Persiapan sebelum raya

8:29 AM

Dah 20 Jun harini. Lagi 4 hariiiiii je untuk sampai ke bulan Syawal. Aku reflect balik, apa yang aku buat sepanjang bulan Ramadan ni? Lagi baik daripada tahun lepas ke? Aku ni betul-betul merasai kehangatan bulan Ramadan ni ke tak? Quran baca selalu ke tak, Tarawih selalu perform ke tak, etc.

Jujur aku kata nampaknya Ramadan kalini hanyalah sekadar lapar dan dahaga. Azam aku untuk Ramadan kalini seolah macam terkubur begitu saja. Semoga 4 hari berbaki ni dapat digunakan dan dimanfaatkan sebaiknya! 💪

Aku nak cerita pasal persiapan raya ni.

1) Kuih raya

Kalini macam ada tambahan sikit sebab mak aku rajin gila nak buat kuih raya. Sebelum ni biasa kitorang beli kat Azhar Food, ataupun nenek kat kampung tu hulur kuih raya sikit.

Kuih raya yang mak aku buat ni semua dia ambik resepinya dari internet. Ataupun dari kelas yang dia belajar kat Benut tu (kot?). Aku dah rasa semua dan kuih raya mak aku buat semua sedap. Anak-anak perempuan kat rumah ni cuma tolong apa yang patut jelah.

Biskut favourite weii

Biskut santan dan dahlia tu.

Tart blueberry dengan nanas. 
Mak aku excited gila sebab dapat decorate tart berry tu😅


2) Baju raya

First time rasanya aku takde baju raya untuk tahun ni. Aku ingat nak beli jubah jenama Auni yang Kak Lisa promote kat whatsapp haritu. Tapi tak jadi. Sebab aku rasa aku tak suka pakai jubah kot? Haha padahal masa dulu-dulu aku suka gila jubah 😂

So mak aku suruh aku pakai baju kurung dia. Haha iya. Aku pakai baju kurung mak aku masa raya nanti. Actually baju kurung tu mak aku dah tak muat so dia plan nak bagi aku pakai masa raya nanti. Aku tak kisah sangat. Redah jela. Cuma aku harap mak aku bole adjust sikit la kot saiz baju kurung tu and aku tak pakai kain berzip! Aku pakai kain getah je 😅

Tapi haritu mak aku beli satu skirt and blaus coklat cair. Aku ingat nak pakai masa raya pertama tapi mak aku suruh pakai masa raya ketiga nanti, which is masatu rumah terbuka kat rumah aku.

3) Kemas rumah

Kemas rumah ni mestilah kan. Mak aku dah bising-bising dah suruh kemas rumah. Kenapa aku malas eh kalini? Padahal dulu aku okay je bila part nak kemas ni😭. Aku rasa mungkin sebab rumah ni bersepah sangat kot. Tu yang rasa takde mood gila nak mengemas.

Rumah bersepah ni sebab ada budak-budak kecik kat rumah tulah. Aku gerammmmm je dengan bebudak tu. Tak bole tengok rumah kemas sikit, mulalah diorang nak buat eksperimen la, nak main la, nak berjimba la. Woiii sabar jelah. Aku marah betul ni.

Ini salah satu dugaan bila ada adik-adik kecik kat rumah. 😑

Tapi haritu aku baru kemas bilik belajar. Ya Allah aku harap sangat bilik tu boleh stay bersih sampai raya nanti. Aku tak larat nak kemas bilik belajar tu lagi. Budak-budak ni jenis buang sampah merata lepastu buku semua bersepah. Ya Tuhan 😭😭

Yang aku macam hairan bila kakak aku suruh kemas bilik dia. What the hell? 😂. Weii aku dah la jarang balik rumah tapi dia assume aku yang menyepahkan bilik dia. Padahal bilik dia tulah yang disepahkan oleh budak-budak kecik tu 😣

Dulu aku dah kemas dah bilik kakak aku tu sebab tak tahan bersepah gila. Lepastu masa aku balik rumah baru-baru ni, bilik tu bersepah lagi. Kau nak aku buat apaaaaaaaaaa. Bila adik-adik aku ni nak membesar dan rajin kemas bilik sendiri woiiiiii 😷 Aku penat tau.

Masalah budak-budak dalam rumah ni. Masa siang taknak bukak langsir. Eloklah tu duduk dalam gelap. Lepastu barang banyak gila. Kalau tak pakai barang tu, kemas la dan sedekah barang-barang tu pada orang yang memerlukan. Diorang ni jugak jenis yang tak letakkan barang pada tempatnya. Jenis nak letak situ, nak letak sana. Macamana lah rumah ni tak bersepah. Mentang-mentang rumah ni bapak besar, dia ingat rumah ni larat nak menghadap semua barang bersepah ni?

Abang aku. Ya. Abang ni pun satu. Lelaki bujang memang macamni ya? Kau tahula perangai budak-budak bujang ni kan. Ya Allah macamana dia nak kahwin ni😣. Dah la kuat makan, kuat tidur. Huwaaaaa. Kerja dia apa je? Main game, selalu tidur dan perhabis makanan kat rumah ni😫

Macam-macam la diorang ni. Aku rasa ini salah satu faktor kenapa mak aku tak bagi kerja. Sebab dia nak aku tolong dia kat rumah ni, kemas apa yang patut. Sebab aku pernah tanya dulu kat mak aku.

F: Umi, Fara rasa nak kerja. Kawan Fara siap cakap lagi yang dia geram dengan Fara sebab cuti 3 bulan tapi tak buat apa-apa.

U: Siapa kawan kau tu? Nanti cakap dengan dia, lebih baik tolong mak bapak kat rumah ni. Tak payah kerja. Kau anggap jelah kau kerja dengan Umi. Nanti Umi bagi gaji jugak. Umi dah tak larat tau nak buat semua kerja kat rumah ni.

Tudiaaa guyssss. Aku cuba refute sikit kata-kata mak aku ni tapi aku kalah jugak. Sebab aku nak jaga hati dia. Kahkahkah. Entah la. 😂

Jadi macamtulah. Ada lagi persiapan akan datang ni. Maybe Jumaat ni aku dan kakak-kakak aku akan anyam ketupat. Dan jumaat ni jugalah aku akan check result sem pertama aku di UIA Gombak. Aku macam dah tahu je yang aku tak boleh nak dapat 3.5 and above. Hmmm.

Terkilan jugak. Tapi takpelah. Kita tengoklah macamana nanti. Salah sendiri sebab tak belajar dan tak fokus dalam kelas. Salah sendiri. Salah sendiri. Ketuk kepala sendiri. Rotan diri sendiri. Belasah diri sendiri. Bantai diri sendiri. Padan lah muka diri sendiri.

Alright. Rasanya sampai sini. Aku nak kena touch up banyak benda ni. Bye. Selamat beramal di malam-malam terakhir bulan Ramadan dan Selamat hari raya maaf zahir batin! ☺

You Might Also Like

0 ,185 komen

Follow Me On Facebook

Follow Me On Twitter

Popular Posts