Tetamu datang rumah

4:52 AM

Hai semua orang! Hari ni macam rajin sikit nak up post, so I'm thinking of this one: about guest.

Beberapa minggu yang lepas, adik aku punya kawan datang rumah. So aku pun macam biasa la, kalau aku tak nak melayan, aku duduk je dalam bilik or buat apa-apa yang bukan depan diorang la. Mula-mula tu, aku macam frust la jugak, adik aku ni kawan dia nak datang tapi dia tak inform kitorang awal-awal. Aku tak suka macamtu. At least, bagitahu, baru aku senang nak prepare apa-apa, kemas rumah ke, apa ke, just in case lah kan. Sebab tetamu kot!

And then, to my surprise, yang lagi buat aku frustrated, rupanya kawan dia tu nak bermalam kat rumah aku! What the... hahahaha, time ni aku tak tahu lah apa yang aku tak puas hati sangat. Dia datang, aku tak tahu. Dia nak bermalam pun aku tak tahu. And what worst is, even parents aku pun tak tahu! Helloooo hormat sikit?

Waktu tu parents aku layan macam biasa la, ajak makan, ajak kenal-kenal semua tu. Tapi entah kenapa entah pemalu tahap langit ketujuh, bila diajak makan, dia tak nak. Bila diajak keluar dari bilik, tak nak. Eee menyampah. Dia dah lah menumpang kat bilik sembahyang. Dah satu hal mak aku kena naik bilik atas untuk solat. Mak aku ni dah tak larat nak naik tangga selalu. Perempuan tu dah la conquer bilik sembahyang tu, tak keluar-keluar. Even dia tak selalu engage dengan kitorang pun, aku rasa meluat sebab perangai tak macam tetamu yang decent. 

Dah banyak kali aku suruh adik aku supaya bawak kawan dia keluar, at least makan, tengok tv ke (waktu ni kitorang tak tengok tv sebab nak kasi dia peluang, tapi dia tak keluar dari bilik pulak, membazir!). Sabar je aku. Nak marah, itu anak orang lah pulak. 

Keesokannya, dia bangun lambat! Weiii, aku tak kisah atau tak judge tau orang yang bangun lambat ni, tapi bangun lambat kat rumah orang???????? Dah la aku tengah panas waktu tu dengan perangai dia, yang dia ni pulak macam tak ada common sense masih sedap lagi tidur sampai dah pukul 12 tengah hari! Woii gila eh. Rumah orang kot. Sangat sangat tak proper.

Aku geram sangat kot waktu tu, aku bukak je pintu bilik sembahyang tu, aku bukak lampu, biar dia tak selesa tidur. Lepas tu, aku saje je jerit 'WOIII BANGUN DAH PUKUL BERAPA NI'. Selain geram kat perempuan tu, aku pun geram lah jugak dengan adik aku. Dia pun sama tak bangun. Angin betul aku. 

At the same day, parents aku ada hal tau. So parents aku tak boleh keluar rumah selagi perempuan tu tak keluar. Aku macam curious la, weii perempuan ni takde rumah ke, apesal mak pak dia bagi anak dia tidur rumah orang sesuka hati tanpa information? Kalau nak bermalam tu, boleh je. Cuma jadilah tetamu yang ada common sense sikit. Lagi annoyed bila orang yang ambik dia tu datang lambat. Aku ni lah waktu tu selagi perempuan tu tak keluar rumah, selagi tu lah aku stres dan tak tenang. 

Dan akhirnya, dia pun keluar. Thank God! Waktu lepas dia keluar ni, aku memang mengadu kaw kaw la kat mak aku pasal perempuan ni. Aku tahu je mak dengan ayah aku pun frust pasal perempuan tu, tapi mak aku macam biasa la, suruh bersabar. Sebab budak perempuan tu masih muda lagi (14 tahun), maybe dia tak diajar common sense, maybe dia kurang akal lagi, maybe dia tak didedahkan dengan adab menjadi tetamu. 

Geram tau bila fikir balik. Kalau dapat marah, dapat maki ni pun best juga. Barulah rasa puas hati. Tapi apakan daya, tak kesampaian. Dan aku terlalu lembut untuk memaki dan memarah orang. Sekian terima kasih hahaha.


Moral of the story:

1. Inform tuan rumah kalau nak datang rumah, lagi-lagi kalau nak bermalam
2. Kalau kau tetamu, jangan lah jadi segan nak mampus tak nak makan, tak nak keluar bilik. Aku tampar kang
3. Sila bangun awal. Jadilah manusia yang decent bila bermalam di rumah orang. Ini bukan rumah kau, sampai kita tuan rumah ni kena kejutkan. Giloo
4. Dah tahu guna bilik orang tu, kemaslah balik lepas guna. Aku bukan orang gaji kau.

....dan banyak lagi adab-adab bila jadi tetamu ni. Bagi salam sebelum masuk, ucap terima kasih pada tuan rumah, jangan selalu dok main gadget, jangan dok terperap dalam bilik. 

Aku rasa sampai sini lah post aku kali ini. Ini post yang berbaur kemarahan ni! hahaha. Till then, bye. Have a nice day ahead :)

You Might Also Like

0 ,185 komen

Follow Me On Facebook

Follow Me On Twitter

Popular Posts