handkerchief

7:57 AM

aku baru kenal dengan seorang lelaki tua yang umurnya kira-kira 60 tahun. Ben, he is. aku dengar perbualan lelaki tua ni dengan seorang lelaki yang lebih muda daripadanya.

dan aku kira, aku dapat tangkap satu perkara yang sangat menakjubkan. tentang lelaki tua ni punya perangai bahawa lelaki tua ni suka bawak sapu tangan ke mana-mana. kenapa sapu tangan? lelaki muda ni pelik, of all things in the world, why is it handkerchief?

Ben kata, kalau pergi mana-mana, dia selalu bawak sapu tangan. why? sebab sapu tangan itu akan diberi kepada orang yang memerlukan. tapi dalam kes ni, dia maksudkan perempuan. mostly. semuanya sebab perempuan suka menangis. menangis sorang-sorang, menangis kat tepi jalan, menangis dalam bilik dan kat mana-mana ceruk pun perempuan ni memang lembut hati dia, menangis je kerja. sampai bengkak mata, merah hidung tu.

orang yang buat perempuan menangis ni tak rasa bersalah ke?

ish tak patut betul. kan aku dah kata haritu, eloklah kau layan dia macam princess, atau up lagi, macam queen. they all love to be pampered.

jadi bila dengar jawapan Ben kepada lelaki muda tu buat aku rasa overwhelming dan terharu sekejap.

he nearly made me cried! ahahaha see? perempuan takde kerja lain, nangis sokmo. benda-benda remeh, benda-benda yang mengharukan, hatta yang menggembirakan pun boleh buat perempuan rasa nak menangis. gila!

Ben kata lagi, bila sang lelaki hulur sapu tangan ke perempuan, itu menunjukkan saki baki sikap budiman seorang lelaki. jadi begitulah. budimannya lelaki itu terserlah di mata perempuan tu. Ben ni lelaki tua. jadi, bila Ben bagi sapu tangan dia kepada mana-mana perempuan muda, sekurang-kurangnya perempuan muda tak de sikap 'perasan' atau syok sendiri. dia akan anggap lelaki tua itu seperti ayahnya atau atuknya yang cuba menenangkan anak atau cucunya. simple.

tapi kalau lelaki muda yang hulurkan sapu tangan ke mana-mana perempuan muda, kan boleh jadi salah faham tu?

tapi sebenarnya semuanya bergantung la. depends on what you feel at that time.

benda-benda kebaikan kecil macamni tak perlulah being take for granted by any pihak pun, lelaki or perempuan.

bila teringatkan kisah pertemuan kali pertama Ben dan arwah isterinya, di mana usianya waktu tu 20 tahun dan isterinya, Molly berumur 19 tahun, tiba-tiba rasa feeling 'loved'. kahkahkah dah kenapa  aku ni?

dia dah bersama dengan perempuan tu almost 42 years, maybe?

bebbb, 42 years is a very long time. and i wonder how to get such long relationship. 42 years! many things could happen within 42 years! who could have bear it? it's tough. dan aku sangat bangga dengan hubungan yang luar biasa ni.

cakap pasal benda ni je aku teringat kisah Benz dengan Didi. haha nama lebih kurang sama je dengan lelaki tua tadi. okay la, nama penuh lelaki ni Benz Alif Sulaiman. aku yakin ramai perempuan kat sana tergila-gila kan si Benz ni. tapi nak buat cemana. Didi ni dah berjaya curi hati Benz dulu.

Didi: Grow old with me?
Benz: Sure do.

okay.

sebenarnya nak cerita pasal sapu tangan je. dah lebih-lebih masuk sampai hidup lelaki tua ni dah kenapa aku ni?? hahaha

i think i know a person who likes to bring a handkerchief wherever he\she go. orangnya sedikit berumur, baik dengan semua orang tapi agak menjengkelkan kadang-kadang.

sapu tangan ni bagus. banyak je fungsi dia selain nak lap air mata perempuan.
sapu tangan ni bole lap hingus kau, boleh kesat air liur baby yang suka main-main dengan air liur dia, lambai orang guna sapu tangan kat train (saying farewell), dan macam-macam lagi lah.

jadi, bawa lah sapu tangan ke mana-mana gais!

disclaimer: clue: the intern


bila tengok handkerchief ni, i questioned myself, 
when did the last time i saw and touch and use this thing.
haih that good old days.



You Might Also Like

0 ,185 komen

Follow Me On Facebook

Follow Me On Twitter

Popular Posts