Review: Lalu Aku Hidup Sebagai Apa?

11:51 PM



'Lalu Aku Hidup Sebagai Apa?' merupakan himpunan tulisan berinspirasi, demi pengajaran hidup anak anak muda yang terang bermakna.

Mengambil semangat pemikir agung Buya Hamka, buku ini menyuluh cahaya bagaimana hidup mesti berakal mencari ilmu untuk mati meninggal budi, lalu antaranya terbentang sebuah perjalanan yakin berani namun harus kekal merendah diri tunduk di bawah langit ilahi.

..............................

Di atas merupakan catatan di bahagian belakang cover buku ni. Alhamdulillah. Settle satu buku ni. Dan aku kat sini nak buat ala ala review buku ni.

Dalam buku ni ada banyak tulisan tulisan yang ditulis sendiri oleh manusia manusia dalam Komuniti Jejak Tarbiah ni. Macam cerpen cerpen ditulis dalam satu buku gituuu.

Jadi dalam banyak banyak tulisan yang ada dalam buku ni, ada beberapa yang betul betul menarik dan 'special' pada jiwa dan pandangan marhaen aku ni. Antaranya ialah:

1. Catatan Kembara Hamka - Athiah Mohd Noor

2. Hamka: Falsafah Tinggi, Perbahasan Awam - Hanapi Jamaludin

3. Kutemui Diriku Dalam Umrah Ini - Nuha Al-Basri

4. Muda Berakal Panjang - Kamil Yazid

5. Pedoman Gerakan Anak Muda - Iman Danial Hakim

6. Akal Perempuan Menurut Hamka - Ahmad Almeseiry & Fhadrul Irwan

Well sebenarnya semua karya karya dalam ni hebat hebat. Tapi enam ini sahaja lah yang mampu membuat aku betul betul stick dan fokus pada pembacaan tu. Sebab menarik!

Catatan Kembara Hamka tulah yang buat aku betul betul teruja nak teruskan bacaan. Sebab aku rasa yang menulis tu aku! Hahahaha. Sebab apa yang diceritakan oleh saudari Athiah seolah olah sama dengan pengalaman yang aku rasa sendiri kat Padang tu. Em tiba tiba jadi teringin pula nak pergi lagi. Kalau ade peluang, nak rasa betul betul la sebenarnya apa yang lawa sangat pasal Padang ni, since ramai orang claim macamtu kan. Hmm.

Next, tulisan saudara Hanapi pulak. Mulanya tak berminat pun dengan tulisan dia ni. Falsafah la perbahasan awam la amende laaaaa. Berat benor bunyi dia. Jadi aku pun baca jelah even terpaksa merelakan diri embrace dengan tulisan gitu. Tapi kan kan kan kan kan. Aku jadi tertarik dengan tulisan tu sebab bukan si Hanapi tu tapi sebab tulisan Hamka tu sendiri. Hahaha. Sebab dalam tu ada banyak tulisan Hamka yang dipetik dan dimasukkan ke dalam ruang celoteh si Hanapi ni. Jadi itu yang buat aku terus tertarik dan minat utk teruskan bacaan. Hahaha. Emm aku tak tahu la, ayat ayat Hamka ni macam sweet pulak bagi aku. Macam kita bole dengar je cara dia cakap ni pun ada gaya lembut dan memujuk. Eh geram pulak aku.

Next, yang pasal Umrah tu. Ini pun terbaik. Lebih kurang hebat jugak dengan tulisan Athiah tu. Kita baca tu, seolah kita ada jugak dalam situasi tu kau tahu? Seronok la. Bagus la cerita macam ni. Buat kita jadi tak sabar nak pergi umrah. Jadi cerita2 jahat masa kita kecik pasal umrah dan haji tu boleh la dilupakan ye. Bodoh betul, kita masa kecik pun percaya je apa orang tua ni cerita. Okay, back to the topic! Em takde apa dah nak cakap. Saya suka dengan tulisan Umrah ni! Thumbs up Kak Nuha!

No.4 dengan No.5 ni aku jadi malas pula nak cerita. Aku tak ingat dah. Tapi setiap kali aku baca tulisan yang menarik, aku tick kan, menunjukkan bahawa aku suka la dengan tulisan diorang tu. Ahh maaf. Aku memang pemalas!

Haaaaaa the last one. Of course la pasal Perempuan. Hehehe. Kan aku dah kata. Hamka ni sweet. Sweet sweet Hamka pun, lagi sweet kisah Rasulullah dengan isteri isteri dia. Eh jeles pulak aku. Menceritakan tentang akal lelaki dan perempuan itu sama je. Ade kurangnya. Jadi bila akal keduanya bergabung, ia meletup la kebaboom! Eh silap. Ahh engkorang faham la kan? Bila keduanya bergabung, jadi hebat la. Okay ayat cliche sangat. Nak buat cemana kan. Sekali lagi tulisan Hamka diselitkan dalam ruangan ni. Em jadi jatuh cinta pula.

Alhamdulillah. Fara Fasihah sekali lagi telah berjaya menghabiskan buku yang tak dirancang pun nak beli ni. Ini merupakan kejayaan yang tak dirancang. Maka bersyukur la saya. Hahaha.

P/s: It is almost 2 weeks, I've been suffering from bleeding nose. It's weird. 'Coz usually, it will last for a week. But all praises to Allah, today I don't see the blood coming through out my nose. It's a bless! Well actually, it's a bit peculiar to call it 'bleeding' sebab my inner nose was just injured. (Injured? Pelik pulak bunyi dia). Senang cite. Luka ahh. Small luka. To call it 'wound' also sounds weird. Hahaha but who cares. Let's mandi, dah pukul 9 dah ni!



You Might Also Like

0 ,185 komen

Follow Me On Facebook

Follow Me On Twitter

Popular Posts