Review: Ayah
9:09 PM
Aku baru habis baca buku Andrea Hirata ni. Tajuknya AYAH. Macam yang aku ada sebutkan dalam ig story aku. Aku tak berapa suka sangat dengan cerita Andrea Hirata. Ni buku kedua aku baca lepas Sirkus Pohon. Aku nak bagi rating 4/10 je boleh tak 😂
Tapi ni semua dari sudut pandang aku je okay. Harap tak ada sesiapa terasa hati✌
Kisah dia pasal seorang lelaki ni, nama dia Sabari. Dia pandai berpuisi, berkat ayahnya yang selalu berpuitis dengan dia hampir setiap masa. Satu hari tu, Sabari terjatuh suka dengan seorang perempuan, nama dia Marlena. Macam macam cara dia buat untuk tarik perhatian Lena. Tapi dari awal cerita sampailah habis, usaha dia tu macam sia-sia.
Bila dah baca separuh buku ni, aku macam tak nampak sangatlah kaitan tajuk buku ni dengan apa yang diceritakan. Bila Sabari dah dapat anak dengan Lena, barulah boleh aku relate kan sikit sikit. Sikit jelah tapi.
Dari sini aku dah nampak cerita ni macam slow. Disebabkan aku seorang yang tak penyabar, jadi aku tak suka cerita ni sebab dia slow. Jalan cerita yang lambat. I mean, bila baca tu, I keep "ok ok ok haaaa lepastuuu apa jadi haaa tu je keeeeee ehhhh apa ni melewehhh takk paham kaitan nyaaaaa haaaa cepatlah sikit apa jadi lepastuuuuu ehhhhh cepatlahhhhhhhhh"
Hahaha gitulah.
Next, elemen kejutan dalam cerita ni tak berapa nak buat aku terkejut sangatlah. Aku rasa biasa je. Aku macam "hek elehhhhhhh tu je ke". Weii jahat kan aku. Tapi itulah apa yang aku rasa. Kejutan dia hambar. Tak berapa nak meyakinkan. Bila teruskan pembacaan, barulah kita boleh brain. I was like "ohhhh betul lah surprise tadi". Cuma dia tak struck kita dengan cara yang pembaca selalu dambakan. Huhu
Lagi satu, cerita ni meleweh. Panjang panjang tulis seakan tak ada point. I mean, okay la aku faham tulis panjang cause it is a novel. But kalau description yang terlalu meleweh, buat aku rasa bosan nak baca. Macam tak ada point. Apa yang dia tulis panjang tu macam pembaca tak perlu tahu details pun tak apa lah. Mula-mula tu memang ada rasa sikit jenaka lah. Tapi bila dah selalu sangat meleweh, aku rasa macam "ehhh tak perlu kot nak tulis panjang. Dah boleh stop la kot??"
Seterusnya, watak Sabari ni macam buat aku gila. Dia terlalu sukakan Lena sampai tak berhenti fikir pasal dia. Walaupun si Lena tu dah reject dia banyak kali, dah keluar dengan banyak lelaki, banyak kali rendahkan dia, tapi Sabari tetap juga setia nak dengan Lena! Like apa masalah kau sebenarnya sampai setia sangat ni? Even dah kahwin pun, Lena tak suka dia. Dia still jugak hari-hari rindu kat Lena. Cinta itu memang benar benar boleh buat orang kelihatan gila!
Ya betul. Sabari tunjukkan pada pembaca sikap komited, setia yang tak berbelah bagi, dan sikap tidak putus asanya tu. Tapi aku kurang gemar, sebab macam tak realistik. Siapa je yang boleh endure unrequited love even after f*cking yearssssss?
On the other side, cerita Andrea ni okay je. Cuma disebabkan perkara-perkara kecik macamni, aku jadi distracted dan terganggu. Aku stres baca. Hahahaha😅
Bila fikir balik, buku dia ni dah siap diterjemah ke pelbagai bahasa dah. Lepastu dijual di peringkat Antarabangsa. Mestilah buku dia bagus kan? Tapi entah...aku je yang macam tak boleh ngam dengan tulisan dia.
Satu perkara yang aku perasan dalam tulisan Andrea Hirata. Dia banyak buat elemen masa. Contoh, bab 1 dia cerita pasal Sabari. Tiba tiba bab 2 dia cerita pasal entah siapa-siapa (yang sampai bab ke 54, barulah aku tahu siapa dia tu 'siapa-siapa'). Dan bab ke 30 pula, dia tiba-tiba cerita pasal seorang lelaki yang entah berasal dari negeri enta-berenta. Dan seterusnya lah...jika kalian mengerti..
Aku tulis kat sini je review. Siapa nak baca buku ni, bacalah. Aku tak pernah halang sesiapa untuk baca buku yang aku tak suka. Boleh jadi apa yang aku tak suka tu, menjadi kegemaran orang lain pulak kan.
Aku stres sebab macam tak dapat apa-apa pengajaran pun dari cerita Ayah ni😂
Nampaknya kali ni emosi aku mempengaruhi fokus pembacaan aku. Tu yang susah nak terima tulisan dia ni. Harap lepas ni aku boleh improve sikit emosi ni haa. Cubit kang😆
P/s: Okay tu je. Berdebar rasanya dah nak masuk sem baru ni. Taaruf Week pun dah nak start ni.😁🙈
0 ,185 komen