Review: Manikam Kalbu
9:17 PMBuku ni tentang seorang pelajar lelaki, Ziryab Za'im yang sangat minat dan cinta akan busana melayu, tekstil, jahitan-jahitan dan segala perkara yang berkaitan dengannya. Ada banyak sangat perkataan-perkataan yang aku baru baca dan dengar. Biasalah, sastera FT ni boleh dikatakan power jugaklah.
Selain perkataan-perkataan tekstil yang aku tak tahu, aku juga banyak tak tahu tentang ayat-ayat prosa tradisional yang dulu-dulu tu. Bahasa istana pun ada jugak dalam ni. Sebabtulah setiap kali aku baca buku ni, aku kena duduk dengan Umi. Sebab dia boleh jawab hampir semua soalan aku😅
Oh ya, bab-bab dalam buku ni berselang seli. Maksudnya, bab 1, dia cerita pasal zaman Ziryab (watak utama). Bila masuk bab 2 pulak, dia cerita tentang zaman dulu di mana ada seorang hamba yang sangat cinta dan sangat menekuni bidang busana melayu tradisional yang mengikut syariat dan adat. Begitulah. Untuk pengetahuan korang, kedua-dua latar masa dan zaman diorang ni sangat berkait.
By far, aku rasa aku dah jatuh suka dengan buku Manikam Kalbu ni. Cerita dia lain daripada yang lain. Rare kot. Pasal fabrik, tekstil, jahitan-jahitan, busana melayu, destar, dan lain-lain which is sangatlah jauh daripada bidang aku ni. On the flip side, content, plot and setting dalam buku ni sangat awesome! 😁😍
Kalau baca buku ni, kau boleh nampak la kesungguhan watak-watak untuk mendalami bidang jahitan yang mereka cintai itu. Walau apa pun rintangan, diorang jalan terus. Sebab minat diorang lebih besar daripada cabaran dan ujian depan mata. Tapi macam biasalah, manusia pun ada naik dan turun dia. Kadang-kadang kita juga boleh jatuh semangat sama ada disebabkan seseorang ataupun sesuatu. Dan sokongan serta kasih sayang yang diberikan oleh manusia sekeliling benar-benar membantu kita untuk terus maju dan jalan ke hadapan. Sebab kita masih tahu ada orang sayang kita dan betapa sedarnya kita tentang berkhidmat untuk masyarakat dan umat.
Buku ni pun ada watak kucing tau 😌
Ketahuilah kalian bahawa 'manira' itu maksudnya saya/aku/kita.
Watak kucing ni macam lucu sikit. Sikit jela😅
Itu yang ada gambar kucing kat cover buku tu
Lama sangat tak buat review. Memang kalini review aku tunggang langgang la weii sorry. Tapi aku rasa sangat teruja kalau korang nak baca buku ni. Serius. Aku yang tak minat baca buku pun boleh jatuh suka. Try la. Worth it ❤☺
Rasanya dah dulu ni. Dah pukul 12 mak aii ngantuk gilaaa. Okay bye!
0 ,185 komen