Review: The Boy Who Lost His Sight

2:51 AM


Masa PBAKL haritu, saya mencari buku-buku Bahasa Inggeris yang ditulis oleh orang Malaysia. Bagi saya, buku-buku sebegini lebih mudah untuk saya faham bahasa dan maksudnya. Kalau baca buku Bahasa Inggeris yang ditulis oleh orang luar negara, saya memang tak boleh nak habiskan dalam masa terdekat disebabkan bahasanya yang susah untuk saya faham😅. Kadang-kadang ia bersifat bombastik dan kadang-kadang kerana saya yang kekurangan vocab.

Dan alhamdulillah. Twitter menemukan saya dengan booth Terfaktab yang menjual buku-buku yang saya inginkan. Masa saya jumpa iklan yang ditunjukkan, hati saya gembira bukan main! Dan lepastu saya memang berhajat untuk pergi ke booth Terfaktab besok harinya.

Kali pertama saya pergi ke PBAKL, saya sesat dan tidak jumpa booth Terfaktab. Jadi saya pergi hari kedua (seminggu selepas itu), dan alhamdulillah, saya akhirnya sampai ke booth tersebut dan membeli buku ni.

The Boy Who Lost His Sight by Bella Zamri.

Hanya buku ini 😊

Seperti yang saya jangka, buku ini mudah untuk saya faham kerana jalan ceritanya yang biasa kita dengar tapi ada satu hal yang menarik tentang buku ni. Percintaan antara perempuan biasa dengan lelaki buta. Lelaki buta. Ya, lelaki itu buta.

Macamana kita boleh jatuh cinta dengan perempuan yang kita tak boleh nampak? Macamana lelaki itu yakin bahawa perempuan tu adalah cinta dan jodohnya?

Ellie dan Riley masing-masing ada cerita sedih dalam hidup mereka. Ellie yang sudah kematian ibu bapanya dan juga kisah-kisah pahitnya diejek kawan-kawan sekolah semasa berada di Lenoir kerana gemuk. Dan Riley yang kematian adik perempuan kesayangannya dan menjadi buta akibat kemalangan.

Lepas Ellie berpindah ke Florida, di sinilah dia berjumpa dengan Riley dan menjadi kawan rapat. Daripada kawan rapat itulah, mereka pergi lebih jauh lagi, iaitu lebih daripada kawan.

Riley yang buta itu sebenarnya boleh je nak buat pembedahan mata. Tapi, dia taknak oleh kerana beberapa sebab dan egonya. Ellie yang baik hati ni pun kalau boleh nak Riley dapatkan semula penglihatannya supaya Riley dapat kembali bermain di gelanggang basketball semula. Basketball tu permainan kegilaan dia. Dan Riley memang gila kalau taknak kembalikan penglihatannya semula. Dan dia akan rugi.

Ada banyak scene menarik dan buat saya tersenyum dan kadang-kadang tertawa sendirian. Orang fikir saya gila tapi saya peduli apa! 😂

Beberapa pengajaran yang saya boleh kutip daripada buku ni.

1. Kasih sayang antara keluarga. Saya dapat lihat betapa sayangnya Ellie dengan adik beradiknya (Aaron dan Sophie). Walaupun kadang-kadang mereka agak menjengkelkan dan annoying, tapi Ellie tetap sayang mereka. Ellie cuma ada Aaron dengan Sophie je. Macamana Ellie nak survive kalau mereka berdua ni takde?

2. Kesabaran. Sikap penyabar Ellie dalam menghadapi tohmahan kawan-kawan lamanya. Setiap kali Ellie diejek gemuk, dia akan abaikan dan jalankan hidup macam biasa. Sampai-sampai Ellie dan lali dah dengan ejekan-ejekan yang dilemparkan. Saya pun teringin jadi macam Ellie. Penyabar orangnya. Dan selepas tu, Ellie jadi kurus. Saya nak kurus jugak! 😭

3. Persahabatan. Saya dapat lihat persahabatan manis antara Ellie, Reese dan Ben. Walaupun mereka selalu bergaduh disebabkan perkara-perkara kecil, saya suka dan terhibur! Kadang-kadang kejengkelan kawan-kawan kita itulah yang akan kita ingat-ingat hatta kita dah besar sekalipun.

Dan banyak lagi scene-scene yang terlibat dalam setiap pengajaran yang saya dapat kutip. Kalau nak tahu lagi, boleh la baca! Untuk yang mahu bertatih dalam pembacaan Bahasa Inggeris, saya sangat cadangkan buku ni 😄

Bahasa yang mudah difahami dan cerita yang klise. But hey, cerita yang klise tulah yang boleh buat kita faham cerita dan bahasa tu dengan lebih mudah, kan? 😉

Percintaan Riley dan Ellie buat saya terfikir sesuatu. Mereka masih kecik lagi lah! 17 to 18 year old macamtu. 😂

So saya tak berapa nak fokus tentang tu. Tapi ayat-ayat sweet dan perbuatan sweet mereka kadang-kadang melucukan dan buat saya terhibur juga! Macamtu jelah. 😂

Jadi belilah buku ni. Tahniah Kak Bella Zamri for writing this book and I read somewhere that you wrote this story in Wattpad and got a lot of readers up till thousands. Congrats for catching the attention of Terfaktab to publish this story into a real book. You deserve it, Kak.

Ahhhhh hope to see you la 😍

Till then, bye. Assalamualaikum!

You Might Also Like

0 ,185 komen

Follow Me On Facebook

Follow Me On Twitter

Popular Posts