This isn't cyberbullying

8:46 PM

Astaghfirullahalazim.

Rasanya lebih baik kalau kita istighfar dulu, betul tak? Biar kita sentiasa tenang menulis apa sahaja yang terbuku dalam hati dan tersimpan dalam minda. Membuak-buak, rasa macam nak muntahkan segalanya,

Jadi macamnilah. Kita ni memang kena hati-hati nak menulis apa pun. Macam yang aku cakap haritu, kalau rasa beremosi, aku akan tulis dalam blog sebab jarang orang baca. Dan aku tak mintak untuk orang baca tulisan-tulisan aku masa emosi sedang menguasai diri, sebab manusia akan salah faham dan cop kita sebagai seorang yang beremosi, or even worse, seorang yang negatif.

Takpe. Manusia memang gila. Aku pun manusia tu. Jadi, sabar la. Sabar with rational thinking and action. If you know what I mean.

Kesalahan yang semalam tu biarlah menjadi pengajaran untuk rujukan hari ini dan masa mendatang. Kita tahu kita tak sempurna. Sebab tulah kita tegur menegur. Kan kita saling sayang menyayang? Dan diharapkan agar teguran atau kritikan yang dilemparkan tu mestilah yang membina (constructive), bukan destructive. Manusia ni ada yang sensitif, jaga hati dia elok-elok, kalau tak, nanti dia merajuk. Lagi parah kalau dia tak ambil kisah langsung apa yang kita cuba nasihat.

Sebab tulah pentingnya kita tegur dan nasihat secara berhikmah. Dan bukannya tujuan untuk sentapkan orang. Just in case kalau kita dah tegur orang tu secara berhikmah dan dia nak sentap, well itu hak dia. Dia yang sentap. Kita tak boleh nak buat apa. Apa yang aku nak tekankan kat sini, niat untuk tegur tu kena careful. Ni aku nasihat ni setelah aku kena basuh dengan senior semalam tau.

Terus aku delete post-post yang berbaur sindiran tu. Tapi aku memang baik, aku cover pakai isu pinjaman kewangan gomen, muahahaha. Nak buat terang-terang lagi kena basuh dengan clorox agaknya semalam. Tak cukup dengan clorox, dia tabur Vanish, Ajax Fabloso, lepastu wangikan aku pakai Febreeze. Pehhhh layannnnn. Tak selera betul. HAHAHAHA heck apa aku merepek ni?

Drama yang dicetuskan tu sebenarnya exaggerate. Tak sampai 15 orang pun. Aku puji sikap berani yang cuba ditunjukkan. Tegur secara terang-terangan setelah tegur secara peribadi tak berhasil. Dan silap kita, sebagai 'sahabat dunia akhirat' ni yang tak pandai dan tak berani nak menegur. Sedangkan kalau kawan yang menasihati, kebarangkalian dia terima nasihat kita adalah sangat tinggi. Because we just know how to interact dengan dia, apa bahasa yang sesuai untuk slowtalk dengan dia, etc.

But we just didn't give a shit. So that's why it still happens sampai sekarang. Depan mata kita semua, aku tak nafikan. We are dunderhead, aren't we?

Yang buat status bukan budak uia. Yang komen, segelintirnya bukan budak uia. Yang read dah tentu ramai yang bukan uia.

Kan dah burukkan satu institusi tu? Dah satu uia terasa. Yang bukan uia ni pulak dah pandang serong. Jadi apa perlu kau buat kalau dalam situasi macamni? Padahal kau pun tahu, ada institusi yang lebih teruk daripada tu. Boleh je nak kasi list nama-nama uolls ni. Tapi bukan aku yang ada kuasa. Entah, jahil mungkin.

Dan aku sangat berharap, mereka yang konon nya ada niat nak kritik atau sindir lebih-lebih tu, berhentilah. Yang post FB semalam tu okay lah, taknak bahas. Ini yang sampai masuk ig story tu yang aku tak tahan ni. Hei, kau sindir kawan aku tahu? Aku risau mental dia tak kuat. Psychologically challenged.

Okay la, untuk pembuat ig story tu, aku mintak maaf.

Lepas ni, nak tulis apa-apa pun, kena hati-hati. Kita ni bukan boleh percaya sangat, jumpa topik hangat je, tanpa usul periksa dan kaji selidik, terus screenshot dan viral kat satu kampung, satu taman, dan bukak aib orang lain. Astaghfirullah. Naudzubillahimindzalik.

Kat blog ni pun, eventho aku rasa jarang orang baca post ni, kena hati-hati jugak. Sekali dia screenshot, viral kat group whatsapp daaaaa. Apa kes. Hahaha emmmm siapa lah tu ek.

Rasanya inshaAllah biarlah isu ini tak berjela-jela sangat. Tak perlu diperbesar-besarkan. Tegur peribadi atau tegur umum tanpa menyebut nama institusi. Okay?

Macam Faiz Subri haritu, isu english dia. Eiii panas je aku, haha. Aku nak bahas tapi macam dah ramai sangat nak up isu tu. So aku taknak jadi penyumbang kepada kepanjangan perbincangan tentang isu english dia. Hahaha padahal membuak-buak kau tahu tak aku nak cakap pasal english diaaaaa. Serius weiiiii. Kau ingat aku main-main?

P/s: Aku tengah minum kopi ni. Lama gila tak minum. White Coffee Charcoal Roasted. Sebab aku memang mengidam dari semalam. Bila minum, rasa pahit pulak. Hahaha mesti kau nak cakap, "Laaaaa, kopi kan memang pahit. Fara ni." *emoticon ketawa sambil keluar ayaq mata*

Guys, doakan Fara guys. Dia dah nak masuk degree. Time nilah dia kena independent betul-betul. Tak boleh nak bermanja-manja sangat dah. Nanti pergi kuliah sorang-sorang, duduk mahallah baru pun takde kawan lama, pinjaman kewangan pun tak settle lagi. Fara, new challenges are coming and you're still can't handle this thing. Ahahaha. May Allah bless me and you guys.

"May Allah ease your journey, FJ"



You Might Also Like

0 ,185 komen

Follow Me On Facebook

Follow Me On Twitter

Popular Posts