Review: Perjalanan

7:46 AM



Buku seterusnya ialah Perjalanan yang ditulis oleh Regina Ibrahim (some call her Mama), keluaran FIXI.

Buku ni lebih nipis berbanding buku GELAP (Ariff Adly) dengan GANTUNG (Nadia Khan) yang aku baca sebelum ni. Mungkin sebab saiz font yang digunakan dalam buku ni yang menyebabkan ia kelihatan lebih nipis.

Okay, kita mulakan. Karya PERJALANAN ini mengisahkan tentang Rozila yang sebenarnya lelaki tetapi dia buat pembedahan untuk menukar jantinanya. Nama sebenar dia ialah Rozan. Secara general nya, buku ni menceritakan perjalanan Rozila daripada sebelum pembedahan jantina, semasa kerjanya di Malaysia dan London dan apa yang terjadi seterusnya.

Jalan cerita dia agak mengganggu aku sebenarnya. Dari awal-awal lagi, sebab aku masih 'baru' dalam hal berkaitan tentang transgender, LGBT, dan maknyah ni semua. Tapi, tak dinafikan ada juga pengajaran dan teladan yang cuba disampaikan.

Rozila ni watak dia lembut je. Baik, sopan, hormat orang dan tak banyak cakap. Paling ketara yang aku nampak pada Rozila ni adalah sikap sabarnya. Walaupun dia ditimpa banyak dugaan dan cabaran berkali-kali, dia tetap sabar dan tak pernah sampai tahap nak bunuh diri. Iyelah, kalau dah jadi maknyah, siapa yang tak menghina, betul tak? Lagi-lagi di Malaysia ni.

Sikap keluarga yang sangat memahami dan prihatin terhadap Rozila juga kadang-kadang buat aku terkedu. Ada lagi keluarga yang masih boleh terima adik sendiri yang sudah bertukar jantina?

Ada juga perkataan yang aku tak berapa nak faham akan maksud dan singkatannya sebab berkaitan dengan pembedahan dan maknyah ni semua. Antaranya SRS, pre op TS, dan lain-lain. Selain tu, ada juga ayat yang buat aku confused berkenaan dengan 'making love' atau buat seks (hahaha aku tak tahu la aku ni suci sangat ke apa).

Masa aku baca buku ni, kakak aku kata buku ni macam pointless. Takde arah tuju. Tapi, aku baca je sampai habis. Lepas dah habis tu, aku terfikir la. Apa yang aku pegang dari dulu lagi ialah, lelaki memang tak boleh berpasangan dengan lelaki. Samalah juga macam perempuan. Jadi, dalam dunia ni kalau nak berpasangan, kita mesti cari yang berlainan jantina. Tidak boleh tidak.

Tapi dalam cerita ni seolah olah mengganggu aku sebab dari gaya penceritaannya, buat aku rasa yang apa yang aku pegang tadi tu macam goyah sikit. Tak goyah banyak. Sikit je. Ini adalah pandangan peribadi aku. Alhamdulillah, aku masih berpegang dengan itu. Jujur aku kata, aku orangnya bersikap terbuka sikit. Aku tak mudah nak melatah bila ada yang bercanggah dengan pegangan aku sebab aku yakin manusia-manusia tersebut mesti ada penjelasan mereka sendiri.

Dan Mama Regina ada cara tersendiri dalam tulisannya untuk menyatakan penjelasan beliau dalam menyokong maknyah dan transgender. Dan aku terima.

Lagipun ni buku keluaran FIXI. Kalau jalan cerita agak kontroversial, aku faham sangatlah 😌. Hmm.

Buku ni mungkin nak tingkatkan awareness kita berkaitan dengan transgender dan kedudukan mereka di dalam negara ni. Tak lupa juga, penerimaan masyarakat pada mereka semua yang bergelar maknyah. But I dont think that is the main point.

Nama tajuk pun PERJALANAN. So point penulis yang aku nampak kat sini adalah bagaimana watak utama dalam cerita ni menjalani kehidupannya menjadi wanita (setelah pembedahan).

Sama macam kehidupan kita juga yang tak bertukar jantina ni. Setiap manusia ada dugaan masing-masing. Ada fitrah tersendiri. Ada jalan cerita sendiri. Terpulanglah pada kita macamana nak hidup.

Jadi macamtulah yang aku faham. Sekali lagi, ini apa yang aku nampak. Dan tak semestinya semua orang kena sokong. Lain orang, lain mata, lain pendapat.

Live your life to the fullest okay! 😎

You Might Also Like

0 ,185 komen

Follow Me On Facebook

Follow Me On Twitter

Popular Posts