Saya pergi KLCC

8:05 AM

Plan aku untuk datang KLCC, aku rahsiakan daripada pengetahuan orang. Aku ingat nak datang hari Selasa. Dan akhirnya aku cancel last minute dan datang KLCC hari Rabu which is on 17th May.


Since aku tahu birthday dia hari yang sama, aku ingat nak ajak dating. Tapi takpelah. Tak jadi. Sebab aku tahu dia busy 😅 Study la weii, exam dekat dah ni. Haihhh Fara Fasihah 😪

Plan aku ke KLCC sebab nak tengok air pancut je. Tapi entah kenapa aku withdraw duit padahal aku banyak je lagi duit dalam dompet ni. Ahhh. So tadi aku memang datang KLCC, pergi Taman Simfoni dan saksikan air pancut dan lepastu balik. That's it.



Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar. Perjalanan yang selesa dan tak berapa terganggu secara fizikal. Padahal otak dan minda aku ni meligat ligat fikir banyak benda. I was overthinking. *sigh

Bila aku masuk je KLCC, fikiran aku kembali waktu tahun 2014 dulu lepas habis SPM. Program MHi under Ikram. Aku kena buat street dakwah kat sini dengan beberapa kumpulan yang lain. Sejak daripada tu, aku tak suka street dakwah. Sebab aku serik. Lagi-lagi masatu aku kena jadi ketua. Pressure semua diletakkan atas aku. So aku emosi sikit.

Aku biarkan je kenangan tu terawang-awang sampai dia hilang sendiri. Kalau kau nak tahu, aku rinduuuuu sangat nak datang KLCC. Aku tak tahu la perasaan apa setiap kali masuk KLCC ni. Padahal takde lah banyak mana kenangan yang tercipta kat sini.

Tanpa sedar, aku macam sesat sekejap. Aku tak jumpa Taman Simfoni tu. Aku terpaksa patah balik dan cari lagi satu elevator. Alhamdulillah akhirnya sampai juga ke taman tu. Masatu waktu Maghrib. Umi kata, jangan keluar waktu maghrib sebab tak elok. Tapi aku redah je keluar hahaha.

Aku tunggu sampai pukul 8. Tiba-tiba air pancut tu muncul dengan warna warninya. Aku perhati dan sekejap-sekejap ambik gambar dan rakam. Aku nak gunakan masa ni untuk have fun dan ponder on what is going on with life.



Lepastu, dia keluar muzik pulak. Lagu Habibi Ya Nurol Ain. Aku teruja sekejap. Paling buat aku excited dan teruja is bila dia keluarkan muzik Titanic. Sungguh laaaaaaa. Dengan lenggok air pancut tu lagi. One word I can tell you; SEXY!



Oh sepanjang muzik ni dimainkan, I kept telling myself good things. As if the positive vibes came to embrace me and held me tight.

"Be good, be kind, empathy, be nice, be courage, have guts to do what you love, you're good, you're nice, you're kind, you're lovely, be loving, love yourself, be kind to yourself......"

Ohh how I wish to be alone again, like this. Sambil-sambil tu aku duduk bersila. Kemudian, aku peluk kaki aku pulak. Aku lihat sekeliling, ramai orang yang berlumba-lumba ambil gambar, foreigners selfie dan macam-macam lagi.

Malam ni rasa macam nak tengok cahaya lampu waktu malam je. Lepastu aku tergerak hati nak wish 'Happy Birthday' kat dia.

Aku wish tepat jam 8.11
Dia balas wish aku tepat jam 8.22
Dan aku baca mesej dia tepat jam 8.33

Suratan atau kebetulan?

Yang penting, aku dah hantar surat kat pejabat pos tadi supaya dapat disampaikan kepada dia di Shah Alam sana. Surat berserta hadiah. Em takdelah hadiah sangat. Aku tak berharap sangat dia nak terima ke tak. Yang penting, aku puas dapat beranikan diri bagi hadiah walaupun aku tahu hadiah tu takdelah bagus mana.

Okay apa-apa pun, malam ni aku happy sikit. Rasa macam puas sebab dapat keluar sorang-sorang dan nikmati alam ciptaan Tuhan dan kerosakan ringan hasil tangan manusia tetapi ada banyak kebaikannya pada manusia.

Terima kasih Tuhan.

You Might Also Like

0 ,185 komen

Follow Me On Facebook

Follow Me On Twitter

Popular Posts