Review: Pulang

11:55 PM

Bismillahirrahmanirrahim. Well, ini kali pertama aku membaca karya Tere Liye. Yang berjudul Pulang. Terbitan Republika.



Novel ni lain daripada novel yang aku baca selalu. Setakat ni, alhamdulillah aku boleh hadam buku Indon ni dengan tenang dan jayanya. Tidak terlalu bombastik seperti kebiasaanya. Understandable. Paling menarik, walaupun cerita ni banyak throwback, aku sikit pun tak lari fokus sebab cerita dan ayatnya sangat tersusun.

Watak utama dalam cerita ni ialah Agam. Atau lebih dikenali sebagai Babi Hutan. Pada awal cerita, Agam menyatakan lima emosi yang manusia ada, iaitu bahagia, sedih, takut, jijik, dan kemarahan. Tapi Agam kata, dia tidak punya sifat takut itu kerana sesuatu telah terjadi padanya.

Dan kisah itupun bermula. Bapa Agam berkawan dengan Tauke Muda. TM ni kaya dan boleh dikatakan mempunyai kuasa yang besar ke atas banyak tempat dari pelbagai negara. Walhal bapa Agam ni orang biasa saja. Miskin. Tinggal di pedalaman bersama si isteri. Dan sebenarnya mereka lari dari kampung asal sebab beberapa manusia yang tak setuju dengan perkahwinan mereka. Ironiknya, orang orang itu bukan keluarga mereka sendiri. Hanya penduduk kampung yang menyibuk.

Jadi suatu hari, Tauke Muda menjemput Agam untuk berburu di hutan bersama bapanya dan beberapa geng dia. Semasa berburu, Agam telah menunjukkan keberaniannya dengan menyelamatkan Tauke Muda daripada disondol babi hutan yang sangatlah besar saiznya. Sejak daripada itulah, Agam diberi gelaran 'Si Babi Hutan'. Dan sejak itulah perasaan takut Agam sudah tidak ada lagi dalam kamus hidupnya.

Tauke Muda tertarik dengan Agam dan ingin menjadikan Agam sebagai anak angkat dan tinggal di kota bersamanya. Pada awalnya, ibu dan bapa Agam bergaduh sebab ibunya takut kalau ada apa-apa terjadi kepada anaknya yang satu-satunya itu, tetapi setelah dipujuk oleh bapa Agam, akhirnya ibu Agam rela melepaskan anaknya pergi ke kota mencari ilmu dan menjadi seorang yang berjaya pada masa hadapan.

Di saat Agam memasuki rumah Tauke Muda (sebenarnya di rumah itu, TM dipanggil Tauke Besar), dia diperkenalkan dengan Frans si Amerika yang akan mengajarnya dari segi intelektual sampai ke universiti. Si Kopong, ketua Tukang Pukul rumah itu. Basyir, seorang teman yang lebih kurang baya umurnya dan seorang kaki pukul. Dan ramai lagi.

Tauke Besar sanggup bagi apa sahaja kat Agam ni. Kira Tauke Besar ni manjakan dia lah. Alhamdulillah. Biasa kita dengar kalau orang yang selalu dimanjakan ni banyak kerenahnya. Agam tak macamtu. Dia menjalankan kehidupannya seperti biasa dan tidak terlalu banyak meminta. Kalau meminta pun, bukan yang bukan-bukan.

Dan perjalanannya sebagai anak angkat Tauke Besar pun bermula. Dan daripada situlah, Si Babi Hutan ini diperkenalkan dengan banyak orang orang hebat seperti Guru Bushi, Salonga.

Agam menjadi seorang intelektualis dan dalam masa yang sama mempunyai kemahiran memukul dan menembak. Pokoknya, dia ni perfect. Dan paling aku tabik. Walau seghairah mana pun kawan-kawannya minum arak dan makan daging babi, dia sikit pun tak sentuh benda haram tu sebab mak dia bagi nasihat macamtu sebelum dia pergi meninggalkan rumah di kampung.

Keluarga mereka yang besar ni digelar sebagai Keluarga Tong. Tersangatlah besar sampai negara negara lain pun tabik dan gerun dengan diorang ni.

Agam dah besar dan menjadi seorang yang berjaya kerana kegeniusan otaknya dan cara berfikirnya yang lain daripada yang lain. Tetapi kebahagiaannya dirobek sekejap bila kematian ibu dan bapak dia. Agam menangis semahu mahunya kerana dia sudah lama tidak pulang ke kampung.

Tapi dia tetap teruskan hidupnya setelah itu sampailah waktu kematian Tauke Besar. Ini semua kerana helah si Basyir. Basyir pengkhianat Keluarga Tong.

Agam sudah kehilangan ketiga tiga orang yang disayanginya. Ibu, bapa dan Tauke Besar. Dan saat itulah perasaan takut Agam muncul kembali.

Masatu, Basyir dah ambil alih kuasa Keluarga Tong bersama musuhnya yang berasal dari China kalau tak silap aku. Tapi, orang orang suruhan mereka sebenarnya masih setia dengan si Agam ni. Oh ya. Agam dipanggil Bujang dalam novel ni hehe. Baru ingat.

Setelah dipujuk oleh pakcik bujang supaya dia tetap kuat dan menentang musuhnya, akhirnya Bujang pun menyiapkan strategi. Bujang panggil ramai kenalannya untuk pergi berjuang bersama-sama dengan Parwez untuk kalahkan si Basyir tu. Ada White, Salonga, Yuki dan Kiko berserta Tukang pukul yang lain yang masih setia.

Hari pembalasan sudah pun tiba. Di saat Bujang, Yuki dan Kiko betul betul berada pada masa yang genting, Bujang teringat akan kata-kata Guru Bushi yang dahulunya tidak dia mengerti. Titik.

Setelah berfikir dalam saat yang sangat tidak cukup masa itu, Bujang akhirnya berjaya mengaplikasikan nasihat Guru Bushi dalam pertempurannya bersama Basyir. Semua terkejut.

Beberapa detik, pasukan Keluarga Tong mendapat kemenangan. Bujang memaafkan kesalahan Basyir di pengkhianat. Dan Bujang pun kembali ke kampung sebentar untuk melawat pusara ibu bapanya.

Fin.

Maaflah kalian. Gaya review aku kalini macam tak berapa nak menarik. Haha. But. Ada banyak pengajaran yang kita boleh dapat.

1. Walaupun kita dikelilingi kawan-kawan yang kuat minum arak dan makan daging babi, kita tetap dengan pendirian kita untuk tidak sentuh benda-benda haram tersebut. Bujang tidak mudah terpengaruh.

2. Usaha sampai dapat. Bujang memiliki sifat ini. Bila permintaannya ditolak oleh Tauke Besar untuk menjadikannya seorang tukang pukul, dia tidak mengalah. Malah terus bersabar dan usaha sampai dapat. Banyak lagi contoh yang boleh diberikan. Dia belajar sampai masuk universiti dan mengambil dua master sekaligus!

3. Memaafkan. Walaupun Basyir mengkhianat keluarga tong bertahun tahun lamanya, Bujang tetap bisa memaafkan Basyir.

4. Sayang. Ibu dan Ayah Bujang selalu mengetahui perkembangan Bujang di kota dan selalu mendoakan Bujang agar menjadi anak yang berjaya.

5. Melindungi. Keluarga Tong mengganggap semuanya seperti keluarga. Mereka melindungi antara satu sama lain. Ukhuwah itu sangat kuat walaupun kadangkala selalu bertengkar.

Dan banyak lagi. Serius. Cerita ni macam adventure sikit. Adventurous macam cerita kak Raiha tu. Kunang Pesisir Morten.

Buku ni aku tahu ada jual kat JTPress je. Setakat yang aku tahu la. Bole la gaiss kalau nak beli.

Buku ini, "sebuah kisah tentang perjalanan pulang, melalui pertarungan demi pertarungan, untuk memeluk erat semua kebencian dan rasa sakit".

You Might Also Like

0 ,185 komen

Follow Me On Facebook

Follow Me On Twitter

Popular Posts