Minat.
8:21 AM
Assalamualaikum and Hi.
Aku yakin setiap orang ada minat dalam sesuatu bidang. Even benda-benda kecik, itu juga dipanggil sebagai minat. Aku pernah terbaca tau, kalau kau ada bakat dalam sesuatu bidang tu, tapi kau takde minat, kira macam useless dan membazir je. Kau ada bakat tapi kau tak terarah untuk praktis kelebihan kau, macam takde function. Tak lengkap.
But kalau kau ada minat tapi takde bakat, alhamdulillah praktis lah selalu perkara yang kau minat tu inshaAllah lama-lama kau boleh improve dan kau akan ade kebolehan dan potensi yang memberangsangkan jika kau selalu konsisten dan persisten.
Faham kan ayat aku bagi? Kalau faham, alhamdulillah. Aku nak share sikit la minat aku ni terarah kepada apa.
1. Songs (Lagu)
Aku boleh dikira juga sebagai hardcore fans lagu-lagu ni. Lagu melayu, lagu omputeh, dan lagu arab. Paling banyak aku terarah kepada lagu omputeh la of course. Aku minat lagu sebab beberapa faktor. Kalau mengikut susunan, aku suka sebab (1) lirik yang mendalam, (2) melodi dan ritma. Faktor yang lain adalah faktor sampingan. Yang dua ni adalah faktor utama.
Kalau cakap pasal lirik, apa yang kau fikir? Lirik lagu kan dikira sebagai monolog penyanyi atau kata-kata dia sendiri. Lirik juga dikira sebagai puisi, betul tak? Puisi paling menarik dalam dunia ialah lagu. Sebab apa? Sebab ada ritma dan melodi dia. Kalau orang yang buat lagu tu pandai main music instruments (piano, guitar, trumpet, flute etc), ya Allah lagu yang tercipta pun bole jadi masyaAllah hebat.
Sumber: Google Image
Lagu kegemaran dah tentulah daripada band Coldplay. Aku minat coldplay sebab lirik dia weii. Rasa macam dekat dengan masyarakat punye masalah, dan dalam lagu dia pun selalu ada kata-kata motivasi ringkas. Aku minat lagu-lagu Coldplay sejak @brgsjk dan beberapa angkatan manusia lain yang dalam socmed ni duk asyik cakap pasal dia. Kalau kat Malaysia, aku memang hats off la kat Bunkface. Ni pun kira dekat juga dengan masyarakat. Lagu Arab mostly aku minat sebab ritma dan melodi, jarang aku minat sebab lirik ni. Contohnya, Tahya Masr (sebenarnya melodi dia amik daripada Micheal Jackson dalam Hold My Hand).
2. Music Instrumental
By the way, kalau kau nak tahu, aku suke sangat dengar music instrumental. Aku selalu je dengar orang main music instrumental dalam YouTube ni. Ni aku tengah menaip ni aku tengah dengar orang main lagu Beauty and The Beast guna piano. Music instrumental ni memang betul-betul jadi kegemaran la. Sebab takde dengar orang menyanyi, haha (macam kontradik pula dengan minat pertama). Kira kau boleh tenang dan rileks sambil minum air kegemaran kau masa dengar instrumental ni.
Aku kat rumah ada organ apa. Kalau kau nak tahu organ tu apa, search la. Yang penting bukan organ dalam badan. Haha organ ni alat muzik dan bentuk dia macam piano. Dulu adik beradik perempuan aku semua ambik kelas belajar piano, keyboard dengan organ ni. Aku sorang je kaki rebel yang taknak join kelas tu. Sekali sampai harini rasa nyesal sebab tak join kelas piano, Kahkahkah sedih pulak.
Sumber: Google Image
Tapi adik-adik aku dulu kadang-kadang ade je ajar aku main organ ni. dia ajar keynotes yang ada dalam buku kelas diorang. Yang korang selalu nampak tulisan macam cacing, ha itulah key notes piano and organ apa benda semua tu. Aku boleh je ni nak main lagu Happy birthday tapi memang tak pro ah. Dah karat sikit. Dulu tengok Youtube, dia ajar lagu Love Me Like You Do tu aku main part chorus jelah, huhu alhamdulillah seronok sebab menjadi, walau dalam Youtube je aku belajar, huhu.
Dalam Youtube ni, kalau dalam piano, aku biasa tengok Nuetful, The Piano Guys. Kalau violin. Jun Curry Ahn. Kalau gitar, aku prefer Sungha Jung. Music instrumental lain selalu dengar kat HDSoundi. Yang selalu menjadi favourite aku, music Canon. :)
Tak lupa juga untuk pemain-pemain dalam orchestra! Ni pun menjadi kegilaan aku dalam diam. Sebab kalau kau nak tahu, aku ni dah la peminat anime 2d dan 3d tegar (bukan anime jepun). Contohnya, Lion King, How to train your dragon, Cinderella, Tangled, Frozen, ahhh semua cerita kanak-kanak tu memang jadi kesukaan aku. Kau pun kan? Ost soundtracks untuk setiap movie tu sedap didengar dan memang aku akan dengar kalau diorang buat orchestra. Tapi selalu tak tahu macamana nak beli tiket untuk pergi ke orchestra live. So aku macam sedih sikit. Anyone help me? Huhu :')
Dan sekarang aku masih simpan niat nak belajar mana-mana alat muzik, preferably piano la :)
3. Poetry
Poetry tu apa? Puisi. Macam yang aku cakap dalam FB haritu, puisi boleh jadi dalam bentuk lirik lagu, conversation kau, monolog kau, aku rasa sajak dan pantun pun dikira puisi juga la. Betulkan aku kalau silap. Kira puisi ni konsep dia luas la. Dan inilah faktor kenapa aku suka dengar lagu.
Alhamdulillah, masuk degree ni berpeluang la nak belajar poetry kat UIA Gombak. Dan sekarang masih dalam fasa hijau lagi. Kalau kau nak tahu, aku banyak juga lah buat puisi sejak masuk CFS ni. Mostly dalam bahasa melayu lah. Bahasa inggeris tu ada tapi tak banyak. Aku buat puisi ala ala indie masa aku kat KDH dulu. Aku tak tahu kenapa. Masa tu baru masuk jemaah kan, tiba-tiba je aku rasa macam nak meluahkan perasaan aku terhadap jemaah. Dan paling sweet, masa aku buat first poetry tu, time tu tengah hujan. MasyaAllah aku tak tipu kalau aku kata aku masih ingat bau hujan waktu tu. Bila ingat balik, dulu aku buat puisi takde lah melankolik sangat. Aku harap aku masih simpan puisi indie tu.
Sumber: Google Image
Tapi aku minta maaf sangat-sangat. Untuk semua kawan-kawan aku yang selalu minta untuk baca puisi aku. Aku memang tak bersedia lagi nak bagi korang baca puisi aku. Nantilah aku buat comeback okay? Aku minta maaf sangat. Sebab tujuan asal pun bukan untuk orang baca. Puisi yang aku tulis semua untuk bacaan aku sendiri dan bukan untuk tatapan awam.
Dari dulu lagi aku cakap aku nak buat puisi pasal Airport. Sampai ke sudah, tak siap-siap lagi. Hahaha. Aku teringin nak buat puisi/sajak pasal airport sebab kat airport banyak benda boleh jadi. Gembira dan sedih dan terkejut. Pertemuan, perpisahan, semua berlaku di situ. Tangisan kegembiraan dan kesedihan selalu bermain dalam minda aku sewaktu berada di lapangan terbang. Siapa yang tak sukakan pertemuan? Siapa pula yang sukakan perpisahan? I am the one who always hate for someone to say goodbye. And I hate saying goodbye. There's no good in Goodbye.
4. Menulis
Menulis is my favourite. Alhamdulillah, aku dapat masuk kelas Intensive Expository Writing di UIA Gombak. Dengan Sir Mazlan. He is funny yet scary. Aku ingat lagi masa kat CFS, dia ada bagi talk and I like him in terms of his speaking, his jokes, his clear voice, his charisma etc. Tak sangka aku jumpa dia balik kat IIUM ni. Dan haritu masa kat kelas, aku tanya nama dia siapa, lepastu kau tahu dia jawab apa? "Oh later I will find out my name." HAHAHAHA scary gila. Dia ni taknak jawab soalan aku ke cemana.
Menulis? Best ke menulis? haha rasanya aku dah cakap banyak kali dah dalam post mana-mana pun. I do like writing when feeling sad, feeling down, feeling macam nak meluahkan rasa, feeling masa nak buat puisi or sajak ke apa, random thought, feeling happy and joy, aktiviti-aktiviti harian aku, travel aku, reviews pasal buku atau movie, dan banyak lagi.
Terima kasih kepada yang selalu memberi kata-kata semangat, motivasi dan nasihat tentang penulisan. It helps me a lot. Dan tak lupa juga akan penulisan status-status di FB yang buatkan aku rasa lebih bersemangat nak menulis. Lenggok bahasa dan ayat yang berstruktur membuatkan aku rasa lebih seronok nak membaca dan menulis.
Sumber: Google Image
Kadang-kadang, sebahagian bacaan yang aku amati dalam tulisan orang, aku akan jadikan dia sebagai framework atau acuan untuk aku menulis. Not easy but you have to try. Kalau penulisan buku, aku suka baca Hilal Asyraf punye. Aku start jatuh cinta dengan novel dia kot, novel Sinergi, Hero, Takdir 1, 2, dan 3. Novel Hilal bukan sembarangan. Penuh dengan aksi! Bahasa Hilal ni penuh dengan sopan dan lembut tuturnya. Siapa yang tak suka orang cakap lembut-lembut dengan kita. ye dok? Tak lupa juga Ustaz Pahrol Juoi. :D
Kalau Hamka, aku tertarik pada bahasa dia yang romantik. Aku rasa macam dia tengah cakap dengan aku betul-betul dan aku jatuh hati dengan ayat-ayat manis dia walaupun bahasa dia penuh dengan sastera yang cukup memeningkan. Ahh cinta itu memang memeningkan!
Kalau dalam social media, penulisan yang betul-betul buat aku suka untuk membaca dan takkan terlepas baca post dia adalah, Kak Izzah Dejavu. Weiii kak izzah tu baca buku apa sia sampai bahasa dia tu boleh buat aku lemas dalam kepetahan dia berbicara? Kak Aina Wafi ni best sikit, steady dan cool. Dia ni jenis aci redah je taram semua benda dalam kepala otak dia. Nasib baiklah best sikit. Status Kak Wafi ni banyak kali dah buat aku rasa terpujuk setiap kali aku down atau pun rasa macam tak dihargai atau rasa being ignored.
Kau kenal Hlovate? Yeah aku rasa semua orang kenal Hlovate ni tapi tak ramai yang tahu nama sebenar dia. Tapi berdasarkan apa yang aku tahu, Hlovate ni perempuan, bekas budak IB dan sambung belajar kat luar negara. But aku tak kisah sangat pun latar belakang dia. Aku memang enjoy setiap kali baca buku Hlovate. Buku dia memang sesuai sangat dengan jiwa aku kalau aku nak cari penulisan yang ringan sikit. Plus, dia selalu juga cakap bahasa lain dalam novel dia dan itu buat aku jadi lebih tertarik! Tere Liye pula macamana? Kau kenal tak? Dia penulis dari Indonesia and he is a man. At first, I thought Tere is a female. So aku macam acah-acah la anggap dia macam kakak aku. huhu sekali dia ni rupanya lelaki daaa. Kalau kau nak tahu, ayat-ayat melankolik dan cintan cintun aku, kebanyakannya datang daripada acuan si Tere Liye ni. Hebat kan? :P
Tuan Zamri selalu bagi tips atau ade apa-apa kelas menulis ke apa, yang ni pun nice beb. Abang Luqman dan Abang Iman selalu menjadi motivasi dalam gerakan, kira diorang macam menyumbang dalam bentuk penulisan la (not to mention their contribution in other terms as well in jemaah, hats off seniors!). Tak lupa buat Abang Halmie yang selalu membebel dalam english yang entah budak-budak ni faham ke idok. Tapi aku suka je. Abang Halmie ni kerek. Kalau aku cakap aku suka baca tulisan dia, mesti dia buat muka. Haha lantak la. Kisah pulak aku. Diam-diam jelah.
Oh tak lupa buat Kak Wafa Awla dalam twitter yang ayatnya penuh dengan bunga-bunga. Pernah satu haritu aku baca tweet dia, "Aku akan bunuh kau dengan tulisan-tulisan aku!" Weiiii sentap juga aku masatu. Rasa macam dia tengah cakap dengan kita pulak. Ceih padahal tak kenal huhu. Kak Fadhlina Sidek is one of my favourite. Selalu defend girl and female and children. Wives and Mothers. Aku suka. Aku rasa dia macam ibu aku dalam jemaah. :')
Sebenarnya ramai lagi figure-figure yang bila aku baca tulisan dia, hati aku terusik dan tersentuh. Tak larat pula nak sebut semua nama orang kat sini. Tapi apa yang aku tahu, jangan stop menulis. Too bad my favourite bloggers ramai yang dah stop blogging. So it is kind of sad la. Kita nak juga tahu cerita dia tapi dia dah stop menulis kat blog pulak. Huhu sedih sikit. InshaAllah sekarang ni aku dalam fasa untuk terus konsisten menulis.
Ada banyak lagi benda aku kena improve dalam tulisan ni. Kalau dulu, aku nak kurangkan mencarut dalam tulisan. Alhamdulillah, menjadi lah juga, kahkahkah. Lepas ni, banyak lagi nak kena perbaiki. Lenggok bahasa aku masih kurang menarik kan? Ayat aku masih belum cukup berbisa kan? Isi dalam tulisan aku masih kurang memberangsangkan kan? Dan banyak lagi. Dan aku tak kisah nak belajar dengan sesiapa pun, either formally or informally. Doakan saya, awak awak semua :')
5. Melukis dan Mewarna
Siapa masih ingat buku mewarna yang aku post kat insta dulu? Well buku tu hampir cecah RM70. Thanks to my mother for accomplishing my wish. Tapi itulah, aku mintak buku kaler budak-budak je. Umi pergi beli buku taraf-taraf budak pro AED weii. Takpelah, aku mewarna je dalam buku kaler-kaler tu. Alhamdulillah, dapat la siapkan kaler about 3 lukisan sebelum masuk IIUM haritu. InshaAllah balik nanti, aku bawak la buku kaler dengan kaler pensel sekali.
Seronok jugalah mewarna ni sebab dia macam jadi terapi gitu. In case kalau kau nak buat kerja yang ringan atau tak terlalu banyak berfikir, grab a colouring book and colour the picture! Siapa masih ingat lagi folk art yang aku baru je post kat insta haritu? Yes, aku belajar mewarna bunga ros dengan Cikgu Fazz. Dari pagi sampai malam tu kau belajar daripada bahan-bahan asas dalam folk art sampai la kau nak mewarna last petal bunga tu. Sumpah lawa.
Sumber: Google Image
Dulu aku selalu juga la melukis sendiri dan lepastu mewarna sendiri. Ya Allah bila ingat balik rasa macam rindunya zaman-zaman dulu, takde banyak sangat komitmen dan selalu bebas nak buat apa saja. Plus, masatu pun takde sangat social medias ni kan. So a bit rindu pada yang dulu-dulu? hmm. Kalau kau ingat aku juga ade post potret Fatin Liyana kat insta. Aku lukis pakai pensel je guna teknik macam shadow gitu. Tak berapa nak jadi tapi kira puas hati la sebab masatu first time kan. Terima kasih kat Cikgu Osman. Harap dia masih boleh mengajar aku lagi dalam bidang seni lukisan ni.
Aku suka tengok lukisan-lukisan you alls ni. Tak lupa untuk Van Gogh sekali, haha. Aku rasa aku sorang je kot yang perasan ada banyak permainan emosi yang dia tunjukkan dalam lukisan dia. Kau ada rasa macamtu jugak ke? haha never mind la. Kalau lukisan Da Vinci, aku tak berapa nak tahu sangat. Tahu yang Monalisa tu je kahkah.
Dan aku sangat minat tengok orang doodling. Gaiss siapa yang ada lalu kat LRT Masjid Jamek (kalau tak silap), kat bahagian bawah kot ada doodle kat dinding dia. Lawa gila. Dan jujur, aku ter inspired daripada doodle yang diorang buat. Siap dengan kata-kata motivasi ringkas lagi, katanya, "Everyone can doodle!" Power beb!
Kalau ada orang nak ajar aku kaler-kaler mural kat dinding sekolah ke mall ke, I will be so much honoured la. Serius. Cat dinding ke apa ke kan, haha! Ahh kenapa waktu macamni baru teringat dan tersuka nak buat semua benda Faraaaaaa.
6. Tudung
Tudung? Hahaha. Biar aku explain lagi pasal tudung ni. Yes aku minat tudung tapi tudung bawal ah. Sebab tudung bawal (for me) is easy to bentuk and pakai and aku dah biasa dan tersangatlah selesa dengan tudung bawal. No belit-belit ke apa. haha. Yang pakai shawl tu pun bagi aku takde masalah. Aku suka je perempuan pakai shawl, manis dan kelihatan sopan dan ayu haha. Ahh perempuan memang lawa la. Tapi dalam post aku ni, aku cerita la pasal bawal.
Aku sekarang ni macam dah berminat dengan tudung pucci, tudung crepe, tudung Akel, tudung bawal satin. Dan aku terfikir la, kat kedai tudung ni mahal weii. Boleh dikatakan agak mahal la. Yelah, serius aku tak berapa nak kisah sangat lah harga tudung ni. Tu standard la kan orang berniaga. Jadi untuk aku berjimat, aku rasa aku nak buat tudung tu sendiri. Aku ingat nanti masa balik, aku nak belajar jahit tudung.
Alah senang je. Kau beli kain kat Nagoya tu, kau jahit je tepi kain tu and then siap dah tudung tu. Jimat pun jimat. Harga semeter kain pun tak sampai RM 5 kadang-kadang (eh yeke gais?). So boleh la cakap dengan umi nanti, aku nak belajar jahit tepi tudung dulu. Buat masa ni, nak further menjahit pakaian lain, belum masanya kot. haha nanti dulu la ek. Aku tengah berkobar-kobar nak belajar jahit tepi tudung ni pun dah dikira okay lah kan?
Well actually tadi aku nak letak model yang pakai tudung kat sini, Tapi tak jadi. Kang nanti kau (yang lelaki) pandang lama-lama pulak. Hahaha jangan. Aku marah nanti. Laaa apesal aku nak marah pulak? hhahahaha stop la gila
______________
Banyak lagi sebenarnya minat aku. Tapi dah dulu la ni ek? Apa yang aku perasan, minat aku ni more to arts la. Ahh sebenarnya semua benda dalam dunia ni seni/arts. Sebab apa? Sebab life is an art. Oh come on, smile my baby! Hebat dan rare tulisan kalini sebab aku dok jenuh siapkan post ni dari petang tadi sampai la ke malam jam 12 dah ni ha. Masa untuk tidur kot. Esok kelas dah, harap tak monday blues la. Kau beruntung sebab dapat tahu apa minat aku. Jadi tahniah :)
Jumpa lagi nanti kita okay,
Fara John,
Sedang memikirkan ucapan untuk kakak sempena harijadi (6 Feb)
0 ,185 komen