Complement each other.
7:03 AM
Harini last day aku exam untuk sem pertama aku di UIA
Gombak. Perasaan? Hmm. Aku rasa macam kali pertama duduk dalam hall yang
tersangatlah besar yang boleh memuatkan beratus-ratus orang. Bukan jakun tapi
perasaan dia tak sama macam masa kat CFS dulu. Sebab AMF Hall kat CFS tu tak
sebesar CAC Hall ni ha. Pentas pun boleh tahan agung dia tu.
Malam tadi dia mesej. Aku tak perasan pun mesej dia tu. Tapi
bagus jugak aku tak perasan sebab aku takut nanti tak study pulak! Hahaha. So
semalam dia ada copy paste status Zamir dari Facebook pasal percintaan
Shikamaru dengan Temari.
Hubungan cinta yang masak dan matang. Overall apa yang aku
faham dalam post yang ditulis tu,
1. Kita takkan jatuh cinta pada seseorang masa
pertama kali jumpa.
2. Perkenalan yang panjang yang menjadikan hubungan
antara dua insan tu masak dan matang.
3. Kalau Ali ada sifat A, maka Siti pula ada sifat
B. Begitulah, perbezaan mereka inilah yang saling melengkapkan.
4. Kita cenderung untuk jatuh cinta pada orang yang
tiada kualiti kita padanya. Complement each other la gitu.
5. Kefahaman dalam sesebuah hubungan sangat
penting.
credit: pexels
Itu sedikit sebanyak apa yang aku dapat kaut dari post Zamir
tu. Jadi macamnilah aku nak cerita. Aku dengan dia berbeza. Ya, sangat berbeza.
Macam langit dan bumi. Dari segi fizikal tak perlu kot cerita sebab aku tahu
aku memang lawa dan hensem. Dia biasa-biasa je (tapi sebenarnya dia hensem
sejak lama kenal dengan dia ni, haha). Aku putih, dia gelap. Aku comel, dia
pulak muka macam gangster. Hal fizikal ni aku tak nak tekankan sangat lah.
Hal-hal seperti sikap, attitude, perangai dan peribadi ni
yang aku cuba fokuskan. Kadang-kadang aku terfikir dan masatu jugalah aku macam
kecewa dengan diri sendiri. Dia matang, aku macam budak-budak. Aku
tertanya-tanya dan kadang-kadang tu rasa macam nak ketuk kepala dan pukul diri
sendiri sebab perangai aku yang tak semenggah dan tak matang ni. Sikit-sikit
merajuk, sikit-sikit buat muka, sikit-sikit nak annoy orang. Aku pun tak faham
dengan diri aku ni. Mungkin aku cuba tarik perhatian kot. Tapi dengan cara yang
sangat immature dan childish. Itulah, aku rasa bersalah juga ni. Macamana lah
dia bole bersabar dengan perangai aku ni T_T
Speaking of bersabar, ya, dia seorang yang penyabar, aku tak
penyabar. Apa-apa masalah yang aku timbulkan, dia akan tetap cuba bawa
bertenang dan bersabar. Dia masih kekalkan aura positif dia supaya aku tak rasa
yang dia pun sebenarnya sakit hati dengan aku jugak. Aku rasa bersalah lagi
sekali sebab dia kena tahan dan sabar dengan perangai aku yang annoying ni. Macamana
la aku tak sayang dia ni weii? T_T
Dan ada banyak lagi siri dan kejadian antara kami yang tak
perlulah aku nak cerita kat sini. Aku cuma rasa bersalah dan kecewa dengan diri
sendiri sebab tak mampu nak jadi sebaik dia. Aku tak mampu nak jadi sesabar dan
sematang dia. Bukanlah aku nak jadi macam dia, tapi… aku cuba jugak nak jadi
seorang perempuan yang mampu mengawal emosi, yang professional, yang bersikap
matang dalam hubungan dan visi misi kehidupan dan sebagainya. Aku teringin
juga. Aku teringin…
Tapi itulah, aku rasa mungkin aku terlalu berharap kot.
Betullah apa diorang cakap dulu, harapan lah yang membuat hati manusia sakit,
yang mengecewakan manusia dan menjatuhkan manusia. Sebabtu ada banyak quote
yang menyuruh kita untuk tidak terlalu berharap.
Tapi itulah, kadang-kadang harapan yang membantu kita untuk
mengejar impian, kan?
Bila fikir semula, kalau nak kejar impian pun kenalah
berusaha betul tak?
Macam biasa, semuanya daripada diri sendiri. Dan betullah
apa yang aku baru baca kat status FB abang Iman haritu. Tazkiyatunnafs ni
memang penting. Kita didik diri kita dulu, dan kemudiannya inshaAllah segala
urusan selepas tu akan berjalan dengan mudah dan lancar.
Tazkiyatunnafs okay? ;)
Mula dari yang kecik. Bila cakap pasal tazkiyatunnafs ni
mestilah ia menyentuh aspek spiritual terlebih dahulu betul tak? Solat fardhu,
puasa, solat sunat, baca quran dan lain-lain. Aspek lain pun inshaAllah akan
menyusul, in a good way J
Selamat berpuasa!
0 ,185 komen