Review: Displaced & Forgotten

5:15 PM


Aku beli buku Displaced & Forgotten ni waktu PBAKL haritu. Buku ni terbitan Iman Publication dan mempunyai ramai penulis,
Hnin Pwint Phyu
Mohammad Hasan al-Akraa
Amal el-Badri
Muhammad Faidal Abdullah
Siti Faatinah Suhartono
Ahmad Nabil Akhtar Arifin
Abu Sufian
Raudah Mohd Yunus
Md. Mahmudul Hasan


Baiklah. Jadi, buku ni mengumpulkan kisah-kisah refugees yang terpaksa melarikan diri daripada negara masing-masing sebab peperangan atau pergolakan yang berlaku di situ. Kebanyakannya atas faktor politik.

Cerita-cerita dalam buku ni banyak menyentuh hati aku. Setiap kali baca tu, mesti muka aku berkerut sebab memikirkan dan membayangkan situasi buruk yang berlaku pada mereka. Alhamdulillah, fokus aku tak mudah lari daripada pembacaan sebab bahasa dalam buku ni pun mudah difahami dan tidak terlalu naratif. Oh ya, buku ni ditulis dalam bahasa inggeris.

Kadang-kadang masa aku baca kisah pelarian ni, aku terfikir. Macamana diorang survive eh? Macamana ye perasaan kita kalau kita terpaksa berpisah dengan keluarga sendiri lepastu kita tak tahu apa terjadi pada mereka selepas bertahun-tahun lamanya?

Macamana agaknya perasaan kita waktu terpaksa dan terdesak untuk meninggalkan tanah air sendiri demi membina masa hadapan di negara orang? Dan kalau kita fikir kembali, walau kita dah selamat sampai di negara orang sekalipun, apa pandangan host society pada kita? Diorang boleh terima kita ke? Sebab masatu kita punya status adalah refugee.

Bila kita menjawat status refugee ni, bukan senang-senang orang nak terima kita. Dan di negara Malaysia ni pun refugees tak dibenarkan untuk bekerja. Jadi macamana?

Tapi aku yakin masih ramai lagi masyarakat host ni yang baik dan peramah serta sudi menerima refugees ni dalam kalangan mereka sendiri. Walaupun tidak semua.

Kisah-kisah yang diceritakan ni ada yang dari Syria, Palestin, Yaman, Myanmar dan sebagainya.

Aku selalu dihidangkan dengan kisah mereka yang terpaksa struggle lari dari negara sendiri lepastu stuck dengan emosi lepastu dah sampai negara orang, duit pulak tak cukup, tambahan, diorang tak dibenarkan bekerja. Ada pulak yang kena cerca, ejek dan dihina. Lepastu rezeki Tuhan itu ada di mana-mana kalau kita rajin berusaha dan jika kita bekerjasama membantu mereka. Appreciation must go to the NGO's yang banyak membantu and other people dari segi secara langsung ataupun tak.

Part paling interesting bagi aku dalam buku ni is poems yang ditulis. Sangatlah menyentuh jiwa aku. Simple, understandable, heart-soothing and many more. Aku teringin juga nak buat poems macamtu πŸ‘‰πŸ‘ˆ InshaAllah one day😊

But, section last dalam buku ni buat aku jadi mudah hilang fokus sikit. Mungkin sebab BI dia yang terlalu tinggi (maklumlah english aku tak hebat manaπŸ˜…) ataupun, sebenarnya aku faham tapi disebabkan aku jahil dalam isu yang disebutkan, maka aku lost sikit. Macamtulah. But overall, just nice. Mungkin masalah-masalah aku tadi overweighed the message yang nak disampaikan dalam section terakhir tu. Huhu.

Rasanya sampai sini saja review untuk Displaced & Forgotten ni. Sangatlah recommended untuk kita semua supaya kita tahu kehidupan seorang refugee dan at least, kita boleh bantu diorang dengan menghulurkan sumbangan (sikit pun takpe). Dari situ, boleh timbulkan rasa simpati dan empati dalam diri.

Selain itu, maybe kita boleh membantu NGO's yang memerlukan khidmat seseorang untuk menjadi guru pada anak-anak pelarian ni. Dan macam-macam lagilah.

Dan mendoakan kesejahteraan mereka dan negara mereka pun sangat-sangat digalakkan. Kita kan bersaudara? πŸ˜‰

P/s: Guys, doakan aku juga supaya urusan aku dipermudahkan untuk memohon pinjaman PPBU Bank Rakyat ni. Aku sampai nak menangis dah. Hahaha. Doakan! 😊

You Might Also Like

0 ,185 komen

Follow Me On Facebook

Follow Me On Twitter

Popular Posts