Hai kau.

3:45 AM

Hai, weii. Entah kenapa tiba-tiba rasa macam nak buat post pasal kau. Sebab semalam aku belek-belek galleri gambar dan aku terjumpa gambar bunga yang kau pernah bagi dulu.



Well, aku tak berapa nak ingat kenapa kau tiba-tiba hantar whatsapp kat aku dan tanya pendapat aku pasal gambar bunga yang kau ambik ni. Padahal masatu kita baru kenal dan takdelah rapat mana pun. So aku jawab jelah mengikut mata aku ni.

Aku takdelah pandai sangat nak menilai sama ada gambar tu lawa atau tak. Kalau mata aku cakap okay, then gambar tu okay. Dan lepastu, aku pun bagitahu la yang gambar bunga yang kau ambik ni sangat okay. Tak buruk pun. Just nice. Kena dengan mata aku. So aku suka je tengok gambar bunga kat atas tu.

Kau cakap dengan aku, kau minat fotografi. Masatu, aku iyekan jelah. Dah tu minat kau, go on. Dan aku tak tahu yang bidang photography ni boleh bawa seseorang pergi dengan lebih jauh...

Hari berganti hari,
Bulan berganti bulan,
Sem berganti sem,

Dan kini...

Gambar yang kau paparkan di setiap laman sosial kau semakin lawa dan menarik perhatian sesiapa saja yang melihat. Aku juga tak terkecuali. Tapi aku macam biasa. Malas nak komen lebih-lebih pasal gambar yang kau tangkap.

Macam biasa, kalau gambar tu okay dan cantik, aku suka. Just nice. Sebab aku tak peduli sangat pun dengan perihal gambar-gambar yang kau tangkap. Itu minat kau. Ambiklah gambar apa pun. Takde siapa larang sebab itu hak kau.

Aku boleh nampak betapa minatnya kau pada sesuatu bidang tu. Contohnya bidang photography nilah. Kadang-kadang aku berharap supaya aku juga dikurniakan sikap enthusiastic kau kepada bidang yang kita minat.

Meaning to say, katakanlah aku minat dengan puisi, aku harap sangat supaya aku dikurniakan sikap dan perasaan enthusiastic setiap kali ada apa-apa cerita mengenai puisi. Buku pasal puisi ke.. post orang pasal puisi ke.. program puisi jalanan ke.. ada persembahan puisi ke.. so on and so forth.

Masalahnya kadang-kadang aku pun buntu, sebenarnya apa yang aku minat? Aku tak berapa pasti. Aku rasa aku minat bidang A.. Tapi kadang-kadang rasa loser dan malas nak fikir pasal bidang A. So aku rasa macam nak minat dengan bidang B. Lepastu perasaan yang sama datang. Dan tiba-tiba je aku nak minat dan cuba pada bidang C. Macam tulah lebih kurang cerita dia.

Minat aku tu datang sekejap. Macam biskut. Kejap ada, kejap takde. Kalau ada orang post pasal minat aku tu, aku akan enthusiastic sekejap. Lepastu aku lupakan dah.

Kira macam, kau perasan tak, aku rasa aku macam kena dikelilingi oleh orang-orang yang ada sama minat dengan aku. Baru aku boleh adapt dan keep on liking my own minat.

TAPI. Haihh. Kalau selalu sangat, aku takut aku bosan. Hahahahahahahaha. Apa benda lah aku ni. Ikut perangai siapa pun aku tak tahu la. Kenapa la aku takut sangat dengan diri sendiri ni. Kenapa la aku takut sangat nak mencuba ni. Dan yang paling penting, kenapa aku takut dengan apa orang nak cakap? Dan kenapa aku tak cuba pertahankan apa yang aku minat? Dan kenapa aku kena ikut orang lain? Mana kasih sayang dan cinta pada diri aku sendiri ni? Mana manaaaa?

Aku banyak kali sumpah diri dan macam biasa, lepastu aku akan lupakan masalah tu terus. Dah tu, mana kesannya? Lepastu aku buat apa? Jalankan harian macam biasa tapi takde apa-apa perubahan? Manusia katak apa aku ni? Aku tak faham wei.

Sumpah aku tak faham. Ha ni lepas aku buat post ni balik pun, lepastu aku akan lupakan jugak. Mana motivasi diri? Hilang ke mana?

Takpelah. Sebenarnya aku nak buat post ni khas untuk kau je. Tetiba pulak aku dah bebel pasal diri sendiri ni. Maaflah.

Again. Aku suka tengok kau dah berjaya. I mean, berjaya in terms of kepuasan diri sendiri. Kau tahu apa kau minat. Kau tahu macamana nak puaskan hati kau. Kau tahu apa yang perlu kau buat seterusnya untuk asah lagi minat kau. Kau rajinkan diri bertanya soalan tentang minat kau. Kau rajinkan diri untuk selalu buat apa yang kau minat. Kau sanggup berkorban untuk pergi ke sesuatu tempat supaya kau dapat tangkap gambar yang kau nak. Kau selalu bercerita dengan orang ramai tentang minat kau. Kau selalu terima kesalahan kau. Kau selalu cuba perbaiki kesalahan kau. Kau tak lokek dengan ayat terima kasih lepas ada orang ajar kau. Kau tak kedekut dengan ucapan minta maaf kalau kau tahu kau ada buat salah ataupun kau nak bertolak ansur dengan orang lain. Kau baik hati dengan semua orang. Kau selalu jaga ayat dan tingkah laku kau walaupun kadang-kadang kau tersasar. Kau tak lupa untuk selalu ingat kepada orang yang telah banyak berjasa dengan kau. Kau tetap sabar dengan manusia yang pernah sakitkan atau buat jahat dengan kau. Kau baik dengan semua orang.

Aku suka kau.

Satu je aku nak cakap. Jangan berubah. Kalau kau nak ubah diri kepada lebih baik, silakan. Itu sudah pasti. Aku pun tak boleh nak larang. Apa-apa pasal diri sendiri adalah hak masing-masing.

Apa yang aku maksudkan, kau teruskan lah dengan minat kau. Sebab aku boleh nampak kesungguhan kau setiap kali kau bercerita pasal bidang yang kau minat. Kita kan pernah keluar sama-sama ke Midvalley. Setiap kali ada kedai kamera, kau akan ajak aku masuk dan kau akan belek-belek kamera dan peralatan yang ada kat situ. Sampai aku pun terabai. Tapi aku tak kisah sebab itu minat kau. Aku suka kau yang sekarang. Jangan berubah.

Tapi kau jangan perasan sangat la. Aku tak berapa berkenan dengan gambar yang kau tangkap. Hahahaha. Sebab bagi aku, aku tak minat sangat dengan gambar-gambar ni semua. Aku just "oh okay. Biasa je. Cantik lah tu."

Hahahaha macamtulah. Meaning to say, kau berjaya impress kan orang lain sebab kualiti gambar kau and so on. Aku pun kadang-kadang impressed. Tapi impress macamtu jelah. Takdelah over sangat. Sebab aku tak fanatik dengan benda tu. Hahaha nampak sangat aku ni berdolak dalih 😂 Dah kau diam jela. Ini post aku. Sukahati aku la.

Oh tapi aku bangga sebab semakin hari gambar yang kau tangkap nampak macam budak-budak pro. Tapi aku macam biasa la. Hahaha. Wekkk 😜

Tapi jujur la, kalau antara kamera dengan mata kepala sendiri, dan tentulah aku akan cakap pemandangan depan mata aku ni lagi lawa dan real berbanding kamera.

Dan sudah tentulah akan ada orang yang argue kalau kita tengok pakai mata sendiri pun, bukan boleh buat kenangan. Takde medium gitu. Sebab tu kadang-kadang aku rasa aku perlukan juga kamera untuk tangap momen-momen yang ada supaya nanti kita boleh kenang dan teringat-ingat semula.

That is one of the beauty yang ada pada camera and I never doubt it. Even though some might say that "habistu orang dulu-dulu takde kamera tapi boleh je nak teringat dan mengenang kisah lalu".

Haha apa-apa jelah. Pergi mampus la sampai ke sudah tak habis nak argue benda kecik buat apa. Yang penting macamnilah, live your life and love your life. Do what you love. Okay people?

Aku tak pasti la kau baca ke tidak post ni. Kalau kau nak tahu, ni post kedua yang aku buat pasal kau dalam blog ni. Post pertama tu aku dah private kan dah. Hahaha. Takpelah. Ni pun aku tak sure kau baca ke tak. Kau pun tengah sibuk exam. Masa post pertama yang aku buat tu pun kau tengah sibuk exam! Hahaha memang sengaja aku buat post pasal kau time kau nak exam ni, biar kau tak baca! 😂😜

Oh ya. Terima kasih tau sebab selalu bagi gambar kat aku. Gambar yang kau tangkap yang paling aku suka is gambar yang kau tak pernah post kat mana-mana laman sosial kau. Itu gambar yang paling aku suka. Bukan sebab kualiti tapi sebab sentimental value. Hahahaha eh sukahati aku la 😜 Aku hargai dan appreciate sangat-sangat ni sebab kau selalu kongsi gambar-gambar yang kau tangkap dengan aku. Aku kadang-kadang rasa dihargai dan kadang-kadang rasa terhibur juga. Siapa lah aku di mata kau ni kan. 😶

Okay lah beb. Post ni dah nak habis dah ni. Kalau aku ade cerita gempak, aku cerita lah. Aku pun tak tahu masa kau cakap dulu aku banyak cerita tu, cerita macamana yang kau maksudkan? Sebab setahu aku, kau banyak cerita. Aku je yang mendengar. Hebat la kau beb. Aku rasa aku jarang la siaa nak jadi pendengar ni. Tapi dengan kau jadi lain pulak. Hahahaha wekk wekk 😂😜

Apa-apa pun, all the best. Aku suka kau. 😊


You Might Also Like

0 ,185 komen

Follow Me On Facebook

Follow Me On Twitter

Popular Posts