Alumni Saf Qiyadah

7:41 AM

"Dengan lafaz bismillahirrahmanirrahim, saya membubarkan saf qiyadah bagi UIA PJ sesi 2015/2016"


*Aku dan teman-teman bangkit dari kerusi*
*Turun pentas*
*Dalam hati rasa macam nak menjerit dan menari*

Ya Allah! Penantian yang sekian lama. Almost a year we've been through hell and tides babesss T_T



Alhamdulillah, lepas selesai acara, macam biasa, sesi fotografi dan kemas dewan.

Masatu kat luar, Abang Halmie, dan beberapa kawan aku, dok bincang pasal trip ke Murni. Dengar cerita, macam ada konflik dan komplikasi. Haihh teman-teman, ada apa lagi ni....

Rupanya masatu Abang Halmie cannot make it. Dia tak boleh temankan kitorang makan kat Murni sebab dia ada hal malam tu. So Abang Hakim yang akan temankan kitorang instead. Itulah konfliknya. Diorang nak abang halmie bukan abang hakim. hahaha. 

yelah. Siapa yang boleh gantikan mas'ul UIA PJ tu kan.. Bagi aku, aku biasa je. Sebab tak kisah pun siapa nak teman kitorang as long as you guys ada dengan aku, makan sama-sama. Itu kan dah cukup bahagia? Aku bukan bole selalu datang jenguk korang. Lepasni ada yang ke Pagoh la, Kuantan la, that's why I nak cherish and enjoy the moment while it last kan?

Okay, kitorang bincang macam nak apa masatu. Tapi havoc jugak la sebab semua orang nak bukak mulut, nak bagi pandangan. Tu tak campur lagi yang cuba interfere and nak buat lawak, Erghhh bising kejap dewan tu. Nasib baik azan asar lambat lagi.

Dan akhirnya usai solat asar, aku bukak la apps GrabCar aku. The cost nak pergi Murni ni makan RM5 sahaja. So aku belanja la sesiapa yang naik GrabCar aku. The rest, ada yang naik kereta sendiri, dan ada yang naik GrabCar yang lain. 

Tiba-tiba aku dapat call dari Azhan, katanya dia dah book meja secara online untuk 20 orang. hahahaha bagus Azhan ni. Sayang abang jan, kahkahkah. Tapi bila aku dah sampai, terpaksa pulak nak menunggu yang lain. Lama jugak diorang nak ke sini, Aku jadi segan sebab duduk kat meja yang ade berapa kerat orang tapi kerusi banyak ni.

Dan apa yang aku perhati, kat Murni ramai gila budak UIA! hahahaha. Ada jugak tu yang reserve tempat. weyy betul, seluruh kerusi kat dalam Murni tu aku rasa semua budak UIA. hahahaha. Mentang-mentang la baru habis periksa, baru dapat elaun, kah! hek eleh! :P

Kat Murni ni best sikit. Makanan dia dalam satu pinggan yang saaaaaaaaaaaangat besar. Dan kuantiti makanan dia pun tersangatlahhhhhhhhhhh banyak! Yang menariknya, kau takkan membazir pun. Bila kau rasa tak boleh nak habiskan makanan, nanti dia sediakan bekas untuk letak baki makanan korang tu. So balik nanti bila lapar boleh makan kan! 

Next, yang menarik perhatian aku since makan kat Murni ni lagi ialah nama-nama air dia. Teruja betul aku. Ada air boyfriend la, girlfriend, don't love me la, kiss me baby la, i miss you la. Kalau kau order kat abang waiter tu, takut dia ingat kau syok kat dia pulak, ahahahahahaha! No, of course I'm joking :'D

Aku order air mango juice. Aiman order carrot juice. hahaha sikit lagiiiiii nak samaa. Padahal aku niat nak order carrot juice tadi :') 



jadi masa makan-makan tu, Aqill ade cakap pasal retreat kita. Bagi aku, retreat ni tak bagus nak buat masa-masa sekarang ni. Aku okay kalau kau nak buat retreat masa kat Gombak. Sebab senang. Semua orang ada kat satu tempat dan mudah gerak. 

tapi nak buat cemana abah :') maafkan anakanda. Anakanda tak bole nak buat retreat dengan korang. Sorry. Sebab dah banyak kali keluar. Ana dah la tak dapat elaun. Lain lah antum yang BARU je dpat elaun 700 lebih tu hahaha :'D Kecewa betul hati ana sebab masa shortsem pun ana tak dapat merasa elaun tau :') takpelah, Rezeki korang, hahaha alhamdulillah la



Haihh masa makan tu, aku diam je tau. Sebab nasi aku terlalu banyak dan nasi nya masin sikit. T_T

Nasi dalam pinggan aku tu pun berkecah. Dan aku tak berapa nak selera betul la, ahahaha kenapa lah dengan aku ni, :'(

semua orang habiskan makanan diorang dalam pinggan tu. Aku sorang je yang nasi berkecah huaaaaaaaa 

Tapi takpe lah, dapat makan dengan geng Pelingkup dunia ni pun dah rasa seronok :') Enjoy the moment <3

Dan usai makan je, terus balik weyy. Tak boleh nak lama-lama. Maghrib pun dah masuk. Nak kaut GrabCar lagi. Alhamdulillah, lepas balik aku dapat tidur atas katil fatin! Mujur roommates dia balik. boleh la nak menumpang. Jadi lepas maghrib tu aku tidur sampai la ke esok pagi. Nak menyatakan betapa penat nya tu. hahaha

Esoknya, dah janji dengan GG nak balik sama-sama. Mujur ada kawan. Kalau tak, aku selalu keseorangan. Dengan GG ni semua benda kau nak cerita. Yelah, sebab jarang jumpa. Dah la nak fly. Quit UIA pun senyap-senyap. Nasib baik aku tahu awal. Kan aku special kan GG? haha. Dan yeayyyyy dapat makan KFC. Tapi tetap tak puas weyy! Nak lagiii T_T

Dan praise be to Allah, I finally made it home. Slight happiness bila dapat duduk rumah dan tiba-tiba umi call.

Umi: Hello, assalamualaikum.
Aku: Nyam-nyam!
Umi:Nyam-nyam? Tengah makan la tu? Ayam ada lagi?
Aku: Ha'ah tengah makan ayam ni.. tapi ayam nya dah kena cubit.
Abang: HAHAHAHAHAHAHAHAHA
Aku: HAHAHAHAHAHAHAHAHAHA
Umi: HAHAHAHAHAHAHAHA

Haaa kan seronok balik-balik je macam gitu. <3 

p/s: gonna make a list for stuffs needed in Gombak soon, still takut ;'(




You Might Also Like

0 ,185 komen

Follow Me On Facebook

Follow Me On Twitter

Popular Posts