Bersedia

8:26 PM


"Wahh best kan kalau ambik gambar kat sini. Rumput dia hijau je"

"Nantilah masa kita konvo, ambik gambar kat sini"

"Allahu lambat lagi. Aku tak sedia lagi nak jadi matang, hahaha"

"Tak lama dah weii. Kejap je. Kita dah nak masuk tahun kedua dah"

Sejujurnya, waktu aku ada dalam perbualan ni, aku banyak kali fikir. Dan sebenarnya, dari dulu lagi aku fikir. Aku ni dah bersedia ke? 

Aku ni dah bersedia nak masuk ke alam baru ke? Ke alam yang lebih dewasa dan matang dan penuh dengan cabaran? Aku banyak kali tanya. Fara, are you actually ready for this?

Kadang-kadang aku rasa tak larat dan rasa penat sangat. Bila semua ni akan berakhir? Tidaklah aku meminta kematian datang cepat, tapi, aku mempersoalkan bila semua masalah dan kekacauan ni boleh tinggalkan aku? Bila aku boleh hidup tenang, bebas, dan bersuka ria?

Aku pernah bergurau dengan kawan-kawan aku, yang aku ni sebenarnya rapuh dan fragile. Tapi sebenarnya aku tak tipu. Aku memang fragile. Hati aku tak cukup kuat untuk menanggung semua benda yang datang kat aku. Memanglah sampai sekarang nampak aku bertahan tapi lama-lama aku boleh jatuh juga dalam lembah kelemahan yang lemah selemah-lemahnya. 

Sampai satu masa aku suka berfikir yang bukan-bukan. Overthinking memanjang. Kau tahu tak perasaan dia macamana? Sakit dan lelah dia macamana? 

Untuk masa sekarang ni, tak perlulah kau cakap yang semua ni adalah salah aku. Semua orang tahu. Aku sendiri tahu, masalah-masalah yang mendatang adalah daripada diri sendiri juga. Tapi, untuk kali ini, biarlah aku meluahkan apa yang ada dalam kepala dan otak aku, boleh? 

Berbalik pada soal kematangan tadi. Aku tak tahulah kalau aku kena tinggalkan zaman 'childish' aku ni atau tak. Sebab aku rasa aku bahagia je duduk dalam alam fantasi. Seolah-olah aku tak membesar lagi. Jiwa kanak-kanak masih terperangkap dalam sebatang tubuh Aku. 

Dan aku rasa kesalahan aku paling besar adalah apabila aku masih rasa tak bersedia nak menjadi lebih dewasa, matang, dan berdikari. 

Rasa penat dan lelah sepanjang jalan. Aku dah cukup tua untuk merasa semua ni. Tapi perasaan aku selalu muda untuk menjalani hari-hari seperti keanak-anakan. Apa yang kita boleh buat kalau kita rasa demotivated macamni? 

Tak tipu kalau aku cakap aku pun ada keinginan untuk jadi lebih berfikiran dewasa macam idola-idola yang aku tengok di media sosial. Ramai wanita bekerjaya dan lelaki yang sudahpun mencapai beberapa 'goal' dalam hidup dia. Aku terinsipirasi sikit. Tapi setakat tu jelah. Aku nak jadi macam diorang. Sumpah teringin.. Tapi macamana? 

Ada masa bilamana aku teringatkan Umi dengan Ayah kat rumah. Diorang mesti nak kan yang terbaik untuk aku. Diorang mesti nak tengok aku jadi perempuan yang modest, berjaya, tak gedik, matang, berdikari dan boleh jadi model yang terbaik untuk adik-adik dan macam-macam lagi. Dalam sudut keluarga, adik-adik perempuan aku lebih nampak 'dewasa' berbanding aku. Kenapa tidak aku? 

Sebenarnya apa yang buat aku rasa ragu-ragu untuk terus mara ke hadapan? Sebenarnya apa yang cuba untuk menggagalkan misi aku untuk jadi lebih baik dari segi fikiran dan perangai? Apa? 

Tapi aku rasa aku perlu bagi kredit untuk diri aku sendiri dalam post yang penuh dengan overthinking dan suudzon ni. Hmmm let me think.. Apa eh?

Hmmm macam takde je. 

Tapi apa-apa pun, final exam aku tinggal lagi tiga ni. Tadi aku nampak separa bulan. Geram rasa macam nak frame je bulan tu. Tapi tak boleh. Kamera pun takdelah lawa mana. Aku harap aku boleh tengok bulan bila ada peluang lagi lepasni. InshaAllah. 

Okay aku harap aku dan kawan-kawan aku dapat lakukan yang terbaik untuk final exam semester ni. InshaAllah. Semoga berjaya rakan-rakan! 

You Might Also Like

0 ,185 komen

Follow Me On Facebook

Follow Me On Twitter

Popular Posts