Nota Pasca Forum Current Issues on Malaysian Economy

8:29 AM

Nota Pasca Forum Current Issues on Malaysian Economy

Tarikh: 20/10/15
Masa: 8-10.30pm
Tempat:Econs Lt 2 UIAM.

"Sekarang martabat negara negara, tampak lebih sunyi sepi, sebab rusak pelaksanaan peraturannya, karena tanpa teladan, orang meninggalkan kesopanan, para cendekiawan dan para ahli terbawa, hanyut ikut terus dalam jaman bimbang, bagaikan hilang tanda-tanda kehidupannya, kesengsaraan dunia kerana tergenang berbagai halangan".

Inilah pesan pujangga Jawa, Ranggawarsita(1802-1874) apabila berhadapan dengan Zaman Edan(gila). Kewaspadaan terhadap kebejatan hidup yang semakin tidak menentu kehadirannya. Perkaitan yang cuba saya sampaikan adalah situasi ekonomi dan politik negara yang kian tenat.

Pembentang pertama adalah Wan Ahmad Fahysal. Beliau menekankan peri pentingnya keterikatan Malaysia berdasarkan The Post-World War 2 World System dan juga kebergantungan Malaysia dengan US Dollar. Terdapat 4 grup negara dari kaca mata ekonomi iaitu:
1)Core of Core
2)Periphery of Core
3)Core of Periphery
4)Periphery of Periphery.

Selain itu, pembentang kedua ialah Tuan Ameer Ali. Beliau berkata bahawa masalah yang kita hadapi bukan berpunca daripada sekarang tetapi hasil tindakan yang berkesinambungan. Fakta paling menarik yang dikongsi adalah pengurusan ekonomi terbaik ada didalam Surah Yusuf. Tambahan pula, beliau mengupas mengenai 4 isu utama ekonomi negara sekarang iaitu:
1)federal government debt level.
2)Inflation on property prices.
3)Very low crude oil prices.
4)Weakening Ringgit.

Pembentang ketiga pula ialah Dr. Edmund Terence Gomez. Seruan beliau ialah anda perlu belajar sejarah jika ingin tahu politik dan ekonomi masa kini. Beliau menceritakan kronologi politik wang yang bermula pada tahun 1981 ketika perseteruan antara Ku Li vs Musa Hitam untuk jawatan Timbalan Presiden UMNO. Penyakit politik wang merebak dengan dahsyat juga dalam peristiwa lain seperti UMNO A vs UMNO B, Team Wawasan Anwar Ibrahim 1993, Reformasi 1998, PRU 2004 zaman Pak Lah hingga kini 2015 reshuffle cabinet dan beberapa lembaga2 dan institusi. Beliau berkata, BN dan PR keduanya main politik wang.

Konklusi saya ialah forum ini menunjukkan bahawa tanpa ahli politik juga sebenarnya kita boleh berwacana dengan ilmuwan/akademia yang pakar dalam bidangnya. Perlu diingatkan bahawa agenda wacana adalah to feed the purpose iaitu memberi pencerahan dan percambahan idea/ilmu. Jika ini tidak dicapai meskipun wacana itu popular maka ia adalah satu kegagalan. Fokus pada kerja kita wahai anak muda. Persiapkan dirimu !

"Balik rumah,buat kumpulan, buat bacaan dan kajian serta cari apa perubahan yang ingin kita lakukan".
-Dr. Edmund Gomez-

You Might Also Like

0 ,185 komen

Follow Me On Facebook

Follow Me On Twitter

Popular Posts