Openhouse

12:55 AM


Haritu ada orang tanya aku,
"Lepasni ada raya mana-mana lagi tak?"

Lepastu aku jawablah,
"Takde. Dah malas dah nak raya-raya ni. Syawal dah nak habis pun."

Little did I know yang malam tadi ada lagi openhouse yang aku kena hadiri. Ecewahh!πŸ˜‚

Okay. Malam tadi Pak Long or as known as Pak Kamal jemput family dengan satu kampung datang rumah terbuka dia. For your information, Pak Long ni orang kuat kat kampung tu. Pengaruh besar. Kira macam, semua orang menyegani dia lah.

Mula-mula aku macam hesitate nak datang sebab aku kan pemalas. Tapi, bila fikir balik yang aku akan lapar waktu malam, so aku join je open house tu.

Dan yessss. Malam tu banyak makanan yang aku suka. Tapi itulah, sebelum datang tu pun, aku dah melantak roti jugak. Sebenarnya kenyang gila babi. Tapi sebab nampak ada ketupat dan lauk pauk raya, aku terkam jelah juadah kat situ. Gila kalau aku tak makan weiii.

So, aku makan ketupat 3 biji, campur kari ayam, dan kuah kacang dengan air kelapa. Itulah dinner aku. Alhamdulillah. Aku takkan berlapar. Hahahaha.. πŸ˜πŸ˜‚

Won't miss a shot 


Among the guests


Dan macam biasa, kat mana-mana majlis rumah terbuka, mesti ada budak-budak kecik. Ada baby lagi best! πŸ˜‰

Semua comel-comel kottt. Diorang ni tahu main je. Takde masalah langsung. Dunia ni macam diorang yang punya. Huhu. Untunglah kanak-kanak. Live your life to the fullest la adik-adikk sementara jadi kanak-kanak bawah umur ni. Nanti dah besar, dah baligh, korang kena fikir banyak benda😊

Aku suka tengok budak-budak ni main. Rasa tenang je. Sedikit sebanyak kita boleh lupakan seketika masalah kita waktu tu. Aku amik gambar diorang, rakam diorang supaya aku dapat tengok balik kerenah si cilik tu semua. Dan aku akan senyum. Rasa gembira dan terhibur sekejap. Hehehe..

Jadi, malam tadi, ada anak jiran ni datang masuk rumah, dah pandai jalan, perut buncit (😜), gebu dan seksi (πŸ˜‚). Aku tegurlah nama dia siapa tapi dia tak jawab. Malu barangkali. Bila aku hulur tangan suruh salam, dia dengan relanya salam tangan aku. Aku suka budak macamni. Peramah dan jenis melayan orang!

Next, Kak Farah baru melahirkan sorang anak perempuan dia. Namanya Raisya. Baby lagi tu. So aku dukung lah dia. Hahahaha gebu la baby semua ni. Geram betul aku! Masa aku dukung dia tu, ada lah feeling mak-mak sikit. Lepastu aku tepis cepat-cepat perasaan tu. Haha bangang betul. Nasib baik semalam aku pakai tudung yang berjahit, takde pin atau kerongsang ni semua. So siapa-siapa yang aku dukung akan selamat dengan aku. Ecewahh 😌

Banyak lagilah budak-budak yang aku jumpa. Ada Mia, Chacha, Ika. Budak lelaki yang kecik tu semua ada. Iqbal, Haziq, Rais, Hadif. Budak perempuan semua dok sopan jelah main benda-benda yang biasa kita main. Nyanyi lagu la apa la. Bingit jugak semalam dapur Mak Long dengan suara diorang ajeeee. Lelaki pulak, main frisbeeπŸ˜‚. Diorang guna pinggan polisterin dan lekatkan dua pinggan tu guna cellophane tape 😏

Ada-ada je diorang ni. Diorang tak tahu ke yang kat luar tu sebenarnya pinggan tak cukup. Haihhh budak budak betul laaa πŸ˜‚ Oh guys, you really have fun, don't you? πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚

Lama jugak aku kat open house tu. Ada masa lapang, scroll la kejap facebook, twitter atau instagram. Aku nak baca buku memang tak mungkin lah kan. Dengan suasana yang bising tu. Tambahan pulak, aku ni pelupa, aku gi bawak buku yang aku dah baca, memang bosan ah kalau nak habiskan balik. So aku batalkan niat nak baca. Jadi, aku berbual la sikit-sikit dengan sedara mara aku. Biasa ah, ada je benda deme nak sakat. Aku layan jela. Kahkah.

Buku ni aku sempat habiskan semalam sementara tunggu open house start

Bila dah pukul berapa entah, pukul 10 lebih gitu, kitorang balik la. Dalam perjalanan tu aku banyak diam sebab penat. Lagi satu sebab bau kereta Naza ni aku kurang gemar sikit. Buat aku lagi pening.

Tapi entah kenapa masa dalam kereta tu, tiba-tiba umi dengan ayah bukak topik pasal pakwe makwe ni. Mula-mula cerita pasal benda lain, tetiba je umi ayah cerita pasal benda alah tu, aku dengar jelah. Banyak juga rahsia yang aku tak tahu. So malam tadi dah terbongkar. Hahahahaha aiyooookkkk.

Lepastu ayah tanya aku satu soalan tu, emmm aku malas nak cakap direct. Menyesal sebenarnya sebab dah bongkar awal-awal masa sem 1 dulu kat umi ayah. Tak guna kau tahu tak. Aku ni pun. Since aku ada bakat nak mengubah topik, aku pun ubah jelah topik, sakit kepala sebenarnya nak fikir jawapan yang aku sendiri tak tahu ni.

Dan perbualan pun diteruskan sampai lah tiba ke rumah..

Masuk rumah terus baring kat ruang tamu. Ahhhhhhh. Mengantuk dan penat weiii

P/s: Aku baru tahu semalam Izat Fauzi dah meninggal dunia. Adik dia dulu crush aku. Sebenarnya macam tak sangka. Iyelah, dia muda lagi kan. Mati itu memang pasti la weii. Aku terkejut jugak sebenarnya. Sebab senior yang aku kenal kat sekolah menengah dulu dah meninggalkan dunia ni. Rasa lain sikit ah. Alfatihah untuk Izat Fauzi.

Pagi ni pun dapat berita yang salah satu ahli Linkin Park dah meninggal dunia. Aku memang tak kenal dia langsung. Tapi sebab twitter kecoh dengan nama dia, aku tetiba jadi tahu la. Rest in peace Chester Bennington.

You Might Also Like

0 ,185 komen

Follow Me On Facebook

Follow Me On Twitter

Popular Posts