Program Uhkwah Mahabbah #Part1

1:51 AM

بسم الله الرحمن الرحيم

Dah kali ke 3 aku join program under KPIJ. Mule2, PMGJ then PMGK, now, Program Ukhwah Mahabbah (PUM). Tempatnya kat Rumah Kebajikan Anak Yatim Ar Rayyan. Alhamdulillah, everything went well. Cume time pengangkutan tu, Haha.. Kesian la weih. Tapi takpe la.. Faham sbb kite amik bus murah je. Lagipun kitorg tak berape cukup dana kan. So Dayah as AJK Pengangkutan tempah la bus murah. Hehe, Bas Sikun Jaya tu. I'm not quite sure la klau korg dh pernah dgr atau dh nampak blum bas tu sebelum ni. Ok stop cerita pasal bas. 


Janji nya kat tentatif pukul 12.30 tapi kitorang dtg pkul 3.30 ptg. Haha lambat kan? Ini takde kena mengena dgn whatsoever 'JanjiMelayu' ehh. Kau ni, kesian Melayu, asyik dipersalahkan aje. Bab masa, bab pemalas, bab bangun lambat, smua kau nak salahkan Malay kenape? Haha aku ckp sbb I am Muslim and I am not racist. Peace. Hehe..

Lepastu, kitorang solat dan lunch. Then, bahagi kan kumpulan. Ada 4 kumpulan sahaja. Anak2 yatim kat sini pun ade 17 org je. 

So, groupnye ialah :
  • Fast & Furious (Turbo)
  • Teletubbies (Teleyy)
  • Al Fateh (Fateh)
  • JDT (Joho)

Mule2 macam biase arr. Dh masuk dlm group mestilah ade sesi Ta'aruf. Dan kalau kau nak taw, KPIJ ni bukan suke ta'aruf yg biase2. Maksudnye bukan setakat introduce diri sndri. Kau kena introduce kan dri kau sendri smbil buat gaya supaye org lain bole hafal nama kau. Haha get it? 

Sesi ta'aruf group Teletubbies @ Teleyy
Ya Allah gemuknya aku. Besar nye badan. Haha 

Okay, this is it. My group. Teletubbies @ Teleyy. Faci kitorang Jimbo dgn Dayang. Aku AJK Keselamatan je. Haha.. Tapi aku and others still peserta jugak. Ada Nadya, Hanna, Zeehani, Sofi, Elis (AJK Aktiviti), Sofi, Hani, Daus and Syahmi. Adik2 yang msuk dlm group kitorg ialah Alisha, Najwa, Balqis and Iffah. Oh my, they were so lovely. 

Lepastu kitorang main yang boom boom tu. Aduh, aku tak taw ape game dia. Tapi best la. Bile start je aktiviti / permainan, baru aku taw bebudak kat sini, mak aihhh hyper gile. Haha sabar je YDP dgn yg lain layan mereka, takpe la. They need more love from others like us. 

Lepas dh habis tu, kami pun masuk mandi2, siapkan diri. Solat ape tu semua. 


Nah, gambar selfie Oyun and I.

Ada 3 org ckp muka aku dgn Oyun sama. Diorg tanye 'Eh adik beradik eh? Muke mcm Cina. Mata korg same. Hidung sama.'

Hahaha kelakar la weihh. 

Malam tu, kitorg ade BBQ tau. Best. Seronok sgt. Haha makan2..

Lepas habis BBQ, kitorang ade slot muhasabah. Syahdu2 gituuwww.

Kluar drpd rumah ank yatim tu, kitorg dduk atas jalan tar. Dgn bunyi bising kereta lori lalu lalang semua. We still go on.. No one can stop us.

Ni kumpulan JDT @ Joho. Mcm ni la gayanye. 

Group aku menangis mase slot malam tu. Mule2, Dayang bgi tazkirah sikit psal Syukur, Terima kasih bla bla bla.. Dayang yg nangis dlu. Dayang lebih bnyk cerita psal kisah2 dan sirah2 dahulu.

Lepastu Hazim pulak. Dy cerita psal kematian akak sulung dy. Dy pun mcm nak nangis jugak tapi aku tak taw la. Lelaki kan susah menangis. 

Aku... Aku... Air mata aku bertakung je. Takde sampai tahap mengalir. 

Malam tu aku rasa feeling habis. Iffah pulak cerita kat kitorg betapa seronoknye die sbb ade org sudi lawat die. Sampai dia menangis depan kitorng. Nangis gile2 aku ckp kau. That time, Daus tersentap! Okay aku tanak cerita panjang2. Makin panas pulak sesi tulis menulis di blog ini wahai kawan kawan.

Malam tu sebelum tdur, Elis yg bnyk ckp dgn bebudak nii. Dgn Balqis dan Iffah. Well, masing2 ade kisah sejarah tersendri. Aku pun tak nak bahas kat sini. Aku boleh conclude yg klau korg still ade parents, please la. Hargai mereka sementara mereka masih ade. Reda siapa lagi yg kau harapkan klau bukan parents? Nak dpt reda Allah pun melalui reda mereka. So? Faham2 jela Fara ehhh. #MuhasabahTukDiriSebenarnya







'Don't forget. A person's greatest emotional need is to feel appreciated'



You Might Also Like

0 ,185 komen

Follow Me On Facebook

Follow Me On Twitter

Popular Posts