Kem sebulan? Apa ni?

3:19 AM

بسم الله الرحمن الرحيم

HARI PERTAMA




Pagi tu, lepas Solat Subuh, aku dan parents aku terus keluar daripada rumah untuk menuju ke Kem Rimba Tamu, Hulu Tamu, Batang Kali, Selangor. Pada awalnya, macam peserta lain jugak. Dipaksa oleh umi ayah untuk pergi ke sana. Samalah jugak macam kakak aku. Dia pun pernah jugak join kem ni. Mula2 rasa macam nak nangis sebab dia tak biasa jauh dgn mak bapak. Tapi, lama2 dia rasa enjoy pulak kat sana. Aku tak tahu la kenapa kan. So, tiba lah waktu di mana aku dah sampai ke kem tu. Mulanya, aku memang nak join kem ni sebab nak cuba benda baru, kawan baru and macam2 lagi la. Aku dengar diorang buat kerja2 amal pastu jumpa dgn semua jenis lapisan masyarakat. So I was thinking, why not la kan kalau aku join.. Aku pun teringin nak jadi sosial jugak. Sebab selama ni aku duduk asrama and jarang jumpe org. Klau balik pun, aku balas dendam dgn menonton tv, makan, tidur, surfing Internet and macam2 lagi la.



Bila dh smpai sane, aku rasa macam ...... aduhhh, aku takde kawan kat sini. Takde akhawat yg duduk senegeri dgn aku. Hisyh, macam mane ni? Aku tak biasa betul interact dgn mcm2 dialek ni. Serius, tak tipu. Aku pon bukan jenis friendly sgt. Aku akan jadi friendly bile aku dh rapat dgn seseorang tu je. How do I cope this situation? Hmm, takpelah, redah je! I’ve come this far, takkan nak suruh parents aku hantar aku balik. Tambah menyakitkan bile tgok semua ade kawan memasing. Aku je tercongok tingkat atas katil dgn pura2 main henfon whereas takde ape pun dalam fon tu. I notice a Penang girl. Nama dia Balqis. But, org pggil dia Bal. She’s a bit talkative. Semua org dia nak tegur. Alangkah bgus nye klau aku dpt jdi friendly mcm dia. Tiba2, Nadiah ckp kat aku boleh tak kalau aku pindah katil sbb katil aku boleh dijadikan tempat iron, dekat dgn suis pulak tuh. Aku pun terfikir, ok jugak klau aku pindah sbb takde sape pun yg dduk sebelah katil aku. So, aku pindah katil lain yg ade org supaya aku tak rasa kesunyian.... Aku pun pilih katil sebelah Mawad. First2 nak mesra dgn dia, aku pun pinjam la Modul Pembinaan Sahsiah sbb aku takde buku tu. Ayah aku tak tahu pulak kena beli buku tu... Alhamdulillah, ada kawan, yeayyyy!


Tapi................................. Selepas itu, Mawad pun pindah katil. Aku pun macam, hmmm... Takpe lah, dia nak jugak dduk dgn kawan dy yg lain. Ok fine. Tak kisah pun. Itu hak dia kan.. So, dari awal MHi smpai habis, aku mmg duduk keseorangan. Sadis kan.. Tapi takpe lah, tak selamanya kita akan bersama dgn kawan2. Ada masanya, kita akan keseorangan juga. Setakat ni, kau rasa perasaan aku saat itu macam mane? Mungkin Allah nak aku membiasakan diri aku mcm tu. Mungkin? Bila azan Maghrib berkumandang, semua peserta solat Maghrib secara berjemaah. Tak sangka pulak kat sini baca Ma’thurat lepas maghrib. Biasa nye aku baca lepas Asar. Hmm, benda baru. Lepas dinner, kitorang kena basuh pinggan sendiri tau. Hahaha, selama ni aku pegi kem, ade org yg basuhkan. Takpelah, benda baru lagi. 



Malam tu, aku kenal dgn Abg Syed Safwan. At the first sight, Alhamdulillah dpt abg faci yg sempoi dan kelakar, itu satu attraction yg bgus. Dia ajar macam2 gaya dan game. Good job la. Rasa happy sgt mlm tu, Dpt la hilang ckit rasa gundah gulana dlm hati ni. Walaupun tak pada keseluruhannya. Malam tu kenal dgn abg2 faci, akak2 faci, ajk2 dan yg lain2. Aku try utk memorize nama diorg. Alhamdulillah 97% dlm ingatan. Hahahah...

Abg Syed. Hebat dlm fotografi, Creative!



IBRAH : Just stay calm. Ingat Allah selalu ada. Dia selalu aturkan yg terbaik utk hamba2 Nya. Tak selamanya kita kena berkawan. Adakalanya kita perlu bersendirian. Kerana saat itu kau akan tahu erti berdikari. Kau hidup kerana kawan ke? Memang la tak dinafikan persahabatan itu penting. Tapi, jangan la berkawan dgn org yg dh biasa kau jumpe. Jadilah peramah dgn semua org. Berkenal kenalan dgn manusia2 yg dari mcm2 negeri, bangsa, agama.. Kita semua sama ^^



You Might Also Like

0 ,185 komen

Follow Me On Facebook

Follow Me On Twitter

Popular Posts