Bisnes.

9:27 AM

"Assalamualaikum. Boleh saya masuk?" Kelihatan seorang lelaki muda yang mempunyai paras wajah yang kacak memberi salam di depan pintu pejabat kami yang terletak di Kulai, Johor itu. Rupa kacaknya menjadi-jadi kerana kacukan daripada ibunya yang berasal dari Kanada negara milik Perdana Menteri muda itu. Kali pertama aku melihat muka dia hari itu, aku terkejut bukan kepalang. Itu Matthew! Apa dia buat di sini? 

Tina yang duduk paling hampir dengan pintu itu menyapa Matthew dengan muka manis sambil tersenyum. Aku suka dengan perwatakan Tina yang mesra dengan sesiapa sahaja. Kerana itulah Tina dilantik untuk menjadi setiausaha di pejabat ini supaya urusan dengan mana-mana pelanggan atau klien menjadi lebih 'licin' dan harmoni. Firdaus, Yuni, Madee, dan Khairil kelihatannya dari tadi tidak berhenti melihat dan memerhati si Matthew, lelaki yang pernah ada konflik dengan keluarga aku.

"Waalaikumussalam, Encik. Boleh saya tahu Encik ada buat appoinment atau tidak?"

Tanpa sempat Matthew menjawab soalan Tina, aku sudah memotong dulu. "It's okay Tina. I'll take it here. You and the rest can continue your work. There's is something I need to discuss with him."

Satu nafas aku tuturkan ayat tu. Matthew tersenyum kambing, kemudian aku menjemput dia untuk masuk ke dalam pejabat yang memang dikhaskan untuk berurusan dengan mana-mana pihak yang ingin berurusan dengan persatuan kami di pejabat. Persatuan kami sudah lama ditubuhkan. Cuma kali ini persatuan ini ditiupkan dengan nafas baharu. Beberapa sistem, urusan dan gerak kerja juga diperbaharui agar menjadi lebih sistematik dan memudahkan. 

Aku terus jemput Matthew duduk atas kerusi yang empuk itu dan aku duduk bertentangan dengan dia kemudian melihat ke dalam matanya, tajam. Apa lagi budak ni mahukan? 

"Straight to the point. Explain yourselves, Matthew." Kedengaran seakan kurang beradab tapi aku cuba untuk tetap tersenyum sambil bersuara sinis. 

"Aku datang sini sebab sengaja nak tengok kau. Lama tak jumpa. Sejak kejadian dulu tu."

Terus berubah muka aku. Rasa marah dan dendam bertandang kembali tanpa aku pinta. Aku teringat waktu dulu di mana kami sangat rapat kerana Matthew sangat pandai membuat bisnes. Kaitannya Matthew dengan keluargaku adalah disebabkan dia yang selalu berurusan dengan ibu bapa aku untuk sama-sama membangunkan satu perusahaan. 

Tapi tidak kami sangka. Beberapa bulan selepas itu, kami dapat tahu yang Matthew menipu. Duit sudah banyak ibu dan bapa aku laburkan tapi rupanya untuk memuaskan nafsu serakah Matthew waktu itu. Matthew memang pandai berbisnes tapi dia tiada adab dan etika! Ibu dan ayah aku terpaksa menanggung kerugian yang besar sampai terpaksa mengurangkan bajet dan kos untuk belanja kami anak beranak. Sungguh kejam Matthew membuat keluarga kami merana. Kejam. 

Lebih memalukan tapi menyedihkan adalah apabila ibu bapa Matthew datang meminta maaf bagi pihak anaknya. Aku rasa marah sangat sebab Matthew dah menyusahkan dan memalukan ibu bapanya. Matthew waktu itu tidak kami tahu keberadaannya tapi dia sengaja melarikan diri daripada bertembung dengan kami sekeluarga dan keluarga dia juga. 

Lamunan aku terhenti sebaik sahaja ada orang mengetuk pintu bilik itu. Madee. Setelah aku memberi keizinan untuk masuk, aku lihat Madee membawa air minuman dan beberapa potong kek batik yang sempat aku buat malam tadi di rumah. Kemudian, Madee pun keluar.

Bicara aku dengan Matthew belum selesai. 

"Matthew nak apa sekarang ni? Direct je cakap. Aku dengar. Kalau ada apa-apa hal, inshaAllah aku boleh tolong. Tapi kalau setakat nak jumpa aku, baik tak payah. Aku tak suka kau because of the hell you had caused a long time ago. You should pay for that. Not your parents."

"Bukan. Aku ingat nak JV dengan persatuan kau sebab aku dengar nama persatuan kau dah mencanak naik seluruh Johor. Aktiviti dan program yang persatuan kau dah buat betul-betul menarik perhatian aku. Dan aku dengar ekonomi persatuan kau pun boleh tahan hebat. Persatuan ni dulu lemah dan tak sistematik kan? Amboii sejak ketua kau ambil alih persatuan ni, makin menjadi-jadi kehebatan korang. Aku terpegun dan jujur aku cakap, aku tiada apa-apa niat yang tak baik macam sebelum ni. Aku betul-betul nak JV dengan korang dalam satu event yang aku akan manage nanti. Di Caterina Hotel, Batu Pahat. Aku harap kau boleh pertimbangkan."

Pelik dan mengada ngada, getus hati kecilku. Dah lah tak buat appoinment, tiba-tiba sahaja datang ke pejabat tanpa beritahu dan terus minta JV dengan persatuan aku. Dia ingat ni persatuan milik dia ke?

Dengan tenang aku balas, "Matthew, terima kasih sebab percaya untuk buat JV dengan kami. Tapi, aku kena beritahu ketua aku dulu untuk hal ni. Aku bukan in charge kalau dalam urusan macamni. Kau boleh tinggalkan maklumat kau di sini dan sediakan dokumen yang berkaitan. Kau datang sini dengan tangan kosong tanpa sebarang appointment dan fail-fail atau dokumen yang sah, makin tipis lah kepercayaan aku pada kau."

Sesaat lepas itu, Matthew gelakkan aku. "Fara Fara. Tak pernah berubah dari dulu. Cakap gaya kurang ajar. Kau tu perempuan. Sopan sikit cara cakap tu. Janganlah emo-emo. Baiklah, nanti aku sediakan apa-apa yang perlu. Ni kad aku." Matthew meletakkan kad peribadinya di atas meja.

Sebab aku tak nak mengalah, aku pun balas, "Dah tu, perempuan je kena sopan? Lelaki kena jadi kurang ajar sampai bawa lari duit orang? Tak mengapalah Matthew. Minumlah air ni dulu, dan rasa sikit kek batik aku buat ni. Ada racun. Silakan."

Matthew ketawa lagi tapi kalini tidak sekuat tadi. Bengang agaknya bila aku bidas kata-katanya sebentar tadi. Dia mencapai cawan dan kek batik sekaligus dan menikmatinya sambil mata aku tak lepas memandangnya. Usai menyudahkan kunyahan dan sisipan terakhir air teh strawberi itu, Matthew bingkas bangun dan mengucapkan terima kasih pada aku dan menghulurkan sekeping surat kepada aku. 

"Apa ni?" Tanya aku sebaik sahaja dia menghulurkan surat itu.

"Surat minta maaf. Aku tak pandai berkata-kata tapi kau jangan lupa, aku hebat menulis." Terus dia senyum sambil kenyit mata dan Matthew pun berlalu dari situ. Sempat Matthew mengucapkan terima kasih dan selamat tinggal kepada yang lain di ruangan pejabat itu sebelum berlalu keluar. 

Aku buka surat tersebut dan baca. Usai baca, aku gelak macam nak runtuh bangunan. Matthew buat lawak pula! Tapi itulah Matthew. Dia yang pernah mengkontang kantingkan ekonomi keluarga aku dulu. Tapi aku tak nafikan bahawa orang-orang yang pernah buat kita jatuh inilah yang membuatkan kita untuk bangkit kembali dengan lebih kuat. 

Apa yang kau perlu buat adalah jangan lari daripada masalah. Hadapinya dengan penuh bergaya. Fikirkan solusi dan buat planning yang tersusun agar kau boleh membuat tindakan yang seterusnya. Sedih dan tekanan itu memang kadang-kadang perlu, tetapi kau jangan terlalu berlebih-lebihan sampai sikap negatif tersebut memakan diri. Alhamdulillah, sekarang keluarga aku berjaya membuat pendapatan mencecah hampir 7000 sebulan. 

Tidak mudah tapi tidak mustahil. Kau kena yakin dan percaya. Sebab tu aku selalu nasihat pada kawan-kawan aku supaya "Have faith". 

Aku kagum dengan orang yang sangat passionate dengan bisnes masing-masing. Bukan senang nak hadapi risiko pada permulaan bisnes. Tapi itu semua pengalaman kan. Bila dah jatuh, kemudian dia bangkit semula menjadi lebih hebat. Bukan satu bisnes yang dia buat, tapi banyak lagi bisnes kecil-kecilan yang dia usahakan. Aku kagum. Contoh paling terdekat? Ayah :) 

Sebab tu orang pernah kata, ayah ni penuh dengan magik. Nampak tenang dan tiada masalah. Tapi di hati hanya Tuhan yang tahu. Mungkin tiba-tiba je ayah kau hadiahkan IPhone, ataupun dengan selambanya ayah kau kata dia dah sediakan duit untuk kau sambung belajar. Paling menarik, ayah kau dah sediakan duit hantaran 20K untuk kau masuk meminang makwe kau! 

Dan alhamdulillah, darah bisnes tu mengalir dalam blood capillaries adik-beradik yang lain, kecuali aku. Aku masih berjinak-jinak dengan dunia bisnes. Dulu aku pernah bercita-cita nak jadi seorang usahawanita yang berjaya. Tapi jurusan bahasa inggeris terlalu menggiurkan sampai aku dengan rela hatinya berubah arah. That is one of my stories la :')

Dan persatuan aku yang dulu ekonominya teruk ni, sudah diberi nafas baru. Semuanya kerana semangat dan sokongan daripada seniors dan kami sendiri untuk menjadikan persatuan ini lebih efektif dan banyak duit. Kami berniaga kecil kecilan. Kami mula dari bawah. Dan jujur aku kata, aku terlibat sekali dalam dunia bisnes semasa dengan merekalah. 

Bukan mudah nak urus, dan bukan sekejap nak untung. Perlukan masa yang lama untuk jadikan ekonomi persatuan kami stabil. Alhamdulillah, ada juga yang sudi menghulurkan bantuan dari segi kewangan, moral dan tenaga kerja. Aku kira itu lebih dari cukup. Dan lihatlah keadaan kami sekarang. We are much more better than yesterday. Yesterday is history. Now we're living in the present and it is time for us to take it for granted and cherish it to the fullest. 

Pejabat kami sudah ada pendingin hawa dan sudah diubah suai untuk jadi lebih besar! Cat dinding juga menggunakan Nippon Paint yang mahal tu. Dan suasana dalam pejabat di sini nampak elegan dan menyamankan. Terima kasih kepada semua. 



Fara Fasihah,
Sekadar terinspirasi.

You Might Also Like

0 ,185 komen

Follow Me On Facebook

Follow Me On Twitter

Popular Posts