KHAS UNTUK FARA FASIHAH
9:07 PMMuzakir Zoriat:
09 Zulkaedah 1437H
12 Ogos 2016M
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتهُ
بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَـنِ ٱلرَّحِيم
Jom orang muda muhasabah diri...
قال صلى الله عليه وسلم:
إن الله عز وجل ليعجب من الشاب ليست له صبوة.
(رواه الإمام أحمد)
Ar Rasul SAW bersabda:
"Sesungguhnya Tuhanmu kagum kepada seorang pemuda yang tidak ada padanya sifat sobwah".
Martabat Hadith ini riwayat Imam Ahmad, disahihkan oleh Syaikh Nasirudin Al Bani dalam kitab silsilah al hadith as shahihah.
Apa itu sobwah? Dalam kamus bahasa Arab, sobwah mempunyai beberapa pengertian.
Antaranya :
Bersifat keanak-anakan, tidak mahu jadi dewasa.
Tidak suka memikul tanggungjawab; dan suka menghabiskan masa dengan perbuatan yang sia-sia.
Tidak dapat kawal emosi dan darah mudanya; menimbulkan masalah dan akibatnya memberi kesan buruk pada diri sendiri dan orang lain.
Suka menarik perhatian orang lain dengan melakukan perkara yang baru untuk menunjukkan kejantanan dan keberaniannya.
Cara menangani sifat sobwah:
•Usia remaja, jangan menutup diri
•Melibatkan diri dengan orang-orang tua (syuyukh)
•Menziarahi orang soleh dan ahli ibadah
•Memilih sahabat yang soleh
•Melatih diri dengan kerja-kerja bekerja, berusaha dan kemasyarakatan
•Menanamkan muraqabatullah (merasai pengawasan Allah)
•Melakukan riyadah yang tarbawi
Badi'uzzaman Sa'id An Nursi berkata:
"Sebaik-baik pemuda di kalangan kamu adalah mereka yang menyerupai (tasyabbuh) orang tua dan seburuk-buruk orang tua adalah mereka yang menyerupai orang muda".
”الجاهل يعرف بست خصال: الغضب من غير شيء، والكلام في غير نفع، والعطية في غير موضعها، وأن لا يعرف صديقه من عدوه، وإفشاء السر، والثقة بكل أحد.“
( علي ابن أبي طالب )
Orang jahil dikenali dengan enam perkara:
1. Marah tanpa sebab
2. Bercakap tanpa faedah
3. Memberi tidak pada tempatnya
4. Tidak kenal mana kawan mana musuh
5. Menyebarkan rahsia
6. Percaya pada semua orang
(Atsar Saidina Ali RA)
Justeru, muhasabah lah dirimu...
Weyyy sentap gila namateyy. Sumpah deep weyy. Akulah tu manusia yang sifat keanak anakan tu. Yang tak matang tu aku. Yang taknak jadi dewasa pun aku. Aku Naib Amirah kat pkpim uia pj ni malas wey nak pegang tanggungjawab. Kerja aku nak senang je. Goyang kaki. Ape masalah aku sebenarnya? Tak dapat kawal emosi pun kena ke aku jugak. Suka cari perhatian orang atasan dan bawahan pun kerja aku jugak. Apa nak jadi ni Fara? Nombor 1 smpai nombor 6 tu mmg betul2 ade dalam diri aku. Aku mmg dh instill dan engrave mende alah gitu dalam diri aku. Suka marah tanpa sebab tu aku! Aku bercerita kat orang sana sini padahal aku mmg tahu takde faedah pun. Aku pun tak kenal mane entah kawan aku, mane entah musuh aku? Aku ni dh kena nasihat supaya stay away drpd seseorang ni pun aku degil jugak tak dgr cakap dia. Bahlul ke apa aku ni? Aku percaya semua org? Apa kemalang sangat aku ni? Malang2 manusia yg kena langgar lari pun, lagi malang aku lah kot? Malang sbb dh kena penyakit gini. Padahal dulu takde pun nak rasa macamni. Jahil wey aku ni. Dh kena penyakit sobwah ni.
Patut la. Senior2 aku ni pun lahai. Diorg dah tahu tapi diorg tak staright to the point. Entah la kenapa aku tak tahu. Diorg mmg nak tunggu aku kena sentap gini supaya aku berubah, gitu? Diorg nak aku fikir sndri sbb diorg ingat aku dh matang dan besar, macamtu? Siapa yg masalah sbnrnye ni? Diorg ke aku? Tak yah tanye la bodoh. Aku lah yg bermasalah ni. Tgok, buat post ni pun gaya aku cam marah. Kenapa entah? Apa aku nak buat ni.
Jiwa sensitip mmg macamni ke.
Ape2 pun, terima kasih pada sesiapa yg dh buat post gini. Dan Allah izinkan aku untuk ade peluang baca santapan yang memberi sentapan ini. Moga Allah redha dgn kau. Moga Allah redha dan berkati aku juga. Moga Allah beri kasih dan rahmat pada kita semua.
Dah la, aku nak buat kerja.
0 ,185 komen