Respect

8:28 PM

Hai. Tadi aku check Facebook dan terjumpa memori lama daripada status aku sebelum ni. Tulisannya seperti ini:

serve from your HEART <3
H = Humanity
E = Effeciancy
A = Appreciation
R = Respect
T = Trust 

Bila aku nampak perkataan HEART tu, tak lain dan tak bukan, mestilah aku teringatkan seseorang. Dan masa mandi tadi pun aku dah terfikir dah pasal huruf R tu. Respect. Aku lamaaaa sangat dalam bilik air tu sebab fikirkan satu hal yang inilah. Pasal Respect. Atau kita memanggilnya sebagai Hormat. 

Aku tak dapat tahan hati aku daripada jadi sebu. Sebab bila fikir pasal benda ni, automatik hati aku jadi sebu, diiringi pulak dengan overthinking yang tak sudah-sudah ni.. Astaghfirullah :(

Aku jujurlah. Sebenarnya aku tak tahu nak buat apa sekarang ni. Keadaan seolah-olah berubah. Berubah 180 darjah. Aku yang masih tak bersedia ni macam tak bergerak-gerak lagi dari tempat asal. Aku rasa sebab tulah kot aku rasa lain macam. Aku rasa macam aku tak patut ada kat sini. Aku rasa macam aku tak move on lagi. 

Aku cuba untuk meluahkan perasaan dan kekacauan aku dalam bentuk yang aku tak pernah buat. Respon dia hanya membiarkan (ignore) dan diam. Jadi aku pun diam. Aku mengharapkan sesuatu dari dia. Mungkin dari segi support atau sokongan atau kata-kata moral yang dia boleh bagi. Tapi penantian aku macam sia-sia.

Tak sangka sampai macamni sekali syok sendiri aku tu berfungsi. 

Benda ni take time jugak aku fikir. Aku rasa not a day goes by without thinking of this matter. Respect. 

Aku tahu dia lebih banyak tahu benda dan matang daripada aku. Dan aku rasa itulah sebab dia take charge semua benda. Everything is under his control. Aku just follow. Aku tak tahu aku ni peminat dia yang taksub atau tak. Tapi setiap kali dia buat keputusan, I'm very much obliged. No exceptions. Never in the world I could have control in our situation, even myself. I am so damned. :'(

Dia boleh dapat dalam sekelip mata apa yang dia nak. 

Aku tak boleh. Aku takde bakat untuk dapat apa yang aku nak. 

Therefore, I have come to conclusion, despite all the overthinking that have come across, I think I need to respect dia no matter what. Aku rasa aku kena hormat semua keputusan yang dia buat.


Sebab apa? 




Sebab dia lebih tahu. 



P/s: May you achieve success in your life, brother.

You Might Also Like

0 ,185 komen

Follow Me On Facebook

Follow Me On Twitter

Popular Posts