Raya TS

8:24 AM

Hari Jumaat lepas, aku dapat mesej dari Anis. Dia ajak aku pergi beraya dengan geng TS (Tun Sardon) ke rumah Ustazah Khairumi dengan Ustaz Najah. Which is, on the same day, ada muktamar KPIJ jugak. Sebelum ni pun, ada la 2 3 orang mesej aku jugak, ajak ke muktamar tu. Tapi aku banyak tak reply. Ada yang aku reply, tapi dia pulak tak reply. Last-last, Abang Syi'ar yang call aku sendiri. Then, aku malas nak melapik lapik. Aku direct jela, cakap dengan dia yang aku taknak pergi muktamar. Habis cerita~

Tapi Anis ni lain. Mula-mula aku cakap aku nak pergi. Yelah, dah lama tak jumpa kawan sekolah menengah kan. So aku setuju, tapi, aku takde transport. Inilah masalah aku. Bila aku tahu aku takde je transport, aku akan start untuk hesitate nak pergi atau tak. Lepastu, Anis pun kata, transport ada, aku kena naik dengan Nazmi la. Bila Anis sebut je nama Nazmi, aku jadi awkward la tiba-tiba. Dulu aku gaduh teruk kot dengan dia😂

Aku pun berbalah la dengan Anis ni yang aku taknak pergi beraya sebab aku malas dan blablabla. Bila aku dah cakap gitu, Anis tak mengaku kalah, dia masih kuat lagi pujuk akuuu. Tak cukup dengan pujuk, dia provok aku kawkaw punya. Kurang ajar punya Anis😂. In the end, dengan rasa berat hati, aku pun setuju.

So, aku cakap la kat Anis yang aku nak naik kereta Ain instead of Nazmi. Lepastu, Anis diam. Lamaaaaa nak tunggu dia reply. Pukul 12 malam macamtu, baru dia balas. Dia kata, "Okay lah Fara. Nanti besok kitorang semua ambik kau sama-sama eh. Nak amik kat rumah kan?"

Nampak tak ayat Anis tu? Aku percaya jela. Rupanya dia bohong. Kahkahkah! Anis ni😂. Besoknya, diorang tak jemput aku kat rumah pun. Yang jemput aku tu semua budak lelaki. Kau bayangkanlah. Aku sorang perempuan. Ade 3 orang lelaki. Takut tu takut lah jugak. Tapi redah jela naik. Diorang masih kawan-kawan aku lagi kan. Dalam hati ni dah sumpah seranah si Anis tu😌

Dalam pukul 3 lebih macamtu, kitorang sampai rumah Ustazah Khairumi. Aku dah agak dah Ustazah mesti tak kenal aku punya. Tapi takpelah. Dia cuma ingat aku ni, "Saya ingat budak ni. Dulu baik, rajin siapkan kerja rumah." Kahkahkah. Aku diam jela. Bangga dalam hati. Taknak lah menunjuk sangat😜.

With Ustazah Khairumi

Next, kitorang singgah surau kejap, nak solat Asar. Lepas solat asar, terus pergi ke rumah Ustaz Najah. Ustaz mestilah kenal aku. Dari dulu sampai sekarang dok panggil aku Nobita. Tapi panggilan manja, Ustaz panggil 'B'. Hahaha😂. Iyekan jelah. Macam-macam yang kitorang bualkan. Tapi aku tak berapa ingat😅

Masa nak balik tu, dapat la duit raya sikit dari Ustaz & isteri😌

With Ustaz Najah and Ustazah Sazilawati


Lepastu, balik~~

Yang ikut trip raya ni Ain, Syahidah Aziz, Anis, Lela, Abhar, Nazmi and Kamal.

Ain macam dulu, last aku jumpa tu. Dia masih kurang bercakap dan agak pendiam berbanding masa sekolah dulu. Penampilan pun tampak lebih ayu gitu.

Syahidah Aziz ni satu UIA dengan aku. So, dia pun macam biasa. Banyak cakap bila dia tahu cerita tu saja. Dan dah pandai pakai shawl tau.

Anis ni tak yah cakap la. Dari dulu memang rapat dengan dia ni. Sampai melekat kat KPIJ tu. Anis masih mengada ngada. Kahkahkah. Dia dari dulu orang kata lawa, padahal aku tengok dia biasa-biasa je. Hahahaha wekk.

Lela. Perangai dia yang buat aku gelak tu tak berubah. Sentiasa. Ada saja benda yang dia buat yang buat aku gelak. Sebab dia suka mengusik orang tau. Usikan dia tu menghiburkan aku betul.

Abhar ni masih macam dulu. Suka merendah diri yang excessive. Suka cakap diri dia bodoh dan orang lain pandai. Banyak bercakap dan suka kenakan aku. Sepanjang perjalanan dok potpet potpet sampailah kita balik. Mulut dia sajeee.

Nazmi. Ini manusia yang aku kena hati-hati sikit. Dulu kitorang rapat. Dia selalu mengusik aku. Tibalah satu masa kita gaduh teruk sampai aku menangis teruk depan Ustaz. Kahkah. Kenangan betul. Itu yang aku macam awkward bila dia try nak cakap dengan aku masa dalam kereta tu. Tapi aku lupakan kenangan lama dan redah je bual dengan dia. Yelah, masing-masing dah besar. Takkan nak gaduh sampai mati betul tak?

Lastly, Kamal. Fizikal Kamal berubah. I mean, his muscle. Dulu dia kecikkkk je. Sekarang dah besar (in terms of muscle) dan ketinggian dia masih sama. Dia masih rendah! Aku nampak perubahan Kamal yang semakin dekat dengan agama. I can see it. Even though dia tak tunjuk dalam bentuk pakaian, tapi bila dengar dia cakap tu kita tahu la. Dia pun masih belajar lagi tu. Keep it up Kamal.

Dan yeahhh. Banyak dah berubah. Tapi perasaan tu tetap sama. Tapi ada je yang masih tak berubah. Tak perlu kot nak cerita sini. Nanti jadi panjang pula😜. Aku dah la letih nak menaip.

Balik raya je aku terus tidur la. Penat gilaaaa. Sampai sini je aku nak taip ok. Bye, selamat malam! 😊😎



You Might Also Like

0 ,185 komen

Follow Me On Facebook

Follow Me On Twitter

Popular Posts