Abang GrabCar dan Farmasi

5:00 AM

Alhamdulillah pagi semalam Tuhan mempertemukan aku dengan seorang abang grab car yang sangat sangat sangat baik hati. 

Aku set location untuk pergi ke Klinik Kesihatan Batu 8, Gombak. Bila aku masuk je Exora dia, dia tanya, "Cik tak sihat ke?"

Aku pun jawab lah YA. Yelah, mestilah dia tanya. Sebab pertama adalah lokasi aku nak pergi ke klinik. Dan sebab kedua adalah disebabkan suara aku yang kedengaran sengau sikit waktu tu. 

Dalam perjalanan tu, dia banyaklah tanya soalan ke aku. Aku macam biasa la. No hal kalau ada orang nak berborak sekalipun. Aku pun boleh dikatakan mesra jugak dengan semua orang hahahahaha. Dan soalan yang dia tanya tu cliche, tapi aku tak kisah. Sebab kalau sunyi sangat kereta tu, aku jadi tak suka. πŸ˜…

Dan dia ada cakap ke aku, dia nak hantarkan aku sampai balik mahallah nanti. Dia kesiannnn tengok aku sakit. Jadi, dia offer diri dia untuk hantar ke klinik dan balik UIA semula. Bagai disorong bantal, aku terima jelah offer dia tu. 

Sesampainya aku ke klinik tu, aku pun pergi ke kaunter. Time nilah macam tak best sikit. Aku cakap lah kat kaunter, aku nak ubat Mix Potassium Citrate. Lepastu dia kata dia tak jual ubat kat sini. Melainkan aku kena buat lagi sekali ujian air kencing blablabla semua tu.

Disebabkan malas aku nak menunggu, aku pun tak jadi la nak beli ubat kat situ. Aku keluar dan aku cari abang grab car tu, tapi takde! Hahaha aku dah cuak sikit masatu. So aku macam ragu-ragu nak tunggu dia ke tak. Last-last, aku mesej abang grab car tadi, aku tanya dia kat mana. Lama sangat aku tunggu dia reply. Rupanya internet aku lambat. Jadah betulπŸ˜’. Dan sebenarnya, abang tu ada je kat luar klinik. Aku lah yang tak perasan, haihhh.

Lepastu, masuk je aku dalam grab car tu, aku minta maaf semua la. Dan aku tanya dia, "ada tak farmasi yang berdekatan dengan sini? Bawak saya ke farmasi yang paling dekat lahπŸ˜…"

Disebabkan dia familiar dengan kawasan Gombak ni, dia pun bawak lah aku ke satu farmasi ni. Dekat je dohh dengan McD dan kawasan LRT Gombak tu. Kalau tahu tadi, aku pergi farmasi tu je! Kahkahkah

Alhamdulillah, dapat jugaklah ubat yang aku nak tu. Dan abang grab car tu pun tunaikan janji dia, yang dia nak hantar aku sampai ke blok J. Total perjalanan aku rasa lebih rm20. Tapi aku semalam bayar rm20 je. Dia kata "takpee, cik tak sihat."

Aku macam perhhhhhhhhhhh. Weiiiii dah la aku tak tanda bintang untuk dia sebab nama dia tiba-tiba hilang dari phone aku. Dia boleh kata "takpelah cik, bukan rezeki saya"

Lepastu dia kabo lagi lepas aku rasa bersalah tu, "cik nanti rehatlah. Cik sakit kan"

Weiiii guyssssss kalau korang nak tahu, suara abang grab car ni lembutttt gilaaaaaaa. Sopaaaannnnnnn sangatttttt. Aku rasa kalah doh dengan suara diaaaaa. Serius tak tipuuu. 😭😭

Apa-apa pun, aku terima kasih dan minta maaf sangat ke abang tu. Rezeki lah dapat jumpa stranger yang baik hati macamtu. Ya Allah, semoga Allah memudahkan segala urusan dia dan mengurniakan rezeki yang melimpah ruah kepada dia. Aamiin. 

You Might Also Like

0 ,185 komen

Follow Me On Facebook

Follow Me On Twitter

Popular Posts