Street Dakwah yang tersimpan 1000 Hikmah
10:59 PM
بسم الله الرحمن الرحيم
Street Dakwah! First
impression aku mase dgr Abg Bai nak bwk kitorg gi KLCC sbb nk street dakwah,
aku rasa mcm.... ehh, betul ke ni? Aku nak buat usrah jalanan kat KLCC? Tak
cukup lagi ilmu kat dada ni. Okay, aku cool je mase tu. Sbb aku fikir bile lagi
kite nak merasa semua bnda ni? Tmpt lain takde macam ni. Abg Bai kate target
kita ialah non muslim. Okay, non muslim ni adalah golongan yang tidak
mengetahui. So, hahaha, pandai2 la nanti. Abg bai bnyk bgi guide utk buat kerja
ni. So, Alhamdulillah, tak la susah sgt. Kitorg kena tnye beberapa soalan dan
mereka hnya perlu jawab sahaja. Bahasa kena sopan. Jangan kacau non muslim yg
nampak mcm busy. Mintak izin sblum nak dakwah diorang. Setiap group berpecah
dua. Aku dilantik mnjadi ketua nye. Ya Allah, Tuhan je tahu betapa beratnye
ujian dan amanah yg dh dipertanggungjawabkan ke atas aku. Abg Acap kate “ingat,
betulkan niat kita. Kita nak ceritakan Islam kat diorg. Bukan nak tunjuk kite
ni hebat atau tak”
Bermula lah sesi
street dakwah. Alhamdulillah, pagi2 okay lagi tau. Dpat lah kaut 3 sesi bersama
non muslim. Ade seorg hamba Allah dlm group aku ni yg ‘bangga’ dgn kejayaan
kitorg yg dah temubual brsama 3 non muslim. Ok. Problem mula nak start dlm
group aku lepas sesi ke3 tu. Sbb group aku terjah foreigner yg jelas2 nak
travel dlm KLCC ni. Itu kesalahan yg dh jatuhkan mental aku. Aku perasan
foreigner tu mcm tak selesa dgn kedatangan kita smua. Ok lepastu, aku tegur
budak2 ni. Nasib baik aku tak meletup mase tu, sabar jelah. Mcm biasa, dlm
street dakwah ni, mesti ade yg tak suka, ade yg halau, ada yg nak taknak, ada
mcm2 lagi la. Itu cabaran yg besar buat peserta mhi. Dlm street dakwah kali ni,
bnyk non muslim yg ckp psal Islam yg radikal and ekstrem. Kitorang pun mcm
....... errrrrr....... target aku dlm street dakwah tu aku nak habiskan 5 sesi
dgn non muslim tapi tak berapa nak berjaya. Nak buat mcm mane. Maryam sampai
nangis2 sbb tak dpt nk habiskan 5 sesi tu. Maryam ni dia sakit, dia kurg darah
merah so dia cepat penat sbb kitorg asyik jenjalan je.
IBRAH : Aku rasa
street dakwah ni bnyk sgt bagi ibrah kat aku and the group. Paling penting,
please lah betulkan niat kita. Niat tu penting! Niat aku sbb nak habiskan 5
sesi dgn non muslim. Tapi aku salah. Sepatutnya aku niat buat kerja ni nak
sampaikan Islam kat diorg lillahi ta’ala. Seterusnya, kalau ada ketua di
kalangan kalian, tolong lah dgr arahan ketua. Ketua lebih mengetahui ape yg
mereka aturkan. Next, jangan mudah berduka cita dgn ape yg dh jadi. Allah dh
tentukan yg terbaik utk kau. Ada hikmah. Kau kena reda dan terima dgn rela. Jangan
riak dgn kejayaan yg kau ade. Allah boleh tarik nikmat kau bila2 masa je. Always
remember that Allah knows best. Alhamdulillah, slps solat zohor, pergi main
bowling. Dapat la jugak hilangkan rasa sedih di hati ini. Biarpun bola selalu
masuk longkang. Hehehe..
0 ,185 komen