Complement each other.

7:03 AM

Harini last day aku exam untuk sem pertama aku di UIA Gombak. Perasaan? Hmm. Aku rasa macam kali pertama duduk dalam hall yang tersangatlah besar yang boleh memuatkan beratus-ratus orang. Bukan jakun tapi perasaan dia tak sama macam masa kat CFS dulu. Sebab AMF Hall kat CFS tu tak sebesar CAC Hall ni ha. Pentas pun boleh tahan agung dia tu.

Malam tadi dia mesej. Aku tak perasan pun mesej dia tu. Tapi bagus jugak aku tak perasan sebab aku takut nanti tak study pulak! Hahaha. So semalam dia ada copy paste status Zamir dari Facebook pasal percintaan Shikamaru dengan Temari.

Hubungan cinta yang masak dan matang. Overall apa yang aku faham dalam post yang ditulis tu,

1. Kita takkan jatuh cinta pada seseorang masa pertama kali jumpa.

2.  Perkenalan yang panjang yang menjadikan hubungan antara dua insan tu masak dan matang.

3. Kalau Ali ada sifat A, maka Siti pula ada sifat B. Begitulah, perbezaan mereka inilah yang saling melengkapkan. 

4. Kita cenderung untuk jatuh cinta pada orang yang tiada kualiti kita padanya. Complement each other la gitu.

5. Kefahaman dalam sesebuah hubungan sangat penting.

credit: pexels


Itu sedikit sebanyak apa yang aku dapat kaut dari post Zamir tu. Jadi macamnilah aku nak cerita. Aku dengan dia berbeza. Ya, sangat berbeza. Macam langit dan bumi. Dari segi fizikal tak perlu kot cerita sebab aku tahu aku memang lawa dan hensem. Dia biasa-biasa je (tapi sebenarnya dia hensem sejak lama kenal dengan dia ni, haha). Aku putih, dia gelap. Aku comel, dia pulak muka macam gangster. Hal fizikal ni aku tak nak tekankan sangat lah.

Hal-hal seperti sikap, attitude, perangai dan peribadi ni yang aku cuba fokuskan. Kadang-kadang aku terfikir dan masatu jugalah aku macam kecewa dengan diri sendiri. Dia matang, aku macam budak-budak. Aku tertanya-tanya dan kadang-kadang tu rasa macam nak ketuk kepala dan pukul diri sendiri sebab perangai aku yang tak semenggah dan tak matang ni. Sikit-sikit merajuk, sikit-sikit buat muka, sikit-sikit nak annoy orang. Aku pun tak faham dengan diri aku ni. Mungkin aku cuba tarik perhatian kot. Tapi dengan cara yang sangat immature dan childish. Itulah, aku rasa bersalah juga ni. Macamana lah dia bole bersabar dengan perangai aku ni T_T

Speaking of bersabar, ya, dia seorang yang penyabar, aku tak penyabar. Apa-apa masalah yang aku timbulkan, dia akan tetap cuba bawa bertenang dan bersabar. Dia masih kekalkan aura positif dia supaya aku tak rasa yang dia pun sebenarnya sakit hati dengan aku jugak. Aku rasa bersalah lagi sekali sebab dia kena tahan dan sabar dengan perangai aku yang annoying ni. Macamana la aku tak sayang dia ni weii? T_T

Dan ada banyak lagi siri dan kejadian antara kami yang tak perlulah aku nak cerita kat sini. Aku cuma rasa bersalah dan kecewa dengan diri sendiri sebab tak mampu nak jadi sebaik dia. Aku tak mampu nak jadi sesabar dan sematang dia. Bukanlah aku nak jadi macam dia, tapi… aku cuba jugak nak jadi seorang perempuan yang mampu mengawal emosi, yang professional, yang bersikap matang dalam hubungan dan visi misi kehidupan dan sebagainya. Aku teringin juga. Aku teringin…

Tapi itulah, aku rasa mungkin aku terlalu berharap kot. Betullah apa diorang cakap dulu, harapan lah yang membuat hati manusia sakit, yang mengecewakan manusia dan menjatuhkan manusia. Sebabtu ada banyak quote yang menyuruh kita untuk tidak terlalu berharap.

Tapi itulah, kadang-kadang harapan yang membantu kita untuk mengejar impian, kan?

Bila fikir semula, kalau nak kejar impian pun kenalah berusaha betul tak?

Macam biasa, semuanya daripada diri sendiri. Dan betullah apa yang aku baru baca kat status FB abang Iman haritu. Tazkiyatunnafs ni memang penting. Kita didik diri kita dulu, dan kemudiannya inshaAllah segala urusan selepas tu akan berjalan dengan mudah dan lancar.

Tazkiyatunnafs okay? ;)

Mula dari yang kecik. Bila cakap pasal tazkiyatunnafs ni mestilah ia menyentuh aspek spiritual terlebih dahulu betul tak? Solat fardhu, puasa, solat sunat, baca quran dan lain-lain. Aspek lain pun inshaAllah akan menyusul, in a good way J

Selamat berpuasa! 

You Might Also Like

0 ,185 komen

Follow Me On Facebook

Follow Me On Twitter

Popular Posts