Retreat Gen13

10:26 AM

4 April 2017 - Tuesday - 1.21 am 



Alhamdulillah, retreat Gen13 berjaya dijalankan, walaupun tadi ada masalah sedikit berkaitan dengan pengangkutan dan kewangan. Tapi syukurlah semuanya berjalan dengan lancar dan jayanya. Setelah penat bertekak dan bergaduh dalam group Whatsapp dua minggu yang lepas, akhirnya kami memutuskan untuk melakukan retreat di beberapa kawasan sekitar Selangor. Maknanya kami akan ber’jaulah’ sepanjang hari tu.

Oh, apa yang menarik bagi aku adalah di mana aku dan kawan-kawan Hewi yang lain menaiki satu kereta yang sama, iaitu Naza. Dan pemandunya ialah aku. Ya, Fara John ni yang memandu. Kau tak percaya? Kawan-kawan rijal pula ada yang naik kereta Abang Halmie dan ada yang naik kereta sewa sendiri. Macam biasa, watak Batman tak pernah terlepas daripada cerita tentang Gen13 ni, tapi Abang Batman tak ikut waktu ni sebab sedang menyiapkan beberapa persiapan untuk majlis pertunangan yang bakal berlangsung tak lama lagi. Akhirnya, kami bakal dapat kakak ipar!

Gathering Gen13 kalini lain macam sikit. Setiap orang yang hadir perlu membawa hadiah masing-masing untuk dibahagikan kepada kawan-kawan yang hadir. Jadi masa Iman, Sabihah, Maryam, Aini, Acid, SI, Syahirah, dan Najah masuk dalam Naza tu, aku dah nampak dah setiap orang bawak beg masing-masing. Aku tahu kandungan dalam beg diorang tu selain barang make-up dan powerbank, ada juga hadiah yang diorang dah siapkan untuk pembahagian hadiah di akhir sesi retreat kami kalini.

Sesudah sahaja kami tiba di Taman KLCC tu, aku melihat rijal-rijal lain sedang sabar menunggu di bawah pohon besar sambil membaca buku haraki dan fiksyen yang baru mereka beli di Pesta Buku Selangor baru-baru ni. Ada juga yang sedang tekun memerhati skrin telefon pintar dan komputer riba sambil memakai headphone. Di sini juga aku perhati rijal-rijal tu semua bawa sekali Tote Bag warna biru dan oren yang mereka dapat semasa Muktamar PKPIM Pusat setahun dan dua tahun yang lalu. Punyalah semangat Jemaah tu.

“Assalamualaikum semua! Maaf lambat.” Sapa Iman dengan suara yang riang.

Kemudian, agenda kami pun bermula. Kami duduk dalam bulatan dan acah-acah seperti usrah lagaknya. Hakimi yang dah selalu jadi MC pun tanpa segan silu memulakan majlis acah-acah gaya Gen13. Macam biasa, sesi ta’aruf dijalankan tapi sekejap sahaja! Semua tak minat nak sesi ta’aruf lama-lama sebab nanti drag masa lambat sangat.

Usai sahaja sesi ta’aruf tu, entah cadangan siapa yang membuat kami terpujuk untuk main permainan yang menguji minda. Contohnya, Chess, Scrabble, Boggle, Sudoku, Dam Saidina, Uno Card, Sahibba dan Cube. Disebabkan aku suka main dengan perkataan, dah tentulah aku pilih untuk main Sahibba!

Suasana di tempat Chess, Cube, Sudoku, dan Boggle senyap manakala game Scrabble, Dam Saidina, Uno dan Sahibba menjadi tempat yang bising! Ya, aku salah seorang yang menyumbang kepada kebisingan tersebut. Oh ya, macamana kami boleh dapat set permainan ni? Jawapannya seniors kami yang baik hati yang tolong sumbangkan!

Kak Mar bagi kami dua kotak Uno game dan Boggle tu. Abang Omar bagi satu set permainan Chess. Abang Rauf pula bagi Dam Saidina dan Sudoku. Tudiaaa, Abang Rauf sanggup datang dari UIA Kuantan semata-mata nak bagi kami set permainan. Kau rasa? Yang selebihnya kami yang sumbang sendiri. Kahkahkah.

Sesi permainan kalini, selain dapat mengasah semula minda yang dah tumpul, kami juga dapat merasai kembali saat-saat manis dan kecewa sewaktu bekerja di bawah nama ‘tanggungjawab terpaksa’ dulu. Haha sadis! Dengan suasana bisingnya, dengan menyakatnya, dengan mentertawakannya dan macam-macam lagi. Ah, aku malas nak jiwang dengan manusia-manusia ni. Nanti meleleh!

Sebab ramai sangat yang dah bosan dengan game-game kuno ni, tiba-tiba Aini bersuara, “Guys, jom bowling!”

“JOMMMM!” Serentak itu aku dan yang lain membalas kecuali Najah dengan Ariff. Najah ni pemalu sikit nak menjerit, maklumlah gadis melayu Kedah terakhir. Ariff ni pulak fikiran dia matang sikit kononnya. Dia tak minat menjerit melainkan kalau perlu. Contohnya, waktu demo. Kahkahkah!

Maka dari pukul 10.30 pagi sampai 12.30 tengahari tu kami hanya main bowling sahaja. Penatnya masyaAllah hanya Tuhan yang tahu. Kau patut tengok gaya Faiz buat gaya balingan bola tadi, berlagak expert nak mampus. Aku tak boleh lupa saat di mana Syahirah nak buat balingan pertama, bola bowlingnya terpelanting ke belakang! Acid yang pendiam tu tak aku sangka, 4 kali strike! SI pun boleh tahan hebat juga, banyak spare. Aku? Tak payah tahu lah. Aku juara longkang.

Tapi masa kami tengah syok main bowling tu, tiba-tiba Aiman Tajul dan Aiman Hakim datang. Aiman lambat sebab ada kelas dan terpaksa mengharungi jammed di luar pagar UIA dek kerana sumpah Barrier Gate yang baru diimplementasikan di kampus Ilmu dan Budi tu. Terpaksalah dua Aiman tu tercongok tengok gelagat kami main bowling sambil gelak-gelakkan kami. Paling teruk kena bahan, aku lah. Sebab banyak sangat masuk longkang. Hek eleh.

Usai sahaja main bowling, kami pun ke food court untuk makan tengah hari. Macam biasa, waktu lunch ni memang penuh dengan manusia-manusia kaya, budak-budak hipster, students yang acah kaya, dan pelajar-pelajar potato macam kami. Sesak gila! Tapi kami gagah juga cari tempat duduk dan menikmati makanan lunch yang mahal nak mampus tu.  Kalau SS2 tu takpelah jugak kan harga dia sebab kuantiti dia banyak gila kan.

Pukul 2.30 macamtu lepas kami makan, kami pun keluar dari KLCC dan menuju ke Masjid As Syakirin sebab kami tahu KLCC punya toilet dan surau tak menyediakan perkhidmatan yang selesa. Jadi kami yang bercita-cita nak kurus ni pun sanggup berjalan kaki untuk menuju ke Masjid tu.  Jauh. Penat. Terasa terbakar perut ni. Ya, kalori terbakar agaknya.

Waktu di masjid ni serasa aku waktu kemuncaknya kot. Lepas dah selesai solat Zohor, aku dan rakan-rakan Hewi yang lain pun turun untuk berkumpul di ruangan tingkat bawah bersama-sama dengan rijal untuk sesi pembahagian hadiah. Tapi semasa kami turun tu, aku macam tak percaya dengan apa yang aku nampak masatu. Aku fikir aku bermimpi tapi lepas dengar Maryam separa menjerit, aku jadi terkedu sekejap, “Eh, ada Madihahhhhh!”

Ada Madihah, dengan baju jersey Muslimahnya yang berwarna Hijau, bertudung hitam dan berseluar jeans. Madihah tersenyum dan menyapa kami semua. Rijal yang baru tiba pun terkejut dengan kedatangan yang tak disangka tu. Mulalah sesi memeluk, mencium dan meraung antara Hewi di situ. Hahaha! Bagaimana Madihah boleh tahu tentang retreat ni pun aku tak pasti. Tapi kami semua senang melihatnya di situ. Antara penyumbang Geng Pelingkup Dunia kot.

Setelah suasana kembali tenang dan aman, Moko ajak kami untuk duduk dalam bulatan seperti pagi tadi, “Guys, jom kita bagi hadiah.”

Masing-masing keluarkan hadiah. Aku dah berdebar-debar je dari pagi tadi sebab nak bagi hadiah ni. Aiman-Aiman yang datang lambat tu pun bawak hadiah. Tak ketinggaalan, Madihah keluarkan satu kotak hadiah kecil daripada beg sandangnya. Dia pun bawak hadiah weiiii. Dalam banyak-banyak hadiah, Madihah punya seorang sahaja yang berbalut. Kami punya hadiah semua haram pemalas nak membalut. Tak mengapa, perangai antara member memang macamni.

Biar aku listkan hadiah dan orang yang membawanya:

Aqill – Tudung dan jam tangan rodos.co
Faiz – Headphone jenama beats
Moko – DVD original movie Beauty and The Beast
Aiman Tajul – MP3 jenama baru keluaran Asus (jangan google image, tak wujud kot)
Aiman Hakim – Selfie stick
Ariff Azhan – Buku Dasawarsa 5 PKPIM
Hakimi – Buku Merantau Ke Deli karya Hamka
SI – Gambar pemandangan di Padang yang dia cuci dan jadikan frame
Syahirah – Satu batang bunga ros kuning tanda persahabatan
Najah – Buku Pandangan Orientalis Barat Tentang Islam karya H. Achmad Zuhdi DH
Aini – Voucher Diskaun 70% untuk Sushi King
Iman – Novel Tentang Kamu karya Tere Liye
Maryam – Button dan Tote Bag terbaik dari ladang
Acid – Bola futsal dan replika archery
Sabihah – Novel Harry Potter siri 1 sampai siri anak Harry Potter
Madihah – unknown
Aku - dirahsiakan


Kau tengok la, ramai antara mereka yang kaki buku ni. Sampai nak bagi hadiah buku ni. Apa yang aku perasan, setiap orang bagi hadiah mereka berdasarkan apa yang mereka minat. So it’s good and interesting! 

Cerita tak habis lagi :')

Lepas dah habis sesi pembahagian hadiah tu, ada sedikit perbincangan dan munaqashah antara kami. Tak perlu rasanya aku nyatakan dengan details mengenai apa, tapi yang pasti, semua buat muka serius. 

Aku yang tak suka berbincang serius ni pun tiba-tiba jadi serius sebab perkara yang dibincangkan tu sangat crucial dan important untuk masa hadapan. Alhamdulillah semua dah matang dan tekun je mendengar. Kami bentangkan masalah, kemukan cadangan dan option dan akhirnya come up with solution. Not easy and not in a short time. But still, we made it yeayyy! 

Lepas dah solat Asar berjemaah di masjid tu, kami pun pulang. Aku  hantar Iman pulang ke CFS dan menghantar Cik Ah dan SI ke TBS untuk pulang ke UIA Gambang. Kemudian, aku dan yang selebihnya pulang ke UIA Gombak. Nasib baik tak jammed sangat. Mungkin sebab dah takde siapa nak masuk kampus kita tu agaknya. 

Alhamdulillah, another day has passed. Another sweet memories kembali design one of my chapters in the book of me. Hope for it to come soon again. 



Yang benar,
Kawan comel awak.


Disclaimer, cerita ini hanyalah rekaan semata-mata.


You Might Also Like

0 ,185 komen

Follow Me On Facebook

Follow Me On Twitter

Popular Posts