Fake and Reality

3:19 AM


Gambar sekadar hiasan hehew


Peace be upon you. Harapnya kalian yang membaca post ini sihat selalu dan diberikan limpah kurnia dan rahmat dari Allah yang Maha Esa.

Aku nak cakap sesuatu yang aku rasa make sense for me and for everyone. Sebab aku yakin semua orang pernah melaluinya. It goes like this. Mesti korang pernah cemburu atau iri hati sebab tengok kawan-kawan/kenalan kita jauh lebih bagus daripada kita, kan?

Kita rasa kawan-kawan kita banyak buat something bigger dalam hidup mereka. Ada yang beli kereta baharu, ada yang dah berkahwin, ada yang selalu turun padang bantu masyarakat, ada yang habiskan masa diorang dengan melukis dan macam-macam lagilah. Sedangkan kita? Kita tak buat apa-apa. Pernah rasa macamtu?

Aku dah lama terdetik nak buat post ni tapi stuck kejap sebab takde idea. Jadi lepas aku tonton video Jay Shetty yang Kak Afilia share tu, aku buatlah post ni. Video tu banyak membantu.

Daripada kita cemburu dengan kejayaan/kebahagiaan orang lain, why not kita celebrate je happiness diorang tu?

Aku nak semua orang set mind dalam diri masing-masing (ok, terpulang pada kau nak set mind ke tak) supaya kita tahu dan acknowledge bahawa dalam dunia ni takde siapa yang sempurna. Dalam dunia ni, kau pergilah mana-mana pun, tetap akan ada orang yang lebih kekuatannya berbanding kau. Kelebihannya mungkin dari segi kecantikan, kepandaian, kekayaan akhlak, kekayaan harta, penampilan dan sebagainya. Tak perlu terlalu cemburu. Celebrate diorang.

Mungkin kita boleh iri hati dengan kelebihan mereka BUT only if it would result to positivity. Kau nampak dia kaya, kau cemburu, then kau pun berusaha untuk jadi kaya jugak. Haaa macamtu. Bukannya cemburu buta sampai kau santau dia ke apa. That is one of the examples la. Pastikan lagi, niat kau mesti betul dan tulus. (Ini boleh masuk bab lain)

Aku rasa ramai antara kita yang tahu bahawa kita mesti menyayangi diri sendiri, love ourselves, embrace ourselves. Tuhan jadikan diri kita untuk kita jaga. Diri kita ni pun amanah dari Allah. Jaga sebaiknya. Jangan kau menzalimi tubuh badan dan akal fikiran yang Allah dah beri. Cintailah diri sendiri. Set your mind right.

Maksud aku kat sini, kau kena yakin pada diri kau sendiri. Kau kena fokus pada kelebihan yang kau ada. Cari potensi dalam diri kau. Cari kawan untuk bantu kau menyedari tentang kekuatan dan kelebihan yang kau ada. Sebab kadang-kadang diri kita pun tak perasan apa kelebihan kita.

Kalau kau fokus pada diri sendiri untuk berjaya, kau takkan fokus untuk kritik orang lain. Kau takkan tengok orang lain dah. Kau tengok diri kau sendiri je. Jangan salah faham. Tengok diri sendiri kat sini maksud aku adalah kau fokus pada diri kau sendiri.

Hargai dan kenal diri kau sendiri. Kalau kita pandai dan tahu menghargai dan mengenal diri sendiri, inshaAllah kita juga akan belajar untuk menghargai orang lain. Kita boleh nampak absolutely semuanya kebaikan.

Cari dan gali dari sekarang apa kelebihan kau. Jangan samakan kehidupan kau dengan orang lain sebab ini bukan pertandingan. Jangan samakan chapter kau dengan chapter orang lain. Jalan terus dan redah je okay.

Aku faham dan aku tahu musuh kita yang sebenar adalah diri sendiri. Minda kita. Tapi kau nak tahu satu fakta menarik tentang diri kau?

Takkan ada satu pun manusia yang sama atau sebiji macam kau! No one is you. You are you. Kelebihan dan kekurangan kau yang makes you are you. Ini mengingatkan aku pada quote Barbie yang pernah aku baca dulu. "There is a difference that only you can make"

Senyum guys. Love yourself. Now, give yourself a hug. Tepuk bahu sendiri and say, "I love you. You're great and pretty."

Hihi nak cakap benda lain pun boleh. Good luck!

Oh ya. Jangan pernah rasa tergugat dengan semua post kawan-kawan kau kat socmed. Walau bahagia mana pun kau tengok diorang, ingatlah yang diorang bukannya ada 24/7 wonderful life. Don't be intimidated by their happy posts. Even so, it doesn't mean they have 24/7 amazing life. Okay?

Don't take it personally and don't misunderstand me. Bukannya aku tak suka tengok korang happy hahaha 😅😅 I mean, post jelah apa-apa yang kau nak post. Cuma, aku harap kawan-kawan yang tengok post tu tak rasa tergugat. Rezeki masing-masing. Diorang pun ada life sendiri. Diorang pun nak kena fikir banyak benda. Diorang pun ada bad moment. Cuma diorang memilih untuk tak tunjuk je.

P/s: Bulan Zulhijjah dah masuk ni. 😊

You Might Also Like

0 ,185 komen

Follow Me On Facebook

Follow Me On Twitter

Popular Posts