Filem: love
5:51 AMHarini aku baru je tengok 1 filem dari Indonesia. Love. Terbitan pada tahun 2008. Directed by Kabir Bhatia. Terdiri juga daripada beberapa pelakon indonesia yang hebat hebat. Actually, dulu masa childhood, ada juga tengok filem ni tapi tak berapa nak menghayati sangat la. Ni, dah 19 tahun mesti dh pandai menilai sesuatu perkara. Ececeh.
Dalam filem ni terdapat 5 kisah. Rasanya macam tiada pelakon utama as in hero mahupun heroin. So, it's kinda balance la. Seimbang. Biasanya dlm filem/drama mesti cerita pasal orang yang sama kan. Tapi kalini (as in my opinion), agak berbeza la drpd filem/drama yang lain.
5 kisah bermakna dlm ni ada 5 pasangan (10 manusia) yg menjadi keutamaan dan beberapa sampingan yang lain.
1. Iin + Rama
2. Restu + Dinda
3. Awin + Tere
4. Nugroho + Lestari
5. Gilang + Miranda
Setiap daripada mereka menceritakan pelbagai kisah yang berbeza dan menarik dan kadangkala menarik perhatian aku untuk terus menontonnya.
The main theme for this movie is Love.
Yes, love. What does it mean? How do you define love? Is there any exact definition for love? Have you ever feel it? Even now? Love is a verb or an adjective or noun? What is this love?
Too wide to define love. Love is everything. You can define love in your own words. I dont know how my definition would be about love. Because it always change from time to time. Or maybe it doesnt change. Just elaborating it, I guess.
But I always do remember that eternal love would be from our God, Allah SWT. He gives us blessings and nonstop chances to live everyday to make our days even better and better. Alhamdulillah. But this eternal love, less people perceive it as rahmat from Allah as the human always forget and leka with worldly matter. I am one of them. I admit it. And sometimes, I got blurred on how to please Him. May Allah forgive us and show us the way and true path.
Continue with Love.
Everywhere and everyday we see and we feel love. It depends on us to feel it that way or not.
Kalau dalam kisah Iin dan Rama, Rama mencintai seorang gadis yg bernama Ayu tetapi Ayu telah menikahi dengan lelaki lain kerana dia ingin menikah dan punya anak2. Tapi apa dia mendapatkan Cinta? Kata ibunya, kita boleh hidup tanpa cinta. Dan Rama dengan tegasnya mengatakan bahawa, Kita semua manusia perlukan cinta bahkan untuk orang yang bodoh dan goblok juga perlukan cinta. Semua orang mahu mencintai dan dicintai.
Iin pula bercinta dengan Harry tetapi Harry curang. Setelah pelbagai pengorbanan yg dilakukan oleh si perempuan, akhirnya si lelaki meninggalkannya. Maka bersedih lah perempuan itu. Semuanya dihadapi bersama Rama sewaktu pencarian, akhirnya, Iin dan Rama bersama, hidup bahagia.
Dalam kisah Restu dan Dinda. It just happened. Restu ternampak seorg perempuan di dalam bas lalu terus berusaha mengejar perempuan itu, yang bernama Dinda. Dinda menghadapi penyakit barah payudara. Restu ingin menjadikannya teman hidup, tapi Dinda menolaknya dengan berkata, Kau salah pilih orang. Ini semua kerana Dinda sakit lalu meninggal dunia. Daripada kisah ini, aku belajar bahawa mencintai tak semestinya memiliki. Tapi kenangan bersama tetap ada, sentiasa wujud dan tak pernah padam. Mungkin dilupakan seketika, tapi ia kekal terpahat dalam sudut ingatan yang paling dalam.
Awin dan Tere sama sama berbakat dalam menulis. Awin mahir dalam mengingati nama buku, nama penulis dan setiap isi dalam buku kerana dia sangat minat membaca dan menulis. Tere sudah berjaya menerbitkan buku. Awin pula masih takut dengan perubahan yang bakal berlaku yang cuba dibawa oleh Tere. Setelah difikirkan dan dinasihati oleh majikannya, Awin sudah siap dgn perubahan itu. Dia ingin majukan diri sendiri. Lalu, Awin mula menceburkan diri dalam penulisan dan telah menerbitkan bukunya yang pertama.
Nugroho dan Lestari. Nugroho dipanggil Pakguru dalam cerita ini. Pakguru menghidap penyakit Alzheimer dan mempunyai seorang cucu, Arif. Dia sering lupa tapi dia seorang yg bijak. Setiap pagi, pakguru akan keluar drpd rumah untuk ke sekolah. Sepanjang perjalanannya ke sekolah adalah scene yang paling menarik buat aku dan aku sgt terharu. Di sepanjang perjalanannya, masyarakat melayannya dengan baik. Sikap bertegur sapa dengan jiran tetangga yang patut nya kita amalkan. Dan sayangnya, perkara tu jarang sekali berlaku depan mata. Lestari mengenal pakguru dgn lebih deep sejak bertemu dgn Arif dan mnceritakan semuanya. Lebih mengharukan, semuanya masih melayan pakguru dengan baik sekali dan dia masih diterima oleh masyarakat. Mungkin Love tak bermaksud cinta semata mata. Tetapi, Kasih Sayang.
Gilang dan Miranda sudah berkahwin dan mempunyai anak, Icha yg menghidap autism. Perkahwinan mereka adalah perkahwinan yg dibuat kerana mereka sudah terlanjur. Miranda curang dengan lelaki lain. Gilang sangat marah lalu menyuruh isterinya keluar daripada rumah. Miranda tidak tahu bagaimana ingin menjelaskan ke Gilang kenapa dia buat semua ini. Perkahwinan mereka juga tidak jelas. Tapi kedua duanya sangat mencintai Icha. Mereka berpisah dgn cara baik kerana tidak mahu menjadikan Icha mangsa keadaan. Icha hidup bersama ibunya. Walhal Gilang pula bertemu dgn kawan perempuannya semasa kecil dan melihatnya memakai gelang yang pernah Gilang beri dulu. Ternyata, perempuan itu masih setia memakai gelang itu walau sudah bertahun lamanya. Love is about being loyal?
Nah. Terdapat pelbagai kisah yang aku ukirkan di sini regarding movie Love arahan Khabir Batia ni. Ternyata, Cinta itu datang dalam pelbagai cara dan bentuk. Didapatkan oleh manusia manusia semuanya. Tidak kira umur, pangkat, darjat, warna kulit seseorang itu. Ingin aku kongsikan beberapa bait kata2 yang diucapkan dalam kisah ini.
"Dalam kenangan itu, ada satu rasa yang lebih besar iaitu Cinta"
"Kita takkan tahu apa yang akan terjadi besok kalau kita menyerah hari ini"
"Semua orang ingin mencintai dan dicintai"
"Kalau kita jatuh cinta, makan lebih enak, tidur lebih nyenyak, pengennya senyum terus. Jalan seperti tidak jejak tanah, seperti terbang, melayang"
Akhir sekali, ingin aku ingatkan kalian atas Pencipta dan Pemberi Cinta. ALLAH SWT. Cintailah Allah, nescaya Allah mencintaimu kembali. Kalau kamu tidak mengenali Allah sekalipun, Allah tetap menghadirkan cinta dalam hidup2 seharimu dan memberi petunjuk padamu akan siapa yang mencipta dan memberi cinta tersebut. Moga Allah memberkati kita semua.
Salam Cinta dari saya di bulan Ramadan yang mulia ini. :)
0 ,185 komen