Excessive Consumerism

4:21 PM

Masa group Idayu present dalam kelas pasal Excessive Consumption, dia ada tunjuk satu keratan video ni, tapi kat luar negara la.

Dalam video tu, ada ramai gila manusia yang berkerumun dalam mall, sebab nak beli barang yang diorang nak beli lah. Aku tak faham sangat video tu. Aku tak tahu kenapa diorang sampai terkejar-kejar lepastu berebut barang sampai gaduh-gaduh ni? Gaya macam tak pernah beli barang je?

Lepas kejadian dalam Malaysia yang pasal diorang jual murah barang iphone, tudung Fareedah, alat make up, baju branded, barulah aku faham kenapa.

Mak-mak, kakak-kakak, abang-abang sanggup ni datang berkerumun, bersesak-sesak, sebab nak dapatkan barang dengan harga yang murah. Sampai macam nak robohlah tempat tu. Aku tengok pun panas dan rasa tak selesa.

Syukurlah so far, aku jenis yang tak suka sangat dengan jualan murah yang diorang buat tu. Kecuali kalau skincare macam mask muka tu, aku pernah beli sebab nak cantikkan muka la katekooo. Hahahahaha πŸ˜†πŸ˜†πŸ˜†. Tapi masa aku beli, tak ramai pulak. Maybe sebab kurang promosi kot. Lepastu kat TBS pulak tu, takde masa orang nak fikir nak beli mask muka πŸ˜‚

Sebenarnya aku faham je orang-orang kita ni sanggup buat benda-benda macamtu sebab nak barang murah. Of course la siapa yang tak nak kan? Kegawatan ekonomi kita, rendahnya gaji mak pak kita, lepastu dengan seksanya kita nak tanggung kos kehidupan, aku tahu sangat la. Tapi jujurlah, aku setakat tahu je. Aku tak faham apa yang korang rasa sebab aku student dan aku masih dependent dengan parents aku dan duit kerajaan bagi.

Huhu tapi itulah. Kalau dah tak faham tu, kenapa aku sibuk-sibuk nak cakap pasal benda ni? Entahlah, saja je nak cakap.. Sebab aku macam baru first time nampak masalah ni depan mata aku. Not literally depan mata la.

Tapi aku pelik la. Sampai nak gaduh gaduh, sanggup tunggu dari pagi sampai malam. Ape bendaaaaa korang takde kerja keeeeee. Si penjual kalau dah nampak ketegangan macamni, diorang ada ambik tindakan apa-apa tak? Harap diorang tak senyap lah. Buatlah something, at least to calm the situationπŸ˜…

Make announcement, ask them to leave or whatever la yang mereka rasa suitable untuk calm the situation. Nak buat clearance sale pun kenalah tolerate sikit. Janganlah sampai bagi harapan kat orang lain tu huhu. Macamtulah

Anyway, I miss this class. Class Intensive Expository Writing dengan Sir Mazlan. Itu kali pertama aku (dan rasanya orang lain juga) merasa pembentangan yang macam Sir buat. Dia tanya soalan banyak, then kita kena banyak cakap dan ikut apa dia cakap dan kena jadi selfish. HahahaπŸ˜‚

Rasanya tu je kot nak cakap. Macam takde isi kan? 😝

Fara memang macamni. Okay bye semua!

You Might Also Like

0 ,185 komen

Follow Me On Facebook

Follow Me On Twitter

Popular Posts