Kita fragile

9:37 AM

Sampai satu masa, dia terpaksa mengehadkan manusia-manusia untuk masuk ke dalam hidupnya. Pengalaman dulu benar-benar menyedarkan dia bahawa dia perlu berhati-hati dan meletakkan limitasi dalam bersosial.

Dia selalu menyambut kedatangan sesiapa sahaja yang ingin masuk ke dalam dunianya. Sesiapa sahaja dibenarkan. Cuma, kalau ada yang dah tak sudi, keluarlah. Keluarlah dengan terhormat. Dia tak sanggup berada bersama dengan mereka yang tak suka dengannya, yang benci dengannya. Keluarlah. Dia tak akan meminta atau merayu-rayu untuk mereka kembali atau kekal bersamanya.

Kerana dia tahu dia tak sempurna. Kalau mereka keluar dari hidupnya, tahulah dia bahawa dia tidak cukup baik atau bagus untuk mereka. Dia akan sedar diri.

Tapi, dia sangat fragile. Dia mudah menangis.

Dia sangat sensitif bila hal keluarga atau kawan-kawan dibangkitkan. Bila dia ada masalah dengan keluarga dan kawan-kawan, dia akan menangis semahu-mahunya. Dia memang kadangkala bodoh. Kerana dia suka mengeluarkan air mata untuk manusia yang tak layak. Dia memang lurus dan bodoh.

Dia bodoh. Itu pasti.

Dia cuma mahu bahagia. Sama seperti impian manusia-manusia di dunia ini. Dari sekecil-kecil bayi hinggalah sebongkok-bongkok si tua. Semua mahu kecapi kebahagiaan dan bebas dari segala kerunsingan hidup, bebas dari segala manusia buruk dan jahat.

Untuk manusia yang seperti dia ini, aku tahu kata-kata mungkin tidak cukup. Tapi kuatlah. Kuatlah untuk diri sendiri. Kuatlah supaya kau boleh hidup lama lagi. Sebab kau belum jumpa ramai lagi manusia yang boleh berikan kau kebahagiaan. Mereka ada. Cuma kau kena pandai cari. Untuk setiap tangisan yang kau keluarkan, bangkitlah. Berdiri semula dan ciptalah langkah kau untuk pergi lebih jauh.

Ingat satu benda.

Kau pun layak bahagia.


You Might Also Like

0 ,185 komen

Follow Me On Facebook

Follow Me On Twitter

Popular Posts