Kita ini pentingkan diri sendiri?

10:41 PM

Bila aku ada dalam kelas Reflection of Prophetic History tadi, aku rasa kita semua ni selfish sangat. Kita semua ni pentingkan diri sendiri. Sebab apa? 

Begini. Tajuk yang diberikan oleh Madam Asiah hari ni adalah berkaitan dengan khutbah terakhir Rasulullah. Khutbah terakhir Rasulullah ni, walaupun aku baca tadi secara kasar/umum, aku tengok macam dah lengkap sangat dah isi dia dengan aspek-aspek kehidupan hari ini. 

Ada pasal aspek sosial, ekonomi, ukhuwah, hak wanita, amalan berkaitan spiritual dan sebagainya. 

Itu aku baru baca umum. Cuba kalau aku baca secara mendalam, lagi terpegun aku dengan isi-isi dia nanti. Tu tak termasuk kalau kita implementasikan khutbah tersebut. Itulah Rasulullah. Setiap apa yang dilakukannya tak lain dan tak bukan, memang izin Allah juga. Sebabtulah dia ni seorang yang maksum. 

Jadi lepas habis je pembentangan daripada pelajar-pelajar yang dipilih dan sukarela, Sis Latifah angkat tangan dan bagi sedikit pandangan sekaligus membuat aku termenung dengan ayat-ayat dia.

Pertama, tentang westernization. Atau kita panggil "pembaratan"? Kahkah. Pelik je bunyi dia. Sis Latifah bercakap soal hak manusia, di mana melibatkan tentang isu yang agak kontroversi sekarang - isu transgender. Isu transgender ni bagi aku termasuklah dalam isu LGBT. Lesbian, Gay, Biseksual and Transgender. Mereka semua berada di bawah satu payung, in which bagi aku, sangatlah bertentangan dengan fitrah kebanyakan manusia. 

Aku tak tahu macam mana fitrah mereka yang songsang ni. Mereka ni ikut nafsu semata mata atau bagaimana? Aku takde lah sampai nak menghukum mereka yang begini, tapi, aku tertanya dan curious dengan banyak benda. Lagi satu, aku tak boleh nak menghakimi mereka sebab aku tak rasa apa yang mereka rasa. 

Kaitannya dengan westernization is that, orang orang barat yang menyokong LGBT ni, mereka digelar sebagai liberalist dan secularist. Terlalu 'bebas'. Seolah tiada kawalan. 

Macam yang Aiman Azlan tulis dalam blog dia, western culture ni ada baik dan ada buruk. Westernization nampak buruk di mata kita sebab kita selalu ambik contoh bad culture. Walhal sebenarnya ada je good culture dalam westernization tu. Jadi, kita digalakkan untuk ambil culture yang baik itu.

Point kedua dan ketiga aku tak ingat. Tapi point Sis Latifah yang keempat adalah berkenaan dengan brotherhood atau ukhuwah. 

Ukhuwah. Apa yang kita tahu pasal ukhuwah? Hubungan rapat? Bro fist. Cipika cipiki. Tepuk tampar sana sini. Say hye. Say bye. Macam motto Ikram tu, 'Ukhuwah Teras Kegemilangan' 🙊

Dia menekankan soal brotherhood dalam UIA sendiri. Memandangkan kita berada dalam universiti islam, kenapa kita tak mulakan di sini untuk praktis islam dan brotherhood itu sendiri? Sis Latifah ambil contoh tentang dia yang biasanya kalau mulakan memberi salam pada orang yang dia tak kenali, strangers tu akan buat muka dan kata, "Sis, are you greeting me?" 

Yes. Nampak simple dan cliche. But it is something to ponder. It reminds me of one of the hadiths, mentioning about greeting/salam. The manner of which should be greeting first and all. Maaf andai aku salah. Tapi betul lah kan. Kita cenderung untuk fikir, laaaa kita tak kenal, buat apa kita nak tegur atau bagi salam duluuuu. Macamtulah. Aku pun kadang-kadang macamtu. Sebab kita tak dibiasakan dengan benda benda yang elok macamnilah. 

Daripada salam ni mungkin kita boleh membesarkan lagi bulatan kita. Kenalan kita. Ada ikatan yang baru. Lama lama boleh la bercambah. Tak kenal maka tak cinta? Inilah kot relevan kepada apa yang Sis Latifah dok sebut tadi.

Untuk ayat aku yang kat atas sekali tu, kenapa aku cakap kita ni selfish sebab tak fikir pasal hal orang lain. Masalah-masalah yang timbul sekarang ni, adalah masalah ummat. Masalah society. Masalah masyarakat. Masalah negara. Kita nampak benda tu macam takde kaitan langsung pun dengan kita. Sebab tu kita jadi ignorant. 

Memang la yang jadi LGBT tu semua, diorang tak kacau kita. But let say, they did legalize the LGBT practice, at the same time, tanpa kita sedari, it would affect us too. Now you think. Sebab kita hidup dalam masyarakat yang majmuk tau. Jadi untuk memberi kepuasan dan kesamarataan kepada semua, sangat mustahil. They are our saudara too. LGBT ni bukan ada kat luar negara je. Malah ada dalam negara kita jugak! Unfortunately, we are ignorant and selfish. We only think about ourselves.

Brotherhood pun. Kalau kawan atau orang lain dalam masalah, kita ni kadang-kadang nak menolong. Kadang-kadang tak. Aku tak tuding jari pada siapa-siapa. Aku pun macamtu. Siapa makan cili, dia lah rasa pedas. Macamtulah. 

Kita ni bukanlah selalu dalam mode 'free' dan 'willing' nak bantu seseorang. Sebab kita fikir diri sendiri jugak. Maybe atas faktor kekangan masa, tenaga dan wang. Semuanya berbalik pada diri sendirilah. Tengok capabilities masing-masing. 

Jadi itulah sedikit sebanyak renungan aku pada perkongsian yang Sis Latifah share dalam kelas tadi. Again, kita ni selfish. Kita ni ignorant. Kita tak kisah pun dengan masalah ummat kat luar sana. Sebab kita rasa ada organisasi atau group lain yang sedang berkerah tenaga, masa dan wang untuk membantu improve keadaan masyarakat. 

Dalam hati aku, aku cakap, 

Cakap lah apa apa pun, whatever you say, whatever he say, whatever she say, semuanya berbalik pada diri sendiri. Tak perlu terlalu ambitious, nak amend law la, nak improve society la, nak buat itu ini untuk masyarakat la, no need to exaggerate. Everything starts from ourselves! 

Tapi the other side of me pun ada cakap, 

Macamana nak improve diri sendiri? Dan kalau kita sampai mati pun tak boleh dan tak dapat nak improve diri sendiri, macam mana dengan masyarakat nanti? Siapa nak bantu diorang? 

This makes you think, don't you?

You Might Also Like

0 ,185 komen

Follow Me On Facebook

Follow Me On Twitter

Popular Posts