Bulan

7:28 PM



Dulu aku tak suka kalau ada orang samakan aku dengan bulan. Tak kisah la dia nak merujuk yang aku ni ibarat bulan, atau dia panggil aku bulan, atau apa-apa sahajalah.

Sebab aku pandang maksud bulan tu secara literal. Aku tak suka disamakan dengan bulan sebab bulan sebenarnya buruk. Kalau kau pergi dekat-dekat pada permukaannya, bulan sebenarnya tak cantik. Berkedut-kedut.

Kalau ada orang cakap aku lawa/cantik macam bulan, aku tak percaya. Sebab aku lagi lawa, dan lagi cantik daripada bulan. Tapi aku tak nafikan bulan ni lawa sangat kalau tengok dari jauh. But still, bulan sangat hodoh.

Sampailah harini.

Aku sedar bahawa maksud untuk semua perkara ada tersurat dan tersiratnya. Ciptaan Tuhan semua bersebab dan bermanfaat. Takde yang sia-sia.

Bulan secara literal sangat buruk. Tapi kalau aku amati betul-betul, bulan lah yang menerangi kehidupan manusia waktu malam. Atau kata lain, moon is the one who lighten you in your darkest hour.

Tanpa bulan waktu malam, malam kau jadi suram dan gelap. Tak lengkap malam tanpa bulan. Dan bintang. Aku tak menafikan peranan matahari waktu ini. Sebab tu aku kata tadi, semua ciptaan Tuhan bersebab dan ada hikmah.

Ketepikan soal hodoh. Kita fokus pada peranan bulan itu. Walaupun dia buruk, tapi manfaat dia pada waktu malam sangat kita perlukan dan hargainya.

Boleh tak kalau aku cakap, konklusi untuk post ni adalah, bulan ialah pelengkap waktu malam? Tanpa bulan, malam kita menjadi suram dan gelap. Tiada cahaya kelihatan membuatkan kita kehilangan arah dan panduan. Macamtulah.

Dan bulan itu hadirnya cuma sekejap sahaja. Hargailah kehadiran bulan sementara bulan masih ada. Kalau bulan itu pernah buat kita bahagia, meski sekejap cuma, adakah kita masih ingin menatap bulan seperti waktu-waktu malam yang lain? Kita nak kan?

Carilah dia. Carilah bulan yang kau dambakan. Dia selalu ada. Pandanglah ke atas selalu agar kau boleh berjumpa dengan dia setiap malam. Hanya kau dan bulan...




You Might Also Like

0 ,185 komen

Follow Me On Facebook

Follow Me On Twitter

Popular Posts