Review: Alegori Rumah Api

9:24 PM




Buku pertama yang aku habiskan dalam bulan Jun ialah buku Alegori Rumah Api tulisan MatLuthfi. Buku ni aku beli masa PBAKL haritu. ARA ni diterbitkan oleh Puteh Press. Sepatutnya buku ni aku boleh habiskan lebih awal lagi. Tapi sebab ada final exam, aku tangguhkan sekejap.

Since tadi aku terbaca cara nak menulis review oleh Naim Al Kalantani, kalini aku nak cuba untuk tulis review seperti apa yang disarankan oleh si Naim ni.

Alegori Rumah Api ni terdiri daripada pelbagai cerita, peristiwa, pengalaman, pemikiran, dan beberapa perkara yang diketengahkan oleh figura luar negara yang ditulis oleh Matluthfi sendiri (kecuali ada satu cerita yang ditulis oleh ibunya).

ARA ni bagi aku menarik sebab setiap muka surat belah kiri, kita akan disajikan dengan lukisan yang entah siapa yang lukis. Tak silap aku, yang melukisnya ialah Matluthfi dan isterinya sendiri. Kau tahu apa yang aku fikirkan bila tiap kali tengok lukisan-lukisan mereka? Aku jadi teruja sebab aku pun macam nak ke arah melukis jugak sebenarnya ni 😅

Lukisan mereka simple, mudah dan artistik. Ini yang membuat aku jadi lebih enthusiastic untuk mencuba melukis hatta dalam bentuk paling cikai sekali. 😄

Kebanyakan cerita dalam buku ni mengandungi unsur-unsur lawak (humour) yang bila setiap kali aku membacanya, aku akan ketawa. Kadang-kadang tergelak kuat dan kadang-kadang aku hanya mampu senyum sahaja. Siapa tak kenal Matluthfi kan 😉

Selain itu, terdapat banyak juga isi kandungan yang penuh dengan sindiran. Dan dalam sindiran yang diceritakan, ia buat aku terfikir betapa ironinya peristiwa-peristiwa dan kejadian yang berlaku di sekeliling kita. Banyaaaaak sangat.

Dan ini buat aku terinspirasi dan sekaligus dapat ilham untuk buat cerpen berdasarkan ironi yang berlaku di sekeliling kita (di Malaysia, khususnya) dan aku nak post cerpen tu dalam blog aku. Wuuu aku rasa nice gila. InshaAllah doakanlah 😊

Other than that, aku tertarik dengan satu tajuk which is tentang falasi-falasi. Aku belajar soal falasi ni sewaktu di CFS dulu dengan Mr. Asyraf dalam subjek Thinking Skills. Pada asasnya, ia menceritakan tentang jenis hujah atau jenis respon kita kepada sesuatu hujah tu. Sebagai contoh, ada red herring, straw man fallacy, ad hominem, dan banyak lagi.

Semua falasi ni aku rasa most of us banyak kali buat. Alah biasalah tu. Kita kan nak menang dalam keadaan cepat. Jadi kita terpaksa kadang-kadang menyalahgunakan cara kita respon kepada sesuatu hujah agar kita boleh menjatuhkan pihak lawan. Dan ada satu petikan yang membuat aku berfikir sekejap:

"Perlu diingat bahawa falasi hanya perlu diambil serius apabila ia digunakan sebagai hujah dalam membincangkan sesuatu kebenaran. Jika ia wujud dalam percakapan seharian atau dalam bualan kosong, tidaklah ia perlu diperbesarkan kerana percakapan manusia selalunya lebih laju daripada penaakulan akalnya.

Jika sembang-sembang kopi pun mahu diperincikan falasi-falasinya, alamat tidak bercakaplah kita.

Tapi sebenarnya begitulah sifat orang yang bijaksana, tidak banyak berkata-kata."

Aku rasa sampai sini jelah review aku. Aku tak tahu la review ni menepati ciri-ciri yang diingankan si Naim tu atau tidak. But I think this review is better than other reviews! (Kot😅). Naaaa, my imagination again..

Till then, salam hari puasa ke 10 😘

You Might Also Like

0 ,185 komen

Follow Me On Facebook

Follow Me On Twitter

Popular Posts