Surat tersalah alamat

10:31 PM


Credit: Bing Wright


Terlalu banyak R.
Rejuvenasi, Reformasi, Revolusi, Ragging, Riot, Racist, Radical, Rebellious,

Tapi aku memilih R yang satu itu. Rindu..


:: Mesti ada yang benci aku sebab aku masih tak boleh move on. Mesti ada yang meluat dengan aku sebab macam terhegeh-hegeh. Mesti ada yang dah serik dengan aku sebab aku tak ikut nasihat. Mesti ada yang tak boleh terima perangai aku sebab clingy dan annoying gila.

:: Aku terkilan dan sedih juga. Tipu kalau aku cakap aku tak sakit hati dan kecewa dengan perangai masing-masing. Siapa yang boleh tahan kalau diri dia selalu diperkotak katikkan dan siapa yang boleh terima kalau dirinya dipijak orang lain? Direndah-rendahkan oleh teman rapat sendiri?

:: Baru tadi aku karang cerita pendek untuk menggambarkan situasi. Aku tulis panjang-panjang dengan harapan aku boleh bunuh sampai lumat manusia yang kacau hidup aku. Tapi aku padam balik sebab aku hanyalah si ketam yang tak reti nak jalan dengan betul. Punya tulisan serupa cakar ayam. Dan hanya tikus yang selalu gagal memperbaiki keadaan. Tak lupa juga, si merak yang sombong yang hanya mahukan perhatian.

:: Tapi bila fikir balik, manusia-manusia gila ni boleh sahaja kalau aku abaikan. Ya, boleh. Aku boleh saja meneruskan kehidupan seperti biasa. Seperti tiada apa-apa yang berlaku. Kerana hanya dengan cara itu, aku boleh hidup tenang dan aman. Tanpa memikirkan apa yang orang kata dan fikir tentang kita. Anehnya aku, dan yang senasib dengan aku. Kenapa kita terlalu sibuk untuk memuaskan kehendak shaitan berbanding kehendak diri sendiri.

:: Kali kedua aku fikir. Kadang-kadang kesilapan ini semuanya datang daripada diri kita sendiri. Siapa yang boleh tutup mulut busuk manusia? Siapa yang boleh hentikan syak buruk dalam hati manusia? Menghakimi manusia lain adalah perkara yang tiada penghujungnya. Kita akan tetap menghakimi seseorang walaupun kita sibuk melaung supaya jangan menghakimi orang. Padahal dalam tidak sedar, kita juga sedang menghakimi orang. Begitulah, manusia tidak sempurna. Jauh sekali maksum.

:: Aku baca balik tulisan-tulisan yang pernah kau tulis. Aku tenung semula gambar-gambar yang berkaitan. Aku mengekstrak semuanya dan meluahkannya dengan cara aku sendiri. Semuanya dalam tulisan dan perilaku. Boleh jadi sindiran, dan boleh jadi terang-terangan.

:: Aku tak pernah berharap manusia semacam ini pergi. Manusia ini selalu saja menjatuhkan aku serendah-rendahnya tapi manusia ini jugalah yang membuat aku kembali berdiri setinggi-tingginya, mungkin kejap lagi dan mungkin satu hari nanti. Itu aku pasti. Tapi aku cuma tak pasti bila waktu itu akan terjadi. Apa kau masih hidup atau kau sudah mati sebelum melihat aku jadi insan yang yakin pada dirinya sendiri?

:: Kita selalu tak sependapat. Kita selalu bergaduh dalam semua hal hatta perkara yang paling remeh sekalipun. Kita sampai pernah bercakaran kerana dilayan seperti kayu. Tapi kenapa kita masih tergila-gilakan antara satu sama lain? Jawab aku, jawab.

Yang benar,
Fara Fasihah

You Might Also Like

0 ,185 komen

Follow Me On Facebook

Follow Me On Twitter

Popular Posts