Plan A, B, C
2:45 AM"If you fail to plan, then you plan to fail"
I'm quite sure that you are very familiar with this quote. So yeah, I'm gonna post this while waiting for my discussion to start. InshaAllah can make it. Hee
My team ada buat meeting untuk the next upcoming activity for adik adik gen14. Like usual, kami akan membincangkan tentang perihal adik adik yang tak berapa nak bonding dan low fraternity. Mane fungsi PUSAT ni maneeeee. Haish. Aku cakap lebih lebih kang jadi isu pulak. -_-
Untuk peringkat UIA PJ, team JDPI nak buat satu program yang dinamakan HiPer (Himpunan dan Pertemuan) which is program ini akan diadakan setiap tahun rasanya. Tapi tak nampak fungsi PUSAT di situ. Jadi kami buat sendiri. Hahaha.
Kiranya aktiviti yg bakal kami rancang malam tu adalah berkenaan dengan HiPer dan Tamrin Jundiy. So both activities akan digabungkan lah menjadi satu event di mana kita akan buat Rehlah.
So that night. We were discussing the place, time, food drinks and few things needed for the rehlah. Thanks to Hakimi and Syahirah and others as well for planning this thing. Diorang paling banyak buat kerja kot. Kesian.
Tempat yang dicadangkan:
1. Taman Jaya
2. Taman KLCC
3. Sungai Pisang, Gombak
Pada awalnya, aku dan Aiman pilih Taman Jaya sebab dekat, nak pergi sana pun tak payah bayar sbb naik bas hijau percuma. TAPI. Taman Jaya kurang menarik, sebab takde apa sangat, just taman je dan ia tidak dapat menarik minat adik adik langsung untuk ke sana.
Ramai orang pilih Taman KLCC sebab kat situ ramai menjadi tarikan orang, pakai duit sikit saja untuk ke sana, dekat dengan UIA sbb naik LRT je dan boleh buat aktiviti book hunting kat kinokuniya dan buat bibliophilia. TAPI. Kami takut kena halau dengan pak guard KLCC, dan bibliophilia sounds heavy, katanyalah dan kalau nak buat apa2 aktiviti kat Taman KLCC tu rasanya macam takde apa sangat. Bosan pula bila nak main explorace saja.
Next, Sungai Pisang. Berapa kerat je pilih Sungai Pisang ni. Sungai Pisang ni tak dipilih sbb jarak UIA ke Sungai Pisang jauh sangat, memerlukan kos transportation yang tinggi, tak tahu jalan, dan jalan nya kena masuk sampai dalam. Dalam sangat. TAPI. Sungai Pisang ni lah yang dapat tarik minat adik adik. Ade Sungai, air terjun, boleh mandi mandi, buat bbq, dekat dengan alam, dan rasanya lebih tenang je.
Jadi mana satu nak pilih. Semua ade pros dan cons. Macam macam benda dah bincang. Kejap yang itu. Kejap yang ini. Nanti aku setuju, kau pulak tak setuju. Kau setuju, aku pulak yang tak setuju.
Okay bila dah banyak sangat tentangan dan perdebatan, maka keadaan pun semakin tense dan tegang la. Aqill la paling monyok sekali. Aku macam nak tampor je muka dia masatu. Relax, man! Tapi tak bole nak sepak kan sbb dia Abah. Kita kena hormat dia. We dont even know what he's going through.
Dalam meeting tu asyik fikir nak tukar venue je. Last2 kau tahu Aiman cakap apa? "Kita buat kat CFS jelah."
Hahahaha. Great Aiman great. Sebenarnya Aiman tak bagi the exact solusi utk masalah kami. Dia cume bagi kami relaks dulu kalau dengar perkataan cfs pj. Hahaha he's such a killer!
Yelah. Cfs pj banyak pros. Takyah bayar transportation, dekat je. Jalan kaki pun sampai. Nak masak senang. Nak minum pun senang. Bole ajak budak2 lain sekali kalau deme nak. Haaa kan.
But masa tu dah malam sangat, jadi kami selesaikan meeting kami tu secepat mungkin. Ingat nak buat meeting lagi satu pasal bnda ni tapi tengok dulu lah kan. Meeting ni pun ramai yang tak datang. Yelah, minggu tu minggu hantar assignment, presentation, public speaking and so on!
Finally, Iman suruh roundtable. Each of us kat situ mesti bagi pendapat dan pandangan dan luahan pasal benda alah ni. Yang dimulai dengan Hakimi.
Time Hakimi bagi opinion tu perhh. Aku sentap jugak la. Dia cakap pasal jemaah dan persatuan. Lagi apa entah dia cakap. Aqill pulak, haa mengada sekor ni. Dia cakap tu mungkin salah dia la apebenda la, aku senyum jela waktu tu. Emm senyum sebab tengah tahan saboo dengan Abah ni. Sekali dapat rotan Abah ni sedap jugak. Puas hati kau tahu.
Dan seterusnya seterusnya semua dh bagi luahan. Okay buat acah acah penutup sikit, baca tasbih kafarah dan surah wal asr lepastu belah. Haa Abah ni, orang tak habis baca doa dia dh belah dulu. Nasib baik dia cabut awal. Klau tak, elak kena makan kaki je hahahahahaha. Maaf Abah, Fara tak sengaja kutuk2 Abah ni. Ampunnnn.
Jadi lepas meeting tu, aku pergi ATM kejap nak cucuk duit. Hewi lain dok menunggu aku kat tangga nak naik library tu. Hewi ni havoc sikit. Ade ke patut diorg duduk duduk kumpul kat tangga situ. Itu tempat laluan orang ramai kut. Tapi takpe lah. Demi nak membincangkan masalah yang tengah kita hadapi masa tu kan.
Hewi ni bagus kan? Caring sangat sampai buat mende alah gini. Tu yang buat Fara makin sayang ni. Hahaha. Susah tau nak buat aku sayang ke orang ni. Jadi dlm meeting hewi tu ade aku, Madihah, SI, Iman, Sabihah, Najah, dan Syahirah. Meeting ni tak dirancang pun. Tapi tulah. Alang alang semua dah terserempak dekat tempat yang sama kan.
Ahh. Perancangan Tuhan itu Maha Indah lagi Hebat! Jodoh dpt jumpa Hewi gini. Terharu la saya.
Jadi dalam meeting Hewi malam tu, kami bincang la pasal apa yang patut kan. Dan sebenarnya aku tak join sangat pun meeting tu! Hahaha. Aku balik beberapa minit kemudian. Komitmen assignment membantutkan aku. Jadi tak mengapa. Aku reda.
Lepas diorg habis bincang, deme whatsapp la ke group saf qiyadah. Cakap gitu gini. Diorg dh siap plan semua benda dah. TAPI. Aku terkejut jugak la bila diorg nak buat kat Sungai Pisang. Sumpah aku tak expect langsung!
Rasa nak membantah jugak la tapi takpe. Biar diorg habis cakap dlu. Tapi tu lah. Terharu jugak aku sebenarnya. Last2, semua dah setuju dah.
Bab transportation kita pakai kereta seniors. Abg Halmie (macam biasa la), Abg Iman, Abg Hanif, Abg Fawwaz. Bab makanan dah memang aku la kan yg kena handle. Diorg nak buat BBQ weyy -_-
Dan macam2 lagi. Malam tu jugak la kita buat mesej viral :') Tinggal nak tunggu Abah approve je ni ha.
Malam tu jugak Abah left semua group.
Hebat betul penangan teamwork ni kan dengan Abah merajuk lagi :')
Tahniah guys. I was so touched by our cooperation and teamwork. Hope it would be a success for the real rehlah soon. Lol. The rehlah was over by the way. Chillax, this is just a post!
And yes. The rehlah was fun, according to them. Whatever, talk talk talk. Tak amik tahu pun coz I didn't go! Hahaha k settle dah kan post ni? Toodles!
0 ,185 komen