Happy Meals

9:17 AM

Fuhh, dah lama sangat tak update blog ni. Since tengah ada mood ni, so I think I'm gonna start with something easy. 

Remember when our country first stuck with this corona virus at the beginning of 2020? Yup, waktu tu aku baru nak mulakan tahun terakhir semester 1. Dan pada bulan Mac kalau tak silap, this corona virus then was declared as pandemic. I wasn't sure what pandemic at that time, but after knowing what it is, UIA antara universiti pertama yang arahkan pelajar-pelajar untuk balik kampung sebab rektor kitorang agak risau. Yelah, kat UIA ni kan ramai International students yang baru balik dari negara diorang, jadi agak bimbang kat situ. 

Waktu tu aku tak terfikir pun nak balik, sebab aku rasa macam ada banyak assignment yang perlu disiapkan, and masatu pun baruuuuu je start semester, takkan lah aku nak balik? Aku duduk Johor kot. Hahaha, boy what happens next was really crazy.... Aku dah start jadi seorang yang paranoid a bit. Jumpa orang tengah jalan pun memang aku tak nak tegur langsung and jalan laju-laju, hahaha sebab takut!

So classes banyak cancelled, and waktu tu memang semua tak ada kelas. 

Last-last, UIA decide untuk cutikan segala pembelajaran dan pengajaran for about many many many months.. Haaaaa sepanjang tempoh inilah, aku dan kawan-kawan yang stuck kat UIA terpaksa menjalani kehidupan di UIA. It was tough. And for me also, ada something yang bless in disguise. It's the food. Kitorang dikhabarkan yang akan ada pihak penaja yang akan bagi kitorang makan setiap hari for FREE. Bukan 1 hari, bukan 2 hari, tapi berbulan-bulan sepanjang duduk situ. Bayangkanlah the blessings and rezeki yang kitorang dapat despite terkurung dalam UIA ni.

Jadi, aku nak share la beberapa food yang aku rajin snap setiap kali sebelum makan. Heheh, I enjoy just looking at these pictures, because it kinda reminds me of all the moments that had happened. Welcome to Happy Meals :)












And done, alhamdulillah. alhamdulillah. alhamdulillah.
Syukur sangat sebab ada orang yang baik hati dan sudi bagi sumbangan makanan dan keperluan kitorang secara PERCUMA. Bukan setakat makanan harian je, snacks, syampu, sabun basuh, sabun mandi, roti, semua diorang ada sponsor. Ya Allah, tak tahu nak balas jasa diorang ni macamana. Banyak sangat rezeki Allah yang disampaikan melalui mereka mereka ni sepanjang PKP.

Terharu sangat. Like, setiap hari tau dia bagi. Ya allah, nikmat apa lah lagi yang kita ni nak dustakan.

Anyway, aku dah naik berat! So yeah, tak salahkan these food, aku je yang tak aktif sepanjang PKP. Yelah, sebab duduk dalam bilik je tak buat apa. Sorang-sorang pulak tu, haaaaa memang naik kilogram la cerita dia, hahaha. 10kg bhaiiiii naik. Bukan biashe biashe 

Gonna end this post here. Semoga Allah kurniakan ganjaran yang besar dan mulia pada insan-insan yang telah membantu aku dan students lain waktu pkp haritu. Tak kiralah orang tu membantu secara langsung atau secara tak langsung. Betul-betul harap semoga mereka ini dilimpahi rezeki yang meluas dan semoga Allah permudahkan urusan mereka dan semoga Allah kurniakan lagi kekuatan kepada mereka semua menghadapi liku-liku di dunia. Aamiin. 




 Post script:
Berpeluang menderma darah waktu PKP haritu. Ya Allah, bersyukur sangat! Kali pertama aku menderma. Rasa macam nak donate lagi. Semoga aku ada peluang lagi, inshaAllah :)



Fara Fasihah,
29 Oktober 2020 // 12.19 am

You Might Also Like

0 ,185 komen

Follow Me On Facebook

Follow Me On Twitter

Popular Posts