Review: Kunang Pesisir Morten
4:45 PMKunang Pesisir Morten karya Raiha Bahaudin.
Keluaran Dubook bercetakan pertama ialah Mac 2015.
Dalam buku ni, ianya semua cerita yang diceritakan oleh salah satu watak iaitu Adi. Menggunakan kata 'aku' sepanjang cerita. Dan Adi mempunyai seorang teman sepermainan perempuan iaitu Dhiya, gadis cilik yang sangat bijak dan mempunyai pemikiran visual genius. Hebat sekali seorang cilik bernama Dhiya ini. Ternyata umur bukan ukuran.
Dhiya punya ibu yang sangat lemah lembut dan sopan. Akan tetapi, sangat kontra dengan perwatakan Dhiya yang kasar, pengotor, comot, degil. Tidak berapa menjadi masalah kerana Dhiya masih anak kecil, menurut aku lah.
Cerita KPM ni bukan cerita biasa biasa. Tak sangka cerita ni sangat thrilling, mampu membuat aku untuk habiskan baca tak sampai 5 hari (disebabkan kerja yang banyak sewaktu Aidil Adha ni).
Dhiya hebat juga dalam lagaan ketam. Kehebatannya terserlah pada akhir akhir cerita ini dengan melagakan ketamnya dengan ketam Tam, Uca Annulipes lalu menang dek strateginya yang luar biasa dan telepatiknya terhadap makhluk itu.
Dhiya dan Adi bertemu kawan baru yang berlainan bangsa dengan mereka, iaitu Lim, anak Cina peranakan yang tinggal di kampung seberang. Kalau tak salah aku, kampung cina....?
Mereka berkawan baik semenjak daripada kes seorang anak autistik cina yang meninggal itu berjaya diselesaikan oleh kepakaran dan ketelitian pemerhatian Dhiya! Dhiya juga punyai kebolehan menyiasat dan merungkai misteri yang berlaku di hadapan matanya. Jadi selepas itu bertambah rapat lagi mereka apabila Dhiya dan Adi sanggup ponteng mengaji demi menyaksikan opera Cina di kampung seberang. Juga kerana hendak bertemu dengan Lim.
Satu saat, Dhiya menyerlahkan lagi bakatnya dalam bidang seni. Ahh anak kecil itu memang luar biasa! Aku masih ingat lagi akan kemenanngannya dalam pertandingan itu. Oleh kerana warna air itu tidak sempurna, terlalu kering, Dhiya memutuskan untuk menjadikan air liurnya bagi menjadikan lukisannya sesuai dengan jiwanya. Fikirnya, tidak kisah apa cara sekalipun medium yang digunakan untuk mewarna, janji lukisannya ada jiwa!
Dan itulah Dhiya. Untuk membeli warna warna Rowney yang diidamkannya, Dhiya sanggup belajar berniaga. Dan paling menariknya, Dhiya sanggup belajar cara membuat popia daripada kampung seberang untuk berniaga. Seperti kebiasaan, cubaan pertama kali itu selalu tidak sempurna dan gagal. Tapi Dhiya juga seperti biasa, tidak mudah mengalah dan terus mencuba.
Sampai lah suatu saat, Dhiya menerima pelanggan tetap iaitu Cik Ani untuk memberinya Kuih Popia kepadanya setiap hari sebanyak 200 untuk dijualnya. Hal ini disampaikan oleh Tam sendiri. Jadi setiap hari jugalah mereka berlari menuju ke Kampung Jawa untuk mencari rezeki.
Selepas berhari hari Dhiya berniaga, wangnya hampir mencukupi untuk membeli warna warna Rowney yang diingininya. Tetapi sesuatu musibah telah menimpa bapa Lim. Dan memerlukan deposit bayaran di rumah sakit untuk kelangsungan rawatan bapa Lim. Jadi, atas dasar kasihan, empati dan persahabatan, Dhiya akhirnya memberikan wang hasil jualannya kepada Lim untuk rawatan bapanya. Cekal bukan Dhiya?
Satu hari, kampung Morten itu digemparkan dengan pencurian ghaib! Pencuri itu mencuri barang barang warisan yang ditinggalkan seperti emas Pak Ibrahim, tulisan khat kufi di surau dan yang lain. Ia dipanggil ghaib kerana pencuri itu tidak meninggalkan kesan langsung dan teliti kerjanya.
Sampai lah suatu masa di mana Adi Dhiya dipisahkan dengan Lim oleh satu kejadian perkauman yang signifikan. Lim dituduh mencuri barang barang itu dek kerana mulut puaka Pak Jasmi. Maka mereka dipisahkan sementara kes itu belum selesai dan Dhiya berjanji dengan dirinya sendiri yang Dhiya akan mencari semula barang barang kemas warisan Pak Ibrahim supaya Lim dapat bermain bersama mereka semula.
Jadi sepanjang kes itu disiasat oleh Dhiya dan Adi, pelbagai cabaran dan rintangan yang dihadapi kerana mereka masih anak kecil yang punya otak bijaksana tapi tidak dipeduli oleh orang dewasa bongkak. Semasa ini juga, aku disajikan dengan kebijaksanaan dan kepandaian Dhiya membuat satu spekulasi dan andaian bahawa Nyonya Cina itu membuat pasaran gelap bersama dengan orang kedai depannya hanya kerana simbol yang pernah diajarkan Lim suatu dahulu! Ahhh hebatnya Dhiya bukan kepalang.
Akhirnya perempuan cina itupun mengaku dan memberi petunjuk akan di mana barang barang warisan itu berada. Semuanya ada di Kampung Jawa. Tempat yang selalu mereka pergi iaitu di kedai Cik Ani. Jadi mereka pun mencari di hampir semua blok dan tingkat lalu terjumpa dengan Tam setelah sekian lama Tam tidak memunculkan diri.
Rupa rupanya benarlah bahawa Tam yang mencuri barang barang warisan kampung morten! Dhiya boleh mendapatkan barang barang warisan itu jika dia sanggup berlaga ketam dengan Tam. Tiada cara lain untuk membersihkan nama Lim, jadi Dhiya setuju.
Dhiya, Adi, Tam dan semua kanak kanak dari Kampung Jawa dan Kampung Morten berkumpul untuk menyaksikan perlawanan bersejarah itu. Dengan semangat pasukan dan bendera bendera tanda sokongan.
Syukurnya Dhiya telah memenangi laga ketam itu dengan markah 2-1. Selepas itu, masalah perkauman itu pun berjaya diselesaikan dengan bantuan Pak Ibrahim selaku orang penting di Kampung Morten itu. Dhiya, Adi dan Tam bersama menjadi kawan baik kembali.
Tetapi malam itu tidak begitu indah. Bapa Dhiya kembali semula untuk menjalinkan hubungan seperti biasa dengan ibunya akan tetapi ditolak.
Jadi pagi itu Ibu dan Dhiya berangkat untuk berpindah daripada situ. Lim dan Adi terkocoh kocoh mendapatkan hadiah buku di kedai buku di Jalan Wolferstan itu. 'Penelusuran Benang Merah'.
Aku suka akan satu ayat dalam buku ini iaitu,
"Dhiya membenci arsitektur tanpa peranan. Yang tinggal hanyalah angkuh pembaziran tanpa jiwa bangunan. Dan menara-menara ini memberi petanda besar, bahawa seluruh negeri Melaka ditenggelami dengan pembangunan superfisial tanpa rohnya."
Perempuan itu berdiri di tepi gunung menggenggam gulungan biru. Sebuah sekolah untuk anak anak kampung pedalaman terpinggir dengan konsep hijau dan mandiri akan didirikan.
Dhiya senyum.
Tahniah penulis! Selamat Hari Raya Aidil Adha semuaaa :)
0 ,185 komen