Cuti tiga bulan

4:28 PM

Cuti tiga bulan ni macam-macam benda jadi. Ramai yang tanya kalau kalau aku ada kerja, atau belajar apa-apa kelas. Malangnya, tak ada. Kalau setakat pergi program yang dianjurkan KPIJ tu, ada lah.

Hari tu, aku dengan Anis pergi job hunting. Pertama kali dalam hidup aku job hunting. Rasa excited lah juga. Terima kasih kat Umi yang sudi bantu drive kan kitorang dari Rengit dan Benut, isi borang kat Kedai, dan pergi IV kat Supermarket. Tapi, malangnya tak ada siapa nak terima aku. Hahaha, that is not the saddest part, sebab jujur, aku pun masih rasa takut, rasa ragu ragu untuk keluar dari comfort zone. Tapi kenapa aku beranikan juga untuk job hunting? Sebab aku nak cuba, aku yakin aku tengah berusaha waktu tu, untuk keluar dari comfort zone. Tapi agak kecundang di situ sebab tak ada rezeki.

Jadi, aku cubalah kabar dengan mak aku nak belajar menjahit. Sebab rasa seronok tengok orang menjahit. Satu skill yang aku nak embrace selagi masih ada masa ni. Tapi disebabkan waktu tu ada orang suruh aku hantar resume kat email salah satu syarikat kecil, dan mak aku tahu hal tu, jadi dia tak jadi tanya pada tailor untuk mengajar aku menjahit. Fokus aku jadi terganggu sekejap. Akhirnya, aku memilih untuk hantar email mohon kerja dengan syarikat tersebut. Malangnya lagi sekali, email aku tak dibalas. Beberapa hari aku tunggu, tapi email balasan tak kunjung tiba. Tahulah aku di situ juga bukan tempat aku. Well, as the saying goes, 'yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran'. Sebenarnya, jujur, aku masih takut takut nak melangkah ke syarikat kecil tu untuk bekerja, tapi aku gagahkan juga hantar email tu kepada bos besar kat situ, malangnya rezeki aku memang benar-benar bukan di situ.

Jadi memang sepanjang aku menanam anggur di rumah, aku tetap menjalankan kerja rumah seperti biasa. Kadang-kadang mengemas, menyapu, menyidai baju, basuh pinggan, dan cuba cuba untuk masak. Selain tu, ada jugalah aktif di instagram shop aku sendiri sebagai dropshipper mini skirt dan jubah. Dapatlah sikit sikit income. Walaupun tak selalu dapat customer, tapi aku selalu memujuk diri agar aku selalu bersyukur. Bersyukur walau rezeki dan nikmat itu datang sekecil apa pun. Sebab Allah janji, Allah nak tambah lagi kalau kita bersyukur. Dan aku sedar, nikmat sihat dan waktu lapang tu juga, memang nikmat yang harus aku dan kau syukuri.

The other side of the coin, aku tahu dan aku rasa mak aku macam susah hati nak lepaskan aku pergi kerja, tinggalkan dia. Ini bahagian yang paling sulit bilamana mak kau sendiri seakan berat hati nak biarkan kau pergi keluar rumah. Aku faham maksud dia. Dia sudah agak tidak larat buat banyak kerja, tapi kadang kadang tu selalu juga dia buat banyak kerja. Kalau boleh, dia nak aku ada kat rumah, tolong jagakan dia, tolong bantu uruskan rumah. Tapi aku tahu separuh lagi hati dia sebenarnya mengizinkan aku untuk keluar, tapi nampaknya bahagian "berat hati dia" itu lebih berat, barangkali.

Aku tak berhenti kat situ. Cuti ni juga, aku selalu browsing kat internet. Entahlah, saja saja browsing. Lepastu dapatlah idea sikit nak belajar apa kononnya dari internet. Hari tu aku belajar buat poster kat Photoshop. Alhamdulillah, jadilah juga walaupun buruk dan berserabut. Tapi aku bangga dengan diri aku. Boleh kembangkan lagi lepas ni. Hehehe. Selain tu, aku pun ada belajar english online kat Perfectly Spoken. For free. Akan ada tutor online yang ajar kita dari satu peringkat ke satu peringkat. Boleh lah dari situ asah sikit skill english yang dah lama tak utilize ni. Oh ya, aku dah baca beberaa buku waktu cuti ni. Sesungguhnya waktu cuti panjang nilah yang memang laju je momentum aku habiskan baca. Sebab banyak masa lapang.



Ada beberapa perkara yang aku belajar, senior aku pernah berpesan supaya kita ringankan tangan dan ikhlaskan hati bersedekah. The outcome is very unexpected. Kau tak jangka apa yang akan Allah balas atas kebaikan dan sedekah yang kau berikan. Jadi, bersedekahlah. Buat baik kepada ibu bapa. Jaga hubungan dengan diorang. That is the most effective one. Dan next, gunakan masa lapang kita ni dengan benda benda yang kita suka sekaligus yang memberikan faedah pada diri kita. Hidup kita ni memang akan ada jatuh dan ada bangun. Itu normal. Dan itu membuatkan kehidupan kita lebih seronok dan kita pun akan dapat banyak pengalaman. Pengalaman yang mengidupkan, mematikan, menginspirasikan, dan memotivasikan. Berdoalah supaya kita dijauhkan dari sifat iri hati dan hasad dengki serta berfikiran yang negatif. Berdoalah supaya rezeki kita dimurahkan, dipermudahkan, dan diberkati.

Aamiin.

Terima kasih. Terima kasih. Terima kasih. Alhamdulillah.

You Might Also Like

0 ,185 komen

Follow Me On Facebook

Follow Me On Twitter

Popular Posts