorang kat mana mana tempat yang sunyi dan sambil tu boleh dapat ilham dan bermuhasabah diri.

Harini aku kembali menulis. Dah berapa lama rasanya tak menulis. Bukan senang nak tumpahkan penulisan daripada hati sendiri ni.

Dan tadi aku ternampak satu pertandingan menulis cerpen. Banyak kali dah nampak iklan pertandingan menulis ni. Dan tiap kali itu jugalah, aku mula terus jadi down dan rendah diri yang amat. Sebab rasa diri tak reti nak menulis.

"Haaa kalau tahu tak reti menulis tu, kenapa tak masuk bengkel bodohhhh"

Itu yang aku fikir dari dulu lagi. Sebab tu aku tanya masa awal awal tadi. Apa yang kita nak sebenarnya.

Dan ada lagi satu hal yang buat aku murung dan kecewa teruk sejak akhir akhir ni. Nak tahu apa dia? HARAPAN.

Yes. Harapan. Dalam lagu I need to know, dia ada sebut, "Hope is a star I will follow wherever I go"

Macamana kita nak ikut harapan tu ke mana saja kita pergi? Kalau tiba tiba harapan tu kecewakan kita, bukan ke nanti kita akan melalak tak tentu pasal macam orang nak mati?

Sakit weii harapan. Ingat senang senang macamtu ke nak pulih? Benda ni aku fikir lama dah. Aku tak tahu kenapa, tapi aku banyak consult dengan comrades dan seniors soal harapan ni. Dan aku selalu tanya pada mereka, "Macamana nak move on?"

Dan jawapan bersiri mereka buat aku bangkit sekejap. Dan lepas 2 atau 3 minggu macamtu, aku jadi lemah balik. Aku marah dengan diri aku sendiri. Sebab aku tak reti nak kawal dan manage emosi aku sendiri.

Bukan keluarga atau kawan kawan yang tolong uruskan emosi aku ni, tapi AKU. Sebabtu aku mengamuk, marah dan kecewa dengan diri sendiri yang seolah tak boleh hidup sendiri.

Semalam lepas aku buat status pasal "I wish my teacher knew that...." tu, aku terus diasak dengan posting daripada orang lain tentang apa yang aku bicarakan. Aku terasa. Aku sensitif. That's my bad :(

Mungkin Tuhan nak uji aku tentang perihal yang aku katakan tu. It's not easy beb. Semua orang ada struggle masing-masing. Dan aku masih kat sini, cuba untuk make everything on track.

Aku taknak fikir benda ni lama lama.

Aku tengah belajar dan aku ada assignments yang perlu aku buat.
Ada beberapa consultations yang perlu aku hadiri.
Ada beberapa aktiviti yang memerlukan tenaga aku.
Ada beberapa talk dan forum yang mesti aku hadir supaya dapat meluaskan lagi ilmu ni (tidak hanya daripada buku dan kuliah saja kan?)
Ada beberapa hiburan yang perlu aku embrace untuk menyeimbangkan.
Ada beberapa 'arts' yang perlu aku perbaiki dan polish lagi.

Benda ni semua untuk siapa lagi kalau bukan diri sendiri?

Tolong ingatkan aku guys. Tolong ingatkan Fasihah bahawa,

LIFE IS ABOUT CREATING AND DISCOVERING YOURSELF.

TO BE WHATEVER YOU WANT, FIRSTLY YOU MUST FIND YOURSELF.

credit: google image


Boleh tak kalau aku nak buat post seterusnya tentang prestasi english aku? Hmm

Fara Fasihah,
Tengah down.

You Might Also Like

0 ,185 komen

Follow Me On Facebook

Follow Me On Twitter

Popular Posts