Review: Ini Sekolah Kita

8:58 AM




Ini Sekolah Kita diterbitkan oleh Thukul Cetak, dan ditulis oleh 3 mahasiswa hebat-hebat, iaitu, Hidayu Hatta, Musa Nuwayri, dan Faris Isa. Bukunya agak kecil dan nipis. Ada 124 muka surat.

Pada awalnya, aku dapat agak dah mesti buku ni nak cerita pasal pusat pendidikan yang diorang tubuhkan kat Syria untuk anak-anak pelarian Syria tu. Ditambah pula dengan cerita suka dan duka sepanjang mereka bergelut dalam membikin pusat-pusat ini satu kejayaan dan berterusan sampai sekarang. Alhamdulillah.

Ternyata, buku ni lebih daripada tu. Maksud aku, beyond my imagination! Ada dua bahagian dalam buku ni. Bahagian satu diceritakan oleh Kak Hidayu Hatta. Bahagian kedua pula ditulis oleh Musa Nuwayri dan Faris Isa. Dipisahkan kedua-duanya sebab perjuangan mereka di lain-lain tempat.

Bila aku start je baca cerita Kak Hidayu, aku terkejut sikit. Kau tengoklah muka kak Dayu dalam cover buku ni sangatlah ayu. Tak kusangka, dari tulisannya yang aku baca, dia seperti seorang yang tegas dan agak garang! (Pardon me, sesuai ke perkataan garang ni kak? Haha😅)

Overall, aku tak expect pun cerita Kak Dayu macamtu macamni. Kita biasa tengok diorang macam okay je kat sana. Amik gamba senyum sana sini. Tapi Allah je tahu betapa penat dan stressnya mereka dalam memperjuangkan hak kanak-kanak ni. Untuk melihat mereka tersenyum dan mengharapkan agar anak-anak ini masih punya impian walau negara mereka hancur berkecai sekalipun. Ya Allah, betapa ramai manusia di dunia ini sebenarnya berharap agar peperangan ini berhenti dan berikan laluan kepada penduduknya untuk gembira dan bahagia di tanah air masing-masing. Bukannya menjadi pelarian yang entah kita tahu nasibnya nanti macamana.

Cuba kau bayangkan, Kak Dayu dan team diorang kena jaga anak-anak Arab yang kita sedia maklum bahawa mereka ni ganas dan tak suka kalah. Tambahan, Kak Dayu ni pengetua TFTN For Syria tu. Satu pencapaian yang terbesar menurut pandangan aku. Tahniah Kak Dayu.

"Great position comes with great responsibility"

Just wow.

Sama juga kisahnya dengan bahagian dua yang ditulis oleh Musa Nuwayri dan Faris Isa. Tak silap aku, mereka ni di bawah Tangisan Syria di Bumi Jordan (TSDBJ). Kisah mereka pun lebih kurang macam Kak Dayu tadi.

Masalah dan cabaran tu bukan datang daripada dalam kumpulan je, sikap khianat orang luar pun turut menjadi ujian buat mereka yang kuat ini. Aku kagum. Sungguh, aku kagum. Mereka tak berputus asa. Selalu cari jalan demi anak-anak ini.

Aku taknak menilai yang bukan-bukan pasal orang Arab ni. Mereka lebih tahu. Aku harap mereka yang menjadi sukarelawan kat sana terus tabah, sabar dan enjoy menghadapi hari-hari di sana. Memanglah hari tak selalu cerah, tapi aku yakin di sisi mereka itu selalu Allah kurniakan ganjaran pahala. Aku harap mereka takkan berputus asa. Steady kakak abang! ✊

P/s: Aku macam bangga sikit dengan diri aku sebab berjaya fokus pada pembacaan. Lebih baik daripada sebelum-sebelum ni la. Hahaha. Mungkin sebab aku pakai earphone kot? Terima kasih lah kat Puan Zaharahanum sebab share pasal fokus pembacaan kat FB haritu. Heeee 😊😁

Malam ni sebenarnya ada game bola Malaysia lawan Indonesia. Alhamdulillah, Mas menang. Tahniah Malaysia 😊

You Might Also Like

0 ,185 komen

Follow Me On Facebook

Follow Me On Twitter

Popular Posts