Padang Part2
4:07 AM
20 Mei 2016
Pagi bangun lambat. Subuh
pun lambat. Sarapan pun lambat. Since
kita bangun lambat, budak-budak lelaki dengan Umi dan SI pun pergi jalan-jalan
sekitar kawasan tu. Cuaca pagi-pagi best
kot sebab sejuk, kabus dan boleh tengok view
yang amazing kat sini sebab ada tasik
besar.
Lepas habis sarapan,
bermulalah program bersama mereka. First
tu rasa susah sikit sebab kawasan dalam surau tu bergema. Agak susah untuk kita
sampaikan maklumat pada budak-budak tu. Tapi, tidak mengapa, kita just go on sahajalah. First time weih jadi fasilitator budak-budak. Entah kenapa entah
suasana jadi sunyi tiba-tiba bila aku taaruf kat depa. Buat cuak je.
Lepas pembahagian group
dibuat, aku, SI, Aiman dengan Paan bergabung. Budak-budak kami ada lebih kurang
dalam 10 hingga 11 gitu. Budak lelaki macam biasa, nakal dan responsif. Tapi
budak perempuan kat sini masyaAllah pemalu sangat. Diorang sangat malu kalua
ada lelaki. Bila perempuan dan lelaki diasingkan, baru diorang bersuara sikit
bersama aku dan SI.
Yelah, kita semua dah
biasa bergaul antara lelaki dan perempuan. Tapi diorang tak biasa kot. Baguslah
tu. Kita datang sini bukan untuk liberalkan diorang. Jaga ikhtilat weih. Haaaa
semua sentap.
Sebenarnya, part
conclusion untuk program tu aku yang kena handle.
Tapi aku dengan selamba dan bangang nya pergi ‘melarikan’ diri tanpa disedari
sesiapa pun. Bodoh kan aku? Aku takut untuk keluar daripada comfort zone. Aku tak tahu sampai bila.
Aku tak bersedia, tidak mahu bersedia, tidak pernah bersedia dan tidak akan
bersedia. Kenapa ya?
Abang Hanis mesti kecewa
aku buat macam ni, aku tahu. Maaf la semua orang, saya sangat heartless.
Petang tu, kami keluar
naik trak. Terpaksa la bersempit sempit kat bahagian belakang trak tu campur
lelaki dan perempuan. Nasib baik Umi dengan Abi dah kahwin. Boleh la duduk
sebelah-sebelah.
Perasaan aku masa tu
masih sama. Tak punya rasa apa-apa. Heartless.
Feelingless. I even don’t appreciate nature and not amazed by it. Maybe sebab faktor aku pening dan loya
masatu. Iman pulak dalam trak tu, dia yang paling kecoh dan teruja. Yelah,
budak KL. Iman kuat ek. Kalau aku, dah tak kuat dah nak excited macam tu dalam trak sebab keadaan aku yang macam tu.
Apa-apa sahajalah.
Pergi Muzium, tangkap
gambar sahaja sebab muzium tutup. Lepastu, kita pergi beli simkad dan pulsa.
Yeayy ada Wifi. Mula lah sesi group WhatsApp
yang berebut-rebut masuk notifications
aku. Bila dah ada Internet ni, aku tak lupa la nak sampaikan khabar berita aku
kat family. Hiks.
Next, pak Arfan ajak kami
naik bukit. Melihat pemandangan yang pernah aku lihat dulu sewaktu di Sabah
a.k.a. New Zealand Malaysia. Pemandangan kabus di mana kabus tu menutupi
gunung. Tak rasa apa sangat pun dengan pemandangan tu sebab dia putih semuanya,
hahaha. Tapi best la sebab sejuk. Kat situ aku beli kuih apam (macam kat
Malaysia punya). Kat situ ada banyak warna. So aku pun nak try rasa. Ungu,
coklat dan putih. Ungu is quite rare
la.
Sebelum tengok view tu,
kita ada pergi beli aiskrim. Ada flavour labu dan ubi. Aku tak pandai sangat la
pasal nak judge taste ni. Tapi yang penting rasa dia OK sahaja. Cukup untuk aku
penuhkan perut supaya aku tak pening dan nak loya. Err. Bila naik trak tu, sama
sahaja rasa dia. Tetap pening dan meloyakan.
Time
for cendol! God, perut dah penuh
sangat ni. Rezeki masuk masuk haa masuk. Beb,
cendol tu manis sangat. Tasty yet too
sweet. Kemudian, kami singgah untuk menunaikan solat Maghrib. Kat surau
Indonesia ni, selamba dek je anjing-anjing berkeliaran. Aku tak culture shock sangat sebab aku memang acknowledge yang kat sini memang banyak
anjing.
Bak kata Maryam, even sekarang ni kita ada kat luar
negara, kita tak rasa asing sangat sebab Malaysia dan Indonesia kan serumpun.
Bahasa, masakan, cara adat lebih kurang sama sahaja. Dan both countries are Muslim country so we don’t feel hard to find any
mosque or surau kat sini. Feels like
we’re home. Cuma, perbezaan yang paling ketara adalah kewujudan anjing.
Kalua di Malaysia, dah lama kena bash
dah. Tuhan, selamatkan Malaysia.
Sepanjang dalam trak tu
(bahagian belakang), kami berkongsi kisah dan cerita dan pengalaman. Semuanya
sumpah menarik. Aku tak nafikan. Mereka dapat ‘feel’ kat sini. Aku? Feelingless.
Hahaha.. Maryam, Iman, Aiman, Aini, SI, Hakimi, Abi, Umi. Semuanya berjaya
menarik perhatian aku walaupun masatu aku tengah menunduk dan pejam mata.
Semuanya sebab aku loya dan pening. Haishh..
Lepas dah sampai Ponpes
pada waktu malam tu, kitorang kena bincang pasal aktiviti untuk keesokannya.
Semua cadang nak buat explorace
dengan santri-santri di Ponpes ni. So, we’re
planning who are going to be the persons in charge for every checkpoint.
Akhirnya, lima checkpoints
ditentukan. Sepuluh orang yang akan jadi persons
in charge dan aktiviti kecil untuk lima checkpoint
tersebut.
Penat kot perah otak cari
aktiviti yang sesuai untuk budak-budak ni. Nak cari the relevance of the game lagi. Sumpah penat dan mengantuk. Masa tu
dah lewat malam dah. Tapi tidak mengapa. Demi anak-anak Ponpes dan kegembiraan
mereka!
0 ,185 komen